Tips Membangkitkan Momentum Tarbiyah Murabbi

Tugas kita sebagai da’i hanyalah menyeru. Hasilnya kita serahkan kepada ALLAH. Tapi bukan bererti kita boleh ala kadar dalam melaksanakan projek dakwah. Kita tetap harus profesional dalam dakwah. Kita harus senantiasa itqan dalam pekerjaan ini. Untuk itulah, perlu dipersiapkan pula perajurit dakwah yang akan mengisi “jabatan” sesuai bidangnya. Salah satunya dengan melalui tarbiyah.

Tarbiyah adalah kerja besar. Projek raksasa. Sistem yang integral. Dahsyat. Mengubah yang sederhana menjadi luar biasa. Pekerjaan-pekerjaan besar dalam sejarah hanya dapat diselesaikan oleh orang-orang yang memiliki naluri kepahlawanan.

Tarbiyah adalah sebuah pilihan. Mengambil pilihan ini tentu mengandung risiko di luar zon selesa kita.

Tarbiyah adalah perubahan. Berani tarbiyah ertinya harus siap berubah, mengubah diri sendiri mahupun mengubah orang lain. Kerana perubahan adalah keperluan, maka yang terpenting adalah bagaimana menyiapkan perubahan itu menjadi lebih menyenangkan.

Continue reading

Advertisements

Kajian Buku: Al Awaiq (1)

Sejambak Mawar Merah.

awaiqSesungguhnya jalanraya yang cantik dan luas akan menggairahkan saudara untuk menggunakannya. Daripadanya akan muncul lorong-lorong yang sempit dan selekoh yang tajam. Polis Trafik tidak akan membiarkan saudara memandu kenderaan melaluinya tanpa meletakkan papantanda-papantanda awas berwarna merah dan isyarat-isyarat menandakan tempat merbahaya.

Akan dilukiskan kepada saudara garis tegak ditengah tanda segitiga meminta saudara berjaga-jaga, garis putih melintang ditengah bulatan merah menegah saudara masuk, anak panah patah berpalang merah disebelah anak panah lurus melarang saudara memotong kenderaan yang bergerak di hadapan saudara.

Sesiapa sahaja yang melalui jalan ini dan mematuhi segala tanda-tanda jalan, nescaya beliau akan sampai ketujuannya dengan hati yang tenang, aman dan penuh kegembiraan.

Jalan gerakan amal Islami juga terlalu luas, tetapi keadaannya adalah serupa. Kerana akan terdapat padanya ijtihad-ijtihad yang menyeleweng dan mengikut hawa nafsu di sebelah menyebelahnya. Disekitarnya terdapat lorong-lorong yang sempit, simpang-simpang maut dan halangan-halangan yang membantut perjalanan.

Continue reading

Fungsi Naqib Halaqah Sebagai Mentor

halaqah1Seorang Naqib / Ketua dalam halaqah perlu memahami dan menjayakan fungsi utama mereka dalam mengendalikan sesebuah halaqah. Antara peranan utama mereka adalah menjadi seorang mentor yang baik. Mentor bererti pembimbing. Mentor adalah orang yang bersedia samada secara mental mahupun fikiran untuk membimbing atau mendidik orang lain agar melakukan proses perubahan menuju tujuan yang dikehendaki. Justeru bererti pada diri seorang mentor telah ada kesiapan mental dan fikiran untuk menjadi seorang mentor itu sendiri. Tanpa paksaan atau tanpa indoktrinasi dari orang lain atau dari persekitarannya. Kesedaran tersebut muncul dari konsep diri yang jelas tentang peranannya sebagai mentor iaitu mencari redha Allah swt dan memenuhi tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah swt.

Continue reading

Cinta ‘Ukasyah Membawa ke Syurga

Kitab+Ust+DarusMasjid penuh sesak dengan kaum Muhajirin dan Ansar. Semua berkumpul setelah Bilal memanggil mereka dengan suara azan. Ada tarikan cinta di sana, kekasih yang baru saja sembuh, yang membuat semua sahabat tidak mahu melepaskan kesempatan ini untuk bertemu dengan kekasih Allah swt.

Setelah mengimami solat, nabi berdiri dengan segak di atas mimbar. Suaranya basah, menyampaikankan kata-kata puji dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih. Suasana menjadi sunyi sepi, mulut para sahabat tertutup rapat, semua menajamkan pendengaran menuntaskan kerinduan pada suara Nabi. Semua menyiapkan hati, untuk disentuh serangkai hikmah. Selanjutnya Nabi bertanya.

“Duhai sahabat, kalian tahu umurku tidak akan lagi panjang, Siapakah di antara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini, bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, kerana sekarang itu lebih baik”.

Continue reading