Membina Sifat Istiqamah

Sahabat penulis saat memberi kursus kepada warga muslim di Kemboja

Penulis menerima beberapa email bertanyakan berkenaan sifat istiqamah dan bagaimana membentuknya dalam kehidupan. Agak berat rasanya untuk penulis menjelaskannya kerana penulis sendiri bimbang dengan keistiqamahan penulis dalam kerja besar dakwah dan tarbiah. Dalam kesibukan jadual penulis yang sentiasa “outstation” penulis berusaha mencari ruang meneliti tulisan dan kajian para ulama menelusuri sifat istiqamah yang dimiliki orang Rasulullah saw dan para sahabat.  Sebagai da’i dan murabbi, sudah tentulah sifat istiqamah amat perlu kita miliki.

Sesunguhnya tugas mentarbiah bukanlah tugas yang mudah, ianya memerlukan pelbagai persiapan, khususnya persiapan ruhi yang stabil hubungannya dengan Allah swt. Salah satu ciri ruhiyah daiyah yang dapat membantu kejayaan dakwah dan tarbiah seorang murabbi ialah istiqamah. Yang menghiasi jiwa para murabbi dan da’i dalam melewati putaran roda dakwah adalah istiqamah dalam hidayah, istiqamah dalam keikhlasan, istiqamah dalam kesabaran. Inilah hal terberat bagi setiap da’i bahkan ciri ini merupakan ciri utama kepada para nabi dan rasul. Ayat yang membuatkan Muhammad saw. beruban rambutnya, adalah perintah untuk istiqamah.

“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (Qs. Hud: 112).

Continue reading

Advertisements