Pesanan Syeikh Musthafa Masyhur Akan Kepentingan Pelaksanaan Tarbiyah Yang Konsisten

Dalam kitab Thariqud-da’wah; bainal ashalah wal inhiraf, Syeikh Musthafa Masyhur mengatakan:“Peribadi muslim adalah batu bata asasi dalam al bina’ (pembinaan), baik pembinaan al bait al muslim (keluarga muslim), atau al mujtama’ al muslim (masyarakat muslim), atau al hukumah al muslimah dan ad-daulah. Sesuai dengan kadar yang diterima oleh peribadi dalam urusan tarbiyah, sesuai itu pula kekukuhan bina’ (bangunan)-nya.

Aqidah dan iman yang kuat adalah asas bina’ syakhshiyyatul fardi al muslim (asas pembentukan peribadi muslim), kerananya, taqshir (kelonggaran) di bidang tarbiyah termasuk sebagai kelemahan dalam al asas, dan akan mencerminkan bangunan tersebut kepada keruntuhan, cepat atau lambat.

Tidak memberikan ihtimam (perhatian) yang layak kepada tarbiyah juga akan menyebabkan kepada menurunnya mustawal afrad, sehingga tidak melepasi syarat afrad ‘alal mustawal mas-uliyah wa tahammuli amanaatil ‘amal (peribadi-peribadi yang tidak setahap dengan tingkat tanggungjawab dan daya tahan dalam memikul pelbagai amanah ‘amal), dimana seharusnya mereka meringankan beban-beban dakwah, malahan menimbulkan pelbagai musykilah dan khilafat (permasalahan dan pertentangan-pertentangan), dan jadilah mereka itu beban dan penyibuk yang merugikan ‘amal, produktiviti dan da’wah.

Continue reading

Advertisements

Kajian Buku: Nasihat Buat Para Pemuda Di Jalan Dakwah

Ramai dari kalangan angkatan muda tertanya-tanya tugas apakah yang dituntut dari kita sekarang setelah kita thiqah (percaya) pada jalan dakwah supaya waktu dan usaha kita tidak hilang sia-sia di dalam perkara yang tidak berfaedah.

Kita merasa bahagia dan bangga dengan semangat begini, kerana jiwa yang demikian menunjukkan sikap positif yang dipunyai oleh beberapa ramai putera puteri kita kita yang muslim. Kita menghargai dan berbangga dengan mereka kerana mereka meminati Islam dan melibatkan diri mereka dengan bekerja untuk Islam dalam menentang kebatilan walaupun mereka telah mendengar dan membaca apa yang terjadi ke atas saudara-saudara mereka yang telah mendahului mereka di atas jalan dakwah ini.

“Mereka tidak menjadi lemah kerana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh)”. Alilmran:146

Sebelum saya menjawab soalan ini, saya perlu mengingatkan supaya kita kembali mengingati apa yang telah disentuh terlebih dahulu tentang penentuan objektif-objektif yang ingin  kita capai dan merealisasikannya, menentukan berbagai-bagai peringkat jalan, penyelewengan dan rintangan-rintangan, dan apa yang telah kita terangkan berkenaan dengan tabiat peringkat yang kita sedang lalui sekarang.

Continue reading