Usrah Dan Pengendaliannya (1)

Bahan tarbiyah ini adalah bimbingan dari Ustaz Dato’ Dahlan bin Mohammad Zain (Syeikh Abu Muhammad), semoga dapat dimanfaatkan bagi memantapkan perjalanan halaqah / usrah kita, insyaAllah.

……………………………………………………………………………………………………………

MUKADIMAH

Usrah telah diperkenalkan oleh Hasan Al-Banna sejak awal penubuhan Ikhwanul Muslimin (tahun 1928). Sehingga kini memang banyak pihak memperkatakan tentang usrah. Tajuk ini akan menjelaskan tentang konsep dan hakikat usrah serta apa yang perlu diisi di dalamnya.

Usrah dianggap sebagai tulang belakang bagi pembinaan harakah Islam (pergerakan Islam). Malah, dalam teori pengurusan usrah terbaru, sekiranya sistem usrah diuruskan dengan baik, maka ia adalah asas bagi melahirkan kewibawaan dan pengurusan harakah yang terbaik. Ini kerana pelbagai aktiviti dan kegiatan da’wah dalam pelbagai suasana dapat dilaksanakan melalui usrah.

Usrah dianggap sebagai  institusi pendidikan yang lengkap bagi melaksanakan proses ta’lim, tarbiyah dan melahirkan individu-individu mithali.

Dalam  institusi usrahlah bermulanya kerja-kerja da’wah ke dalam masyarakat. Melalui institusi usrahlah terlaksana penyediaan dan pembinaan anggota-anggota selaras dengan manhaj yang disediakan. Melalui usrah lahir rasa masuliyah dan persefahaman di kalangan anggota untuk memikul tanggungjawab dan tuntutan ’amal Islami.

Usrah merupakan sebuah kompleks pendidikan yang lengkap. Terlaksana di dalamnya pelbagai aktiviti seperti bantu membantu menjalankan tugas, mengumpul maklumat dan mengasah bakat anggota-anggota.

Continue reading

Tarbiyah & Dakwah: Kemana Seruan Kita

Ustaz Hasan Al-Banna berpidato dalam muktamar mahasiswa yang diselenggarakan di markaz Syubbanul Muslimin Kaherah, tahun 1938. Salah satu anggota muktamar terlalu bersemangat hingga meneriak pekikan, “Hidup Hasan Al-Banna!”

Meskipun pekikan itu tidak mendapat sambutan para hadirin, namun Ustaz Hasan Al-Banna diam sejenak, sehingga seluruh mata hadirin tertuju pada beliau. Kemudian beliau berseru dengan nada tinggi:

“Wahai Ikhwan, tidak akan ada lagi orang yang meneriakkan pekikan untuk seseorang dalam dakwah kita. Dakwah kita adalah dakwah Islamiyah Rabbaniyah yang berlandaskan aqidah tauhid. Dakwah tidak akan menyimpang dari aqidah ini. Wahai Ikhwan, luapan semangat jangan membuat kalian lupa pada prinsip-prinsip yang kita yakini. Pekikan kita adalah, “Ar-Rasul Qudwatuna (Rasulullah teladan kita)!”.

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al-Ahzab: 56)

Pelajaran

Wahai akhi dan akhwat yang dikasihi Allah swt, apakah pelajaran yang boleh kita perolehi dari potongan kisah ini? Nilai apakah yang dapat antum ambil?

Continue reading

Kajian Sirah Sahabat: Umar Al Khattab, Al Faruq

Umar bin Khattab, Al-Faruq (sang pembeza) dilahirkan pada tahun 13 setelah tahun Gajah, dan beliau berasal dari keluarga yang terhormat dikalangan suku Quraisy.

Sebelum masuk Islam beliau terkenal dengan peribadi yang paling keras permusuhannya terhadap Rasulullah saw dan sahabatnya, beliau menyangka bahawa nabi Muhammad saw. telah memecah belah manusia dengan membawa agama baru, kerana itulah hati beliau sudah semakin resah dan gelisah, beliau mengambil pedangnya untuk membunuh Rasulullah saw, namun ditengah perjalanannya beliau bertemu dengan seseorang, dan berkata sambil bertanya kepadanya :

“Hendak ke mana engkau wahai Umar ?” dia berkata : “Saya ingin membunuh Muhammad.” Orang itu berkata lagi : “Apakah kamu akan merasa aman jika engkau membunuhnya maka akan datang tuntutan dari Bani Hasyim dan Bani Zuhrah ?” dia berkata lagi : “Saya tidak peduli dengan itu, kecuali jika engkau telah keluar dan meninggalkan agamamu yang lama”. orang itu berkata lagi : “Mahukah engkau aku tunjukkan khabar yang menakjubkan dari itu ?” dia menjawab : “Apa itu “? Dia berkata : “Saudaramu Fatimah dan suaminya telah mengikuti agama Muhammad dan meninggalkan agamamu yang sekarang ini”.

Continue reading

Tarbiyah Wasilah Ke Arah Melahirkan Pewaris Dakwah

Barisan pewaris adalah sekumpulan individu ( rijal )  yang mewarisi tugas dakwah dan pembentukan serta tugas-tugas  yang ditinggal atau diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w.   Pewaris mestilah memiliki sifat-sifat tertentu.  Berada di dalam golongan  pewaris  adalah kurniaan, pilihan dan kehendak Allah s.w.t.

Golongan yang mewarisi  kerja-kerja Rasulullah s.a.w ini akan sentiasa wujud sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w (bermaksud) ;

Akan sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang lahir di atas haq sehingga datang  ketentuan Allah s.w.t dan mereka tetap sedemikian.

Bagaimana mengenali  golongan  pewaris itu ?.

Rasulullah s.a.w mengisyaratkan satu panduan dalam sabda baginda (bermaksud):

“sebagaimana  aku dan sahabat-sahabatku berjalan di atasnya

Continue reading