Masyarakat Islam Akan Porak Peranda Apabila….

Wahai mereka yang telah redha Allah sebagai Rabbnya, dan Islam sebagai Deennya, serta Muhammad sebagai Nabi dan Rasulnya.  Ketahuilah, bahawasanya Allah telah menurunkan ayat dalam Surat Al Hujurat :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (QS. Al Hujurat : 11)

Surat Al Hujurat berisi prinsip-prinsip yang mencerminkan salah satu dari jalan-jalan utama kerangka pembangunan masyarakat Islam.  Kerana itu sistem masyarakat Islam, pembinaan keluarga muslim, adab berziarah, adab berpakaian dan sebagainya diambil dari tiga surat : Surat Al Hujurat, Surat An Nur dan Surat Al Ahzab.

Surat ini (yakni Al Hujurat), meski pendek dan sedikit ayatnya, namun berat pertanggungjawapannya dalam timbangan Ar Rahman.  Berat sekali jika ditinjau dari sisi pembinaan umat manusia.  Sebuah masyarakat baik masyarakat jahiliyah atau masyarakat Islam, tidak mungkin dapat tertegak jika tidak berjalan mengikuti langkah-langkah sistem yang mulia ini dan ayat-ayat yang berat dalam timbangan Allah, baik di dunia mahupun akhirat.

Continue reading

Belajar Adab

Fatwa adabPembaca sekalian, pada zaman salafus soleh, ada seseorang yang selalu mengikuti pengajian Imam Abu Hanifah. Pada suatu saat, setelah pulang mukanya kelihatan kusut dan kecewa. Ditanya oleh ayahnya, kenapa mukanya begitu, iaitu muka kecewa, apakah Imam Abu Hanifah itu sakit? Lantas kata orang itu bagaimana tidak kecewa, biasanya sekali pertemuan Imam Abu Hanifah membahas paling tidak 70 masalah Fiqh, tapi hari ini hanya membahas 1 pelajaran Adab, kecewalah, kata orang itu.

Kemudian ayahnya menjawab: Wallahi ya bunayya (Demi Allah wahai anakku), La adabun wahidun -allamtahu min Abi Hanifah ahabbu ilayya min anta ta-allama minhu sab-iina masalatan minal fiqh (sungguh satu pelajaran adab yang engkau pelajari dari Imam Abu Hanifah, lebih aku cintai dari pada engkau mempelajari 70 masalah fiqh).

Pembaca sekalian, bagi ayahnya yang menjadikan menarik  itu adalah kerana dia belajar tentang Adab. Kerana jika ahli Fiqh, tetapi tidak mempunyai adab, maka itu berbahaya.

Continue reading

Membina Ukhwah: Tips Merosakkan Ukhwah

1.Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar.

“Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai” (Luqman 31: 19)

2.Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya.

‘Atha’ (ulama Salaf) pernah mengatakan; “Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai.”

3.Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara

“Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. ” (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Continue reading

Sahsiah Dai’e: Bersangka Baik Sesama Da’ie

Sebuah cerita pengajaran indah dari buku At-Thoriq ilal Qulub (Bagaimana Menyentuh Hati) nukilan Syeikh dakwah Abbas as-Sisy:

Dia adalah sebaik-baik teman, paling aktif ke masjid dan sangat menyintai teman-temannya. Tiba-tiba, lama sekali tidak nampak batang hidungnya di tengah-tengah mereka. Ketika kemudian dia dapat berkumpul kembali, tiba-tiba seorang teman datang mengasak pelbagai pertanyaan dan sindirin kepadanya. Dengan nada sedih dia katakan kepada temannya, “Kenapa baru sekarang kamu mahu menjengokku? Ke mana saja kamu dan teman-teman selama ini? Mengapa tidak berusaha mencariku selama beberapa bulan terakhir ini. Sebenarnya aku sangat memerlukan kehadiran kalian di sampingku pada saat isteriku meninggal dunia, dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Aku memerlukan orang-orang yang akrab denganku pada saat kritikal seperti itu!”

Hal ini menjadi pelajaran berharga bagi ikhwan yang masih belum memenuhi kewajipan kepada ikhwannya yang lain dalam hal memantau keadaannya. Hal ini merupakan kewajipan paling minimum kerana Rasulullah telah bersabda, “Apabila dia tiada, maka carilah!”

