Tarbiyah dan Kualiti Mas’ul Dakwah (1)

20140209_124649

Sesungguhnya dakwah memberikan perhatian khusus terhadap tarbiyah para mas’ul, mempersiapkan kemampuan dan kemahiran di bidang yang digelutinya, begitu pula dengan persiapan tarbawi. Hal ini merupakan dasar yang akan membantunya dalam menjalankan tugas sesuai dengan kemampuannya.

Berikut beberapa sisi-sisi penting yang sangat diperhatikan dalam tarbiyah para mas’ul:

Yang berhubungan langsung dengan diri mas’ul

  1. Rasa tanggung jawab yang tinggi seorang mas’ul di hadapan Allah Swt., dan ia akan memikul amanah tersebut di hadapan-Nya.
  2. Selalu ikhlas dalam setiap amal, dan menghindari sifat-sifat ujub, angkuh, riya, sum’ah (ingin selalu dipuji), serta selalu berupaya merasakan bahawa ia sangat memerlukan jamaah ini, dan bukan jamaah yang memerlukannya.
  3. Tidak tergantung dengan kedudukan, sama halnya ia dikedepankan atau dikebelakangkan, serta selalu menguatkan semangat jundiyah (dinamika dan kepatuhan terhadap pemimpin).
  4. Senantiasa memuhasabah dirinya, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar bin Khattab –semoga Allah meredhainya-.
  5. Hendaknya ia memiliki bekal khusus dari ibadah dan ketaatan, yang dengannya ia mendapatkan bekal ruhi, dan menjadikannya sebagai saranan untuk meminta taufik dari Allah, memperbanyak doa, meminta dan menyandarkan diri kepada Allah.
  6. Dan hendaknya ia selalu memiliki kekuatan spiritual yang tinggi, semangat yang selalu membara, dan tekad yang kuat.

Continue reading

Halatuju Meraikan Ramadhan

Muqaddimah

Marilah sama-sama kita pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام kepada titah perintah Allah, Suruhan dan TegahanNya. Dan marilah kita terus bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dipanjangkan umur, bertemu dan berada dalam Bulan Ramadhan المبارك. Bulan yang agung dan penuh keberkatan serti diliputi suasana didikan dan latihan bagi melahirkan insan yang bertaqwa dalam ertikata yang sebenarnya (المتقين ). Marilah kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan sebaik-baik sambutan ( حُسْنُ اَلاِسْتِقْبَالِ ). Setiap sesuatu sering ada musimnya, maka Ranmdhan adalah musim beribadah, mengukuhkan taqwa, bermujahadah dan membina ruh jihad di jalan Allah SWT.

Berikut adalah beberapa noktah mengenai Madrasah Ramadhan:

1) Al Marhum Ustaz Saed Hawwa dalam kitabnya “ الاسلام “ pernah mengeluarkan kenyataan ‘ ورمضان فى الحقيقة مدرسة ‘ – Ramadan pada hakikatnya adalah umpama sekolah. Ertinya tempat, masa, suasana dan persekitaran didikan yang khusus lagi istimewa dan tiada bandingannya. Kelebihan dan fadhilatnya adalah ditentukan / ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Continue reading

Usrah Adalah Wadah Utama Tarbiyah

tarbiyah2
Sesungguhnya Imam Al-Banna telah menegaskan makna ini ketika bercakap di hadapan Ikhwan pada suatu hari: “Usrah merupakan Qaedah Asas dalam binaan dakwah kita. Naqib usrah pula adalah batu penjuru dalam binaan ini”. Ia merupakan kalam pengasas Ikhwan Muslimin (IM) bagi menunjukkan betapa mustahak dan betapa kesatuan dakwah ini terbina di atas sistem ini. Justeru Imam Al-Banna telah meletakkan Peraturan Khusus (Laihah Khas) bagi menjamin kelangsungannya berdasarkan disiplin yang telah ditetapkan dan efektif agar pentarbiyahan individu terlaksana. Itulah matlamat daripada dakwah ini. Peraturan ini telah ditetapkan pada bulan Rabi’ul Awal 1362H bersamaan bulan Mac 1943.
 
Berkenaan Sistem Usrah ini, Imam Al-Banna berkata: “Wahai Ikhwan sekalian, sistem ini amat berguna untuk kita dan dakwah ini dengan izin Allah SWT. Ia berfungsi untuk mengontrol (mengawal) ikhwan yang ikhlas dan menjadikan mereka berada dalam suasana mudah dihubungi dan menerima arahan dari masa ke semasa untuk kepentingan dakwah yang mulia ini. Ia akan menguatkan ikatan dan meningkatkan ukhuwah satu sama lain dari tahap kata-kata (teori) ke tahap perbuatan dan praktikal (pelaksanaan)”.
 

Juma’ah Amin: Peranan Murabbi Membina Ukhwah

Para murabbi harus punya visi yang jelas, di atas apa dan untuk apa ia mentarbiyah. Kalian sebagai murabbi harus yakin dengan kejelasan visi. Perhatikan ikatan ukhuwah. Kerana, syariah tidak akan tegak tanpa ukhuwwah, kerana itu, ikatan ukhuwah saya namakan rukun syariah dalam buku saya.

Masyarakat Islam yang tidak merealiasikan ukhuwah tidak akan mampu menerapkan syariah dengan benar. Ukhuwah menenangkan hati dan mengukuhkan kedudukan. Abdullah bin Umar berkata, “Jika saya lakukan semua bentuk ibadah tanpa henti, tapi tidak mencintai saudara seiman, tidak ada manfaat dari ibadah saya itu.”

Continue reading

Makna Islam

Deen yang kita anuti adalah Islam. Kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dipilih oleh Allah untuk kita menganut Islam.

Apabila kita rujuk kepada pengertian Islam, maka kalimah الاسلام bermaksud menyerah dan patuh kepada perintah dan larangan Allah tanpa sebarang bantahan.

Sesungguhnya seseorang insan itu tidak dapat mentaati Allah s.w.t dan tidak dapat mengikut peraturan dan jalan Allah melainkan apabila ia telah mengetahui dengan penuh faham dan sedar serta yakin dalam beberapa perkara utama :

Continue reading

Belajar Kepimpinan Dari Abu Bakar RA

Dikisahkan Oleh Ibnul Qayyim al-Jauziyah bahawa saat Abu Bakar RA menjawat jawatan sebagai khalifah, beliau biasa mendatangi salah seorang warganya di luar kota Madinah. Orang itu adalah perempuan tua miskin, janda dan buta. Abu Bakar menyapu rumahnya, memasak makanan untuknya dan memerahkan susu kambingnya.

Suatu hari Umar bin Khattab RA mengikuti dari belakang. Setelah Abu Bakar pergi dari rumah perempuan tua itu, Umar masuk dan bertanya,  

“Siapakah engkau?”

Perempuan itu menjawab,  

“Aku hanyalah wanita tua yang malang dan menderita. Suamiku telah lama tiada dan tiada yang menghidupi saya setelah Allah kecuali orang yang baru keluar tadi.”

Continue reading