Murabbi Yang Berkualiti

Menjadi orang yang soleh dan musleh adalah peribadi yang kita harapkan dari proses pembinaan tarbiyah yang kita jalani. Soleh secara peribadi dan berupaya mengembangkan kesolehan kepada orang lain merupakan teladan dari Rasulullah saw dan para salafushsoleh yang sepatutnya kita ikuti. Dalam proses tarbiyah, kita bukan hanya sibuk mengejar bilangan seramai mana yang menyertai halaqah atau usrah kita, akan tetapi yang jauh lebih penting adalah bagaimana agar kuantiti dan kualiti mutarabbi dapat kita binakan secara seimbang.

Kunci utama peningkatan kualiti umat ini terletak di tangan para penyeru seruan Islam itu sendiri. Atau dalam konteks ini bererti penentu penjagaan dan peningkatan kualiti kesolehan para mentee/mutarabbi adalah bergantung  kepada para mentor/murabbi itu sendiri.

Continue reading

Advertisements

Ma’alim fith Thariq

Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berasal dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun-ubunnya. Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit dan bukan penyakit itu sendiri.

Sebenarnya puncak dari keadaan ini ialah: bangkrup dan menyimpangnya umat manusia di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya. Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang memang sudah tidak punya nilai apa pun yang dapat diberinya kepada umat manusia; bahkan, tidak punya sesuatu pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebangkrupan, sebab ternyata ia sudah mulai meniru – dengan secara beransur-ansur – dari sistem negara-negara blok Timur, khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme!

Demikian juga halnya di negara-negara blok Timur itu sendiri. Teori-teori yang bercorak kolektif, terutamanya Marxisme yang telah berhasil menarik perhatian sebahagian besar umat manusia di negara-negara blok Timur itu – dan malah di negara-negara blok Barat juga – dengan sifatnya sebagai suatu isme yang memakai cap akidah juga telah mulai mundur teratur sekali dari segi ‘teori’ hingga hampirlah sekarang ini lingkungannya terbatas di dalam soal-soal ‘sistem kenegaraan’ sahaja dan sudah menyeleweng begitu jauh dari dasar isme yang asal dasar-dasar pokok yang pada umumnya bertentangan dengan fitrah umat manusia dan tidak mungkin berkembang kecuali di dalam masyarakat yang mundur, atau pun masyarakat yang begitu lama menderita di bawah tekanan sistem pemerintahan diktator.

Continue reading

Kajian Buku: Peringkat-Peringkat Tarbiyah IM

Banyak pendapat menyatakan Ikhwanul Muslimin telah menjadi inspirasi kepada perkembangan berbagai-bagai gerakan kebangkitan Islam di abad ke-20. Konsep perjuangan, sistem pergerakan dan pola berfikir yang dibawakannya sangat sukar untuk disanggah dan memberi semangat untuk diikuti. Justeru, banyak organisasi yang mengambil inspirasi daripada gerakan ini.

Ali Abdul Halim Mahmud, penulis buku ini memaparkan anatomi gerakan Ikhwanul Muslimin mulai dari konsep penubuhan hinggalah ke gerakan teknikal untuk membina pemimpin-pemimpin pelapis.

Bercakap tentang Ikhwanul Muslimin bererti menyentuh soal tarbiyah. Pelaksanaan tarbiyah pada peringkat awal tidak dapat lari daripada memperkatakan tentang pengasas pertubuhan itu sendiri iaitu Hasan Al Banna. Sejak kecil, beliau dididik dengan persekitaran hidup yang bersih, kehidupan berkeluarga yang dibayangi keindahan nilai-nilai Islam dan kefahaman Islam yang jelas, menjadikan peribadinya sangat mantap dengan tarbiyah.
Continue reading

HMI: Generasi Terpedaya

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan Iman dan Islam pada kita semua.

Perjumpaan dalam halaqah kita pada hari ini adalah perjumpaan hati –hati  yang ikhlas untuk  sama-sama membangun  Islam dalam diri , keluarga dan masyarakat.

Diharapkan dengan medan pertemuan iman ini, maka insyaAllah ikatan hati kita semakin bertambah erat , dan kita sentiasa rindukan pertemuan-pertemuan seperti ini.

Sahabat yang dikasihi..

Bila kita menyingkap perjuangan Rasulullah saw dan para sahabatnya, kita lihat mereka telah terjun ke tengah-tengah medan untuk menyempurnakan tugas mengembang dakwah Islam dengan jihad  dan pengorbanan.

Selepas kewafatan Rasulullah saw , mereka bertebaran diseluruh pelusuk  bumi laksana sinar matahari untuk menawan timur dan barat , menghancur leburkan toghut , membawa rahmat keseluruh alam dan memimpin manusia menuju syurga.

Ditahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu . Kemewahan melanda dunia Islam , lalu mencabar generasi baru yang bakal mengganti genarasi pertama Islam yang unik.

