Pesanan Syeikh Musthafa Masyhur Akan Kepentingan Pelaksanaan Tarbiyah Yang Konsisten

Dalam kitab Thariqud-da’wah; bainal ashalah wal inhiraf, Syeikh Musthafa Masyhur mengatakan:“Peribadi muslim adalah batu bata asasi dalam al bina’ (pembinaan), baik pembinaan al bait al muslim (keluarga muslim), atau al mujtama’ al muslim (masyarakat muslim), atau al hukumah al muslimah dan ad-daulah. Sesuai dengan kadar yang diterima oleh peribadi dalam urusan tarbiyah, sesuai itu pula kekukuhan bina’ (bangunan)-nya.

Aqidah dan iman yang kuat adalah asas bina’ syakhshiyyatul fardi al muslim (asas pembentukan peribadi muslim), kerananya, taqshir (kelonggaran) di bidang tarbiyah termasuk sebagai kelemahan dalam al asas, dan akan mencerminkan bangunan tersebut kepada keruntuhan, cepat atau lambat.

Tidak memberikan ihtimam (perhatian) yang layak kepada tarbiyah juga akan menyebabkan kepada menurunnya mustawal afrad, sehingga tidak melepasi syarat afrad ‘alal mustawal mas-uliyah wa tahammuli amanaatil ‘amal (peribadi-peribadi yang tidak setahap dengan tingkat tanggungjawab dan daya tahan dalam memikul pelbagai amanah ‘amal), dimana seharusnya mereka meringankan beban-beban dakwah, malahan menimbulkan pelbagai musykilah dan khilafat (permasalahan dan pertentangan-pertentangan), dan jadilah mereka itu beban dan penyibuk yang merugikan ‘amal, produktiviti dan da’wah.

Continue reading

Proses Pembersihan Hati

PENYAKIT-PENYAKIT HATI

Penyakit-penyakit yang biasa menyerang hati manusia:

1.  Mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2.  Ingin/cenderung melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

3.  Lalai, tidak mengambil berat atau malas terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hamba yang muslim.

4.  Tidak mengendahkan atau memandang kecil hukum hakam Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sebaliknya memuliakan hukum hakam manusia.

5.  Tidak bergantung harap kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sebaliknya bergantung harap kepada selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

6.  Takut kepada makhluk melebihi takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala

7.  Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap hamba-hambanya yang beriman, dan juga terhadap amaran-amaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap hamba-hambaNya yang menderhaka.

8.  Menghina dan meremehkan orang yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala kasihi.

9.  Tidak bersungguh dan istiqamah dalam proses pembangunan diri.

10.      Memandang negatif terhadap aktiviti-aktiviti/program-program da’wah dan tarbiyah

Continue reading

Mindsetting Buat Para Da’iyah

Kaedah dakwah Islam haruslah bersumber dari Al-Quran dan sejarah para anbiya (para nabi). Bagi yang menerima dakwah dan siap memikul amanah untuk menyampaikan risalah, maka pertama yang dituntut darinya adalah mahu menerima ajaran Islam secara kaffah, dan mensibghah dirinya dan segala urusan kehidupannya dengan Islam, menampakkan sahsiah dengan tingkah laku islami sebagai tanda keikhlasan dan tajarrud (lepas diri dari selain Islam) mereka, melepas diri dari ideologi dan ajaran  yang menyimpang, dan mensucikannya dari segala sesuatu yang membelakangi keimanan mereka.

Dengan demikian akan terbentuk peribadi yang bertaqwa, jiwa yang kental dan akhlak yang mulia, biografi mereka akan sentiasa bersih dan siap menerima dan menghadapi segala bentuk cubaan dan ujian.

Walaupun diantara tabiat dakwah ini, perjalanan seorang da’iyah tidak sentiasa berjalan dengan mudah dan bebas dari duri-duri namun akan sentiasa berhadapan dengan rintangan dan cubaan yang sengaja ditebarkan oleh musuh-musuhnya, untuk membuat sang da’iyah merasa gelisah, atau kadang kala orangtuanya, saudaranya, kerabatnya, sahabatnya, anak-anak dan isterinya boleh menjadi musuh bagi dirinya, sehingga dapat menghambat perjalanan dakwahnya. Sehingga kehidupan yang dahulunya indah dan terasa aman akan berubah menjadi kehidupan yang penuh onak dan duri.

Continue reading

Dakwah Kepada Tokoh Masyarakat

Ramai da’i yang mencurahkan segala potensinya untuk menangani permasalahan masyarakat tertentu, tetapi mereka melupakan dakwah kepada tokoh masyarakat yang berpengaruh besar dalam kehidupan sosial. Sesungguhnya, menaruh perhatian pada tokoh-tokoh masyarakat akan memperluaskan jalan dakwah. Ini kerana kebanyakan para tokoh masyarakat yang jauh dari sentuhan dakwah inilah yang sering menentang dan salah sangka dengan dakwah kita, kerana ketidaktahuannya terhadap hakikat dakwah.

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik, dalam menggerakkan dan mengurus dakwah. Keberhasilannya dalam mengajak manusia kepada agama Allah SWT sudah terbukti. Antara pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah mendakwahi tokoh-tokoh masyarakat yang ada di Mekah. Rasulullah SAW sangat memahami perkara ini sehingga Baginda SAW pernah berdoa,

“Ya Allah berilah ‘izzah (tinggikan) Islam ini dengan masuknya salah satu dari dua Umar yakni Umar bin Hisyam (Abu Jahal,) atau Umar bin Khathab.”
Continue reading

Seni Dakwah Golongan Remaja (2)

Makna hadis:

Abu umamah r.a. berkata: “Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berzina.” Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka engkau, celaka engkau!” Setelah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati beliau, lalu beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuanmu?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.” Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ayahmu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau menjawab, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ibumu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.” Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di dada pemuda itu seraya berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya, dan lindungilah farjinya.” Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal- hal yang haram.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Continue reading