Continue reading

Sabar Di Jalan Dakwah (1)

Sabar di dalam berdakwah memiliki peranan amat penting dan sebagai kewajiban bagi seorang da’i. Sabar, secara umum merupakan kewajiban bagi setiap muslim, namun bagi seorang da’i, ia lebih dan sangat ditekan-kan. Oleh kerana itu, Allah memerintahkan kepada pemimpin para da’i dan teladan mereka, Rasulullah SAW untuk bersikap sabar, Allah berfirman, “Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan”. (an-Nahl:127-128)

Di dalam ayat yang lain disebut-kan,“Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka.(Al-Ahqaaf: 35)

Juga firman-Nya yang lain, ertinya, “Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami terhadap mereka.” (QS. 6: 34)
Continue reading

Membangun Sifat Istiqamah

Muqaddimah

Setiap muslim berikrar bahawa Allah Subhanahuwata’ala adalah Rabbnya, Islam adalah dinnya dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam adalah rasul ikutannya, sepertimana doa yang sering dibaca:

Aku redha Allah sebagai Rabbku, dan Islam sebagai dinku, dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam sebagai nabi dan rasul bagiku

Dia haruslah memahami erti ikrar ini dan mampu merealisasikan tuntutannya dalam realiti kehidupan. Setiap aspek kehidupannya, samada dalam suasana aman mahupun terancam, hendaklah diwarnai dengan tuntutan ikrar ini.

Dalam realiti kehidupan, ternyata tidak semua orang Islam memiliki kefahaman yang baik tentang Islam dan dapat menghayatinya dalam setiap bidang kehidupan. Orang yang dapat menghayatinya pun belum tentu dapat bertahan dan tetap dalam penghayatan itu sepertimana yang dituntut oleh Islam, yakni iltizam dan istiqamah berpegang dengan ajaran Islam di sepanjang hidupnya.

Istiqamah berpegang kepada din Islam merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.

Continue reading

Tarbiah Bersama Al Marhum Syeikh Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain (3)

Perkongsian dari anak didik beliau, saudara Hilal Asyraf.

Ustaz Dahlan bin Mohd Zain. Beliau adalah mudir saya. Saya masih tidak biasa memanggil beliau dengan gelarannya: Dato’ Kaya Bakti. Begitulah juga saya masih tidak biasa meletakkan ‘almarhum’ di hadapan namanya. Ya, dia telah meninggal dunia.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk menghentikan langkahan. Bahkan, pemergiannya sepatutnya menjadi motivasi kepada manusia seperti saya untuk meneruskan perjuangan. Hatta Abu Bakr RA dan para sahabat meneruskan usaha-usaha dakwah dan tarbiyah selepas pemergian Rasulullah SAW, apatah lagi pemergian seorang murabbi yang bernama Ustaz Dahlan bin Mohd Zain. Pemergiannya hanya menjadi sia-sia sekiranya anak muridnya seperti saya ini tidak bergerak menyambng perjuangannya.

Di ruangan seni kali ini, saya ingin berkongsi beberapa ’seni’ dalam langkahan murabbi saya yang telah pergi itu.

Moga-moga, dengan perkongsian ini, ia menjadi satu sumbangan idea, dalam kita mengajak masyarakat untuk kembali menjadikan Allah sebagai ILAH dan RABB di dalam kehidupan insan.

Seni 1: Bersederhana di dalam jawapan.

Biasa apabila kita dilontarkan soalan, kita akan teruja untuk memberikan jawapan yang ‘paling betul’. Sebagai contoh, soalan begini:

“Ustaz, boleh tak nak keluar dengan tunang?”

Biasanya jawapan ini akan kita jawab begini:

“Tak boleh. Haram! Tunang tu sama sahaja layanannya dengan perempuan bukan mahram lain.” Dan kita akan sertakan wajah serius bersama-sama. Tidakkah begitu?

Tetapi lihatlah Ustaz Dahlan bagaimana dia memberikan jawapan, apabila seorang sahabat saya bertanya kepadanya: “Ustaz, boleh tak nak makan sama-sama dengan tunang?”

Ustaz menjawab bagaimana?

“Boleh.”

Continue reading