Oasis Ramadhan (4) – Hidup Bersama Al-Quran

Mereka yang cinta kepada ISLAM (Amal Islam) hidup mereka sentiasa bersama al-Quran: HIDUP BERSAMA AL-QURAN bermaksud; Tilawah (membaca) , Hifdz (menghafal), Tadabbur (mengkaji). Mereka yang hidup bersama al-Quran bermakna mereka yang beriman. Sudah tentu mereka ini akan sentiasa meletakkan Allah dan RasulNya sebagai ikutan dalam semua urusan kehidupan mereka. Hal ini telah ditegaskann oleh Allah dalam surah al-Hujuraat: 1.

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Keindahan hidup bersama al-Quran tergambar dengan beberapa pengalaman:

Continue reading

Oasis Ramadhan (3)

Antara kelebihan Ramadhan ialah puasa pada siangnya berlaku terus menerus selama sebulan. Kita sedia maklum bahawa sesuatu amalan yang dibuat berulang-ulang akan menjadi suatu tabiat. Berpuasa dalam Ramadhan selama sebulan melahirkan satu tabiat kesederhanaan dalam diri seseorang muslim. Islam menyuruh seseorang Muslim besederhana dalam makan minum, berpakaian, tidur dan tutur kata.

Kita dilatih berbuka segera dengan tamar dan air kemudian terus menunaikan solat Maghrib. Makanan yang diambil haruslah tidak berapa berat agar memudahkan seseorang berdiri lama dalam tarawihnya. Adalah dilarang kita menghidangkan terlalu banyak makanan untuk berbuka atau sahur. Kita dituntut untuk tidur seketika pada waktu siang dan malam. Oleh kerana Ramadhan adalah bulan ibadah. Berlebihan tidur pada siang ataupun malam bererti menyia-nyiakan bulan barkah ini.

Continue reading

Membangun Sifat Istiqamah

Muqaddimah

Setiap muslim berikrar bahawa Allah Subhanahuwata’ala adalah Rabbnya, Islam adalah dinnya dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam adalah rasul ikutannya, sepertimana doa yang sering dibaca:

Aku redha Allah sebagai Rabbku, dan Islam sebagai dinku, dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam sebagai nabi dan rasul bagiku

Dia haruslah memahami erti ikrar ini dan mampu merealisasikan tuntutannya dalam realiti kehidupan. Setiap aspek kehidupannya, samada dalam suasana aman mahupun terancam, hendaklah diwarnai dengan tuntutan ikrar ini.

Dalam realiti kehidupan, ternyata tidak semua orang Islam memiliki kefahaman yang baik tentang Islam dan dapat menghayatinya dalam setiap bidang kehidupan. Orang yang dapat menghayatinya pun belum tentu dapat bertahan dan tetap dalam penghayatan itu sepertimana yang dituntut oleh Islam, yakni iltizam dan istiqamah berpegang dengan ajaran Islam di sepanjang hidupnya.

Istiqamah berpegang kepada din Islam merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.

Continue reading

Oasis Ramadhan (2)

Salah satu sifat Allah SWT adalah Ia memiliki irodah (kehendak), sebagaimana firmanNya :

“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).” (SURAH Al Qoshosh [28]:68).

Allah memilih sesuatu yang dikehendakiNya.  Begitu pula halnya dengan bulan-bulan dalam setahun, Allah telah memilih Ramadhan sebagai bulan yang istimewa, yang namanya disebutkan dalam Al Quran. Firman Allah :

Continue reading