Halatuju Dakwah Yang Harus Difahami (2)

Memang di antara tuntutan keImanan seseorang itu di mana ia berhasrat menjadikan keImanan hatinya sebagai cara hidup, kekuasaan, sistem ekonomi dan sosial dilaksanakan mengikut apa yang telah dibawa oleh pesuruh-pesuruh Allahs.w.t dengan megah, kemas, disanjung dan diakui perintahnya di seluruh dunia tanpa sebarang cabaran perintahnya di seluruh tanpa ada seseorangpun mencabar perintah dan mengganggu perjalanannya.

Bagaimana pula dengan  orang-orang yang rela hidup di bawah lembayungnya dengan penuh gembira. Apatah lagi oang yang berani dan lantang berusaha untuk memperkemaskan penguatkuasaan sistem batil yang palsu, yang mana ianya bekerja bersungguh-sungguh untuk meninggikan kalimah batilnya.  Mereka inilah yang paling sesat dan menerjunkan diri di dalam kesesatan.  Semoga Allah s.w.t melindungi kita dari kehidupan yang seumpama ini.

Adapun amalan yang bercanggah, kita pinta dari seluruh Muslimin tanpa membezakan antara  yang lahir di dalam rumah Islam asal ataupun yang baru memeluk Islam, supaya membersihkan diri  mereka dari kecelaan-kecelaan yang berupakan tindakan-tindakan yang bercanggah dari apa yang dilafazkan dengan lisannya.  Di anggap bukan Islam seorang lelaki itu dengan mengikut dan mentaati beberapa suruhan Allah s.w.t dan berpegang dengan tali syariat sedangkan di satu pihak yang lain  menentang suruhan dan melanggar sempadan-sempadan Allah s.w.t di dalam beberapa aspek. Sedangkan tuntutan Iman ialah supaya seseorang itu menyerah dirinya dan jiwanya kepada Allah s.w.t dan memasukkan seluruh penghidupan di bawah lembayung agama ini tanpa menderhaka kepada Allah s.w.t dalam sebarang sesuatu suruhan dan tanpa  mengecualikan suatu aspek pun dari pengabdian dan  menyeluruh dan perhambaan yang total kepada Deen Ilahi dan syariat Nya.

Antara tanda orang Mu’min ialah pewarnaan dan pencorakan hidup dengan pencorakan Allah s.w.t tanpa terpengaruh sedikitpun dengan godaan dunia yang menawan dan tidak terseleweng dari hal yang benar. Di antaranya lagi ialah seseorang itu akan mengucapkan istighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t sekiranya timbul suatu yang salah dan pendurhakaan atau berlaku suatu cebis kerja yang membawa kepada kejahatan dan kezaliman.  Adapun seorang lelaki yang berpura-pura beriman kepada Allah s.w.t, dengan menunaikan solah, berpuasa dan syiar-syiar Islam yang tertentu kemudian menganggap dirinya bebas merdeka, tidak terikat dengan sebarang ikatan pun dan tidak pula mematuhi kepada suruhan Allah s.w.t dalam arena  penghidupan sehariannya  yang lain.

Maka inilah percanggahan yang menafikan pengabdian dan perhambaannya.  Apakah pendangan sahabat terhadap kesasauan dan keretakan yang dilakukan oleh orang Islam pada hari ini.  Mereka berpegang kemas kepada kepercayaan kepada Allah s.w.t dan Hari Akhirat dan melahirkan sokongan kepada Islam dan berwatak dengan perwatakan Islam.  Tetapi kesemua mereka ini masuk ke dalam perjuangan hidup dan pergolakan politik dan pengkajian dalam soal-soal ekonomi dan kemasyarakatan langsung tidak memperlihatkan imbas-imbas ajaran Islam dan tidak ketara kesan-kesan yang membuktikan  bahawa mereka mengikut agama yang benar dan syariat Allah s.w.t yang lengkap.  Manakala kesasauan lebih dasyat lagi dari ini.

Mereka mengaku pagi dan petang bahawa mereka tidak menyembah kecuali Allah s.w.t sahaja dan juga tidak meminta pertolongan melainkan hanya dari Allah s.w.t.  Tetapi selepas itu tidak segan silu mengikut suara-suara sumbang , tiori-tiori serta berpegang dengan ideologi yang lain.  Malah tunduk kepada setiap perkara yang bermaharajalela di muka bumi ini serta menyerah bulat-bulat kepada penguasaan dan keperkasaannya.  Itulah yang bercanggah dan itulah cirinya.

Inilah ibu kepada segala penyakit sosial dan moral yang mencengkam umat Islam kini.  Selagimana penyakit moral mencengkam mereka, janganlah mengharapkan mereka akan terlepas bebas dan sembuh dari penyakit kemerosotan, kehinaan dan kemunduran.  Tidak ada harapan untuk menyelamatkan mereka dari gaung dan jurang dimana mