Silibus Tarbiah Akhlak: Kesombongan (1)

Akhlak adalah situasi hati yang mantap, yang muncul ke permukaan dari individu muslim dengan reflek tanpa dipertimbangkan. Apabila situasi hati itu menimbulkan amal perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan agama, ia disebut akhlak yang baik. Dan jika yang timbul darinya adalah amal perbuatan yang buruk, bererti situasi yang menjadi sumbernya adalah situasi hati atau akhlak yang buruk.

Di antara akhlak yang buruk tersebut adalah kesombongan (al-kibr).

Apakah kibr itu? Ia adalah perasaan yang cenderung memandang diri lebih dari orang lain dan meremehkannya. Kesombongan memerlukan adanya orang yang disombongi dan hal-hal yang dipergunakan untuk menyombongkan diri.

Continue reading

Halatuju Dakwah Yang Harus Difahami (2)

Memang di antara tuntutan keImanan seseorang itu di mana ia berhasrat menjadikan keImanan hatinya sebagai cara hidup, kekuasaan, sistem ekonomi dan sosial dilaksanakan mengikut apa yang telah dibawa oleh pesuruh-pesuruh Allahs.w.t dengan megah, kemas, disanjung dan diakui perintahnya di seluruh dunia tanpa sebarang cabaran perintahnya di seluruh tanpa ada seseorangpun mencabar perintah dan mengganggu perjalanannya.

Bagaimana pula dengan  orang-orang yang rela hidup di bawah lembayungnya dengan penuh gembira. Apatah lagi oang yang berani dan lantang berusaha untuk memperkemaskan penguatkuasaan sistem batil yang palsu, yang mana ianya bekerja bersungguh-sungguh untuk meninggikan kalimah batilnya.  Mereka inilah yang paling sesat dan menerjunkan diri di dalam kesesatan.  Semoga Allah s.w.t melindungi kita dari kehidupan yang seumpama ini.

Adapun amalan yang bercanggah, kita pinta dari seluruh Muslimin tanpa membezakan antara  yang lahir di dalam rumah Islam asal ataupun yang baru memeluk Islam, supaya membersihkan diri  mereka dari kecelaan-kecelaan yang berupakan tindakan-tindakan yang bercanggah dari apa yang dilafazkan dengan lisannya.  Di anggap bukan Islam seorang lelaki itu dengan mengikut dan mentaati beberapa suruhan Allah s.w.t dan berpegang dengan tali syariat sedangkan di satu pihak yang lain  menentang suruhan dan melanggar sempadan-sempadan Allah s.w.t di dalam beberapa aspek. Sedangkan tuntutan Iman ialah supaya seseorang itu menyerah dirinya dan jiwanya kepada Allah s.w.t dan memasukkan seluruh penghidupan di bawah lembayung agama ini tanpa menderhaka kepada Allah s.w.t dalam sebarang sesuatu suruhan dan tanpa  mengecualikan suatu aspek pun dari pengabdian dan  menyeluruh dan perhambaan yang total kepada Deen Ilahi dan syariat Nya.

Continue reading

Mencari Ketenangan Jiwa

Apabila usia Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mencapai empat puluh tahun, baginda begitu gemar mengasingkan diri untuk beribadat dan berkhalwah di Gua Hira’. Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam, dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah keadaan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang berulang alik di antara rumah baginda dan Gua Hira’ sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.

Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira’ sebelum pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat mendalam dan memberi kesan yang begitu penting kepada seluruh penghidupan umat Islam dan agama Islam khususnya.

Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat keIslamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlak yang tinggi serta beribadat tanpa putus-putus melainkan ia cuba mengasingkan dirinya untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkannya sampai kepada hakikat keagungan ilahi.

Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap Muslim yang mahu menempatkan dirinya sebagai seorang Muslim sejati terutamanya kepada mereka yang mahu menjadi pendakwah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.

Continue reading

Melakar Semangat Jihad Bersama Salahuddin al Ayubi

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. [30:9]

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Continue reading

Halatuju Dakwah Yang Harus Difahami (Siri 1)

Jika kita ingin mengemukakan da’wah kita dan meringkaskan tujuan serta matlamatnya dalam beberapa perkataan sahaja, maka kita boleh bahagikan kepada tiga tujuan asas.  Tujuan-tujuan berkenaan adalah :-

Tujuan Pertama:

Da’wah kita adalah untuk manusia secara menyeluruh dan ummat Islam secara khusus, bahawa mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t Yang Maha Esa tanpa menyekutui dengan sesuatu dan tidak mengambil sesuatu selain Nya sebagai Illah dan Rabb.

Tujuan Kedua :

Da’wah kita kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan sikap penerimaan mereka terhadap Islam sebagai ad Deen , pegangan hidup, supaya mereka mengikhlaskan pegangan dengan agama hanya kepada Allah s.w.t semata-mata serta membersihkan diri dari saki baki nifak, dari amalan-amalan  mereka , dari sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Tujuan Ketiga :

Da’wah kita adalah untuk alam sejagat, supaya mereka membangkitkan sesuatu revolusi dan perubahan yang menyeluruh terhadap dasar pemerintahan sekarang, kerana pemerintahan ini dikuasai oleh taghut dan perosak-perosak yang bermaharajalela di muka bumi dengan kemusnahan-kemusnahan, supaya dilucutkan kekuasasan dari kepimpinan ideologi dan implementasinya dari tangan mereka dan terus diserahkan ke tangan mereka yang berIman dengan Allah s.w.t dan Hari Akhirah, mereka ini berIman dengand agama yang hak tanpa tujuan atau keinginan kepada sebarang bentuk kemegahan, kemaharajalelaan dan kemusnahan di muka bumi ini.

Continue reading

Membina Sifat Istiqamah

Sahabat penulis saat memberi kursus kepada warga muslim di Kemboja

Penulis menerima beberapa email bertanyakan berkenaan sifat istiqamah dan bagaimana membentuknya dalam kehidupan. Agak berat rasanya untuk penulis menjelaskannya kerana penulis sendiri bimbang dengan keistiqamahan penulis dalam kerja besar dakwah dan tarbiah. Dalam kesibukan jadual penulis yang sentiasa “outstation” penulis berusaha mencari ruang meneliti tulisan dan kajian para ulama menelusuri sifat istiqamah yang dimiliki orang Rasulullah saw dan para sahabat.  Sebagai da’i dan murabbi, sudah tentulah sifat istiqamah amat perlu kita miliki.

Sesunguhnya tugas mentarbiah bukanlah tugas yang mudah, ianya memerlukan pelbagai persiapan, khususnya persiapan ruhi yang stabil hubungannya dengan Allah swt. Salah satu ciri ruhiyah daiyah yang dapat membantu kejayaan dakwah dan tarbiah seorang murabbi ialah istiqamah. Yang menghiasi jiwa para murabbi dan da’i dalam melewati putaran roda dakwah adalah istiqamah dalam hidayah, istiqamah dalam keikhlasan, istiqamah dalam kesabaran. Inilah hal terberat bagi setiap da’i bahkan ciri ini merupakan ciri utama kepada para nabi dan rasul. Ayat yang membuatkan Muhammad saw. beruban rambutnya, adalah perintah untuk istiqamah.

“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (Qs. Hud: 112).

Continue reading