Membina Syakhsiyah Da’ie

semangat2Kerja dakwah yang kita lakukan selama ini telah memiliki ahdaf (sasaran) yang jelas. Sesungguhnya kita menginginkan terbentuknya anggota dakwah yang memiliki syakhsiyah islamiyah dan syakhsiyah daiyah. Keperibadian muslim dan keperibadian seorang da’i. Kita tidak hanya ingin menghasilkan barisan yang hanya menikmati dakwah, tetapi yang kita inginkan adalah anggota yang mahu bergerak untuk dakwah. Sehingga semuanya harus diarahkan untuk tercapainya sasaran ini. Sebagaimana Allah swt berfirman,

“Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (QS. Al-Anbiya: 107)

Syakhsiyah Da’iyah
Sejak awal dakwahnya, Rasulullah saw. selalu berpesan kepada orang-orang yang baru masuk Islam dan menerima berbagai ilmu dari baginda untuk mengajarkan dan menyampaikan ilmu itu kepada orang lain, terutama keluarga. “Sekarang pulanglah kamu ke kampungmu, dan ajarkanlah kepada mereka apa yang telah kamu peroleh dariku,” begitulah antara lain pesan yang disampaikan Rasulullah saw. kepada seseorang yang datang dari kampung yang jauh.

Continue reading

Q1: Halaqah Asas Dakwah?

Soalan: Mengapa halaqah dikatakan sebagai asas kepada dakwah? Apa maksudnya? Boleh tuan jelaskan?

soalanSepertimana yang kita fahami, halaqah sangat penting dalam sesebuah organisasi yang menitikberatkan tarbiyah dan dakwah.

Halaqah dikatakan sebagai asas dakwah kerana tanpa halaqah dakwah tidak akan berjalan dengan baik.

Halaqah merupakan asas dakwah kerana halaqah bukan hanya berfungsi sebagai wadah mempelajari Islam, tapi lebih daripada itu. Halaqah mampu berfungsi sebagai wadah koordinasi dan perbincangan bagi sesama anggota harakah/jamaah/organisasi. Halaqah ibarat markas bagi sebuah pasukan tentera. Tempat peserta melapor dan mengkoordinasi dengan murabbinya.

Continue reading

Kepentingan Halaqah Tarbawiyah

akhirat2Keberadaan halaqah sangat penting untuk keberadaan umat Islam itu sendiri. Dengan terbentuknya pekerja-pekerja Islami melalui sistem pendidikan halaqah, maka di dalam tubuh umat akan lahir manusia yang senantiasa berdakwah kepada kebenaran. Jika jumlah mereka semakin ramai seiring dengan merebaknya sistem halaqah, maka umat Islam akan menjadi ‘sebenar-benarnya umat’. Bukan lagi sekadar bernama ‘umat Islam’ tapi kehadirannya jauh dari nilai-nilai Islam seperti yang kita saksikan saat ini.

Dengan merebaknya sistem pendidikan halaqah, proses pembentukan umat yang Islami (takwinul ummah) akan mengalami perkembangan, hingga InsyaAllah umat yang benar-benar Islami akan menjadi kenyataan. Hal ini akan terserlah pada kehidupan manusia secara menyeluruh yang lebih berpihak pada nilai-nilai kebenaran dan keadilan.

Merebaknya halaqah juga bermanfaat bagi pengembangan peribadi (self development) para pesertanya. Halaqah yang berlangsung secara rutin dengan peserta yang tetap biasanya berlangsung dengan semangat kebersamaan (ukhuwwah Islamiyah). Peserta juga akan belajar bukan hanya tentang nilai-nilai Islam, tapi juga belajar untuk bekerjasama, saling memimpin dan dipimpin, belajar disiplin terhadap aturan yang mereka buat bersama, belajar berdiskusi, menyampaikan idea, belajar mengambil keputusan dan juga belajar berkomunikasi. Semua itu sangat penting bagi kematangan peribadi seseorang untuk mencapai tujuan hidupnya, iaitu berjaya di dunia dan akhirat.

Continue reading

USRAH DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN UMMAH (2)

al bannaUsrah

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, ketika beliau dianugerahkan Allah Subhanahuwata’ala kesedaran memahami Islam dan waqi’, maka beliau mendapati usrah-usrah yang terdapat dalam masyarakat (hasil daripada tarbiyyah bukan Islam) tidak boleh diharapkan untuk ditegakkan ajaran Islam sepenuhnya. Atau, dengan kata lain, Islam yang syumul tidak boleh ditegakkan melalui usrah-usrah yang sedia ada dalam masyarakat.

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna mendapati Islam atau projek-projek Islam tidak dapat dilaksanakan melalui unit-unit usrah yang sedia ada dalam masyarakat. Maka Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, dengan fikiran yang tajam dan taufiq Ilahi, mewujudkan usrah-usrah yang terdiri dari anggota-anggota yang memahami, multazim dan muntazim dengan ajaran Islam. Multazim ialah individu yang patuh dan melaksanakan ajaran Islam. Muntazim pula ialah individu yang tunduk dengan peraturan Islam dan jamaah Islamiyah.

Continue reading

USRAH DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN UMMAH (1)

Proses Tau’iyyah Dan Tarbiyyah.

universiti tarbiyahKita tidak akan memiliki kesedaran Islam sebenar tanpa melalui proses tau’iyyah dan tarbiyyah yang panjang, memakan masa yang lama dan berterusan.

Maksud proses tau’iyyah ialah proses untuk mendapat ilmu Islam secara tarbawi bersumberkan sumber-sumber yang muktabar. Sumber-sumber muktabar ialah Al-Quran Al-Karim, As-Sunnah An-Nabawiyyah dan penulisan-penulisan ulamak muktabar.  As-Sunnah An-Nabawiyyah berperanan menghuraikan kehendak-kehendak Al-Qur’an. Manakala penulisan-penulisan ulamak berperanan menghuraikan kehendak-kehendak Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ulamak muktabar ialah ulamak yang jelas kefahaman mereka terhadap Islam dan jelas jihad mereka untuk menegakkan din Allah Subhanahuwata’ala, meskipun menempuh pelbagai mehnah dan ibtilak.

Sumber-sumber lain untuk memahami Islam, melalui proses tau’iyyah ini, ialah sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sirah para sahabat yang telah menerima asuhan baginda (di bawah bimbingan Allah Subhanahuwata’ala).

Di samping itu kita perlu memahami realiti semasa. Dalam realiti kini terdapat banyak perkara atau aktiviti yang hanya menggunakan lambang-lambang Islam untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam.

Tujuan kita memahami realiti bukan untuk tunduk kepada realiti. Tujuan sebenar ialah supaya kita dapat bergerak di dalam realiti yang ada dengan lancar tanpa tersekat.

Kita perlu menyusun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti tau’iyyah dan tarbiyyah sebanyak mungkin bagi mewujudkan satu jamaah atau ummah yang sedar, faham dan iltizam dengan Islam serta mendapatkan  keredhaan Allah Subhanahuwata’ala.

Jalan-jalan tau’iyyah dan tarbiyyah mestilah bercontohkan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Kita meyakini bahawa jalan-jalan yang tidak bercontohkan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam tidak akan berjaya mencapai matlamat. Hanya jalan tau’iyyah dan tarbiyyah yang betul sahaja akan melahirkan natijah yang betul.

Continue reading