Kemewahan telah melalaikan jiwa  dan melemahkan keazaman di dalam dakwah dan jihad . Mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapus taghut dan menundukkan dunia dibawah naungan Islam.

Sedang umat mula tunduk kepada godaan dunia , tertarik kepada kemewahan dan perhiasan hidup didunia , muncullah Umar bin Abdul Aziz , seorang pemimpin yang unik , disediakan oleh Allah untuk umat ini. Beliau dikurniakan jiwa yang tinggi , iman yang kuat, dan akhlak yang mulia.

Continue reading

Murabbi Perlu Memelihara Keikhlasan

Keikhlasan Murabbi Menentukan Kejayaan Misi Halaqah Tarbawi

Menurut Imam Hasan Al Banna dalam menjelaskan ciri ikhlas:

“Yang saya maksud dengan ikhlas adalah seorang al-akh hendaknya mengorientasikan perkataan, perbuatan dan jihadnya kepada Allah; mengharap keredhaan-Nya dan memperoleh pahala-Nya, tanpa memperhatikan keuntungan kebendaan, prestij, pangkat, gelaran, kemajuan atau kemunduran. Dengan itulah ia menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera kepentingan dan yang hanya mencari manfaat dunia. “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (Al-An’am:162). Dengan begitu, seorang Al-akh telah memahami makna slogan abadinya: “Allah tujuan kami”. Sungguh Allah Maha Besar dan bagi-Nya segala puji.

Makna Ikhlas

Ikhlas adalah menginginkan keredhaan Allah dengan melakukan amal dan membersihkan amal dari berbagai palutan duniawi. Karena itu, seseorang tidak mencemari amalnya dengan keinginan-keinginan jiwa yang bersifat sementara, seperti menginginkan keuntungan, kedudukan, harta, populariti, tempat di hati manusia, pujian dari mereka, menghindari cercaan dari mereka, menghindari bisikan nafsu, atau penyakit-penyakit dan palutan-palutan lainnya yang dapat dipadukan dalam satu kalimat, iaitu melakukan amal untuk selain Allah, apapun bentuknya.

Continue reading

Fikrah Islamiyyah

Apa yang dimaksudkan dengan Fikrah Islamiyyah ialah Islam itu sendiri. Deen Allah s.w.t yang kekal dan mencakupi semua bidang.  Deen Allah s.w.t yang bersifat syamil dan kamil.  Deen Allah s.w.t yang mana kita tiada hak  dan kuasa untuk menambah dan mengurangkan mana-mana bahagian serta tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendahuluinya.

Dalam masyarakat yang tidak ada  Tarbiyyah Islamiyyah,  maka berlakulah pendahuluan daripada fikrah.  Deen itu tidak diletakkan di hadapan dan tidak tahu di mana kewujudan Deen tersebut.  Firman Allah s.w.t :

Terjemahannya:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului  Allah dan Rasul Nya dan bertaqwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui

( Surah al Hujuraat : 1 )

Ini bererti jangan bertindak mendahuhui Islam.  Oleh itu sikap kita ialah kita menjadi pengikut Islam, bukan Mubtada’ (pereka).  Kita tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menokok tambah Islam.

Kewajipan kita ialah memahami Islam sebagaimana ia mesti difahamkan, bukan mengikut kefahaman kita sendiri.  Oleh yang demikian kita adalah di belakang Islam.  Masyarakat kini menyesuaikan Islam dengan suasana nafsu mereka, bukannya menyesuaikan nafsu dengan  Islam.

Continue reading

Halatuju Tarbiah Menurut IM

Menyebut tentang tarbiah di kalangan aktivis dakwah dan gerakan Islam seringkali dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimun (IM) atau menyertakan bersama muassis gerakan ini iaitu Hasan al-Banna, pendiri jamaah Ikhwan. Ikhwan telah diakui menjadi sumber inspirasi arus kebangkitan Islam abad ke-20 sejak tertubuhnya pada tahun 1928 oleh sang pendiri yang berusia 22 tahun ketika itu. IM menyakini bahawa untuk mengembalikan kembali kepimpinan umat Islam sebagai peneraju dan guru dunia melalui gagasan khilafah islamiah menerusi kesyumulan islam (syumuliyatul islam) iaitu Islam sebagai satu sistem ajaran yang lengkap serta menyentuh seluruh segi kehidupan.

Islam adalah…”negara dan tanahair, pemerintahan dan umat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, sebagaimana ia adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar.” (Risalah al-Ta’alim, Hasan al-Banna

Seawal sejarah IM, as-Syahid Imam Hasan al-Banna telah menyerukan secara lantang bahawa peringkat atau tahapan aktiviti dalam IM berlangsung dalam fasa ta’rif (pengenalan), takwin (pembentukan) serta tanfizh (pelaksanaan) dan setiap fasa tersebut akan hanya tegak dengan tarbiah. Ikhwan menjadikan tarbiah islamiah sebagai teras kepada kebangunan semula gagasan kebangkitan semula ummah ini.

Continue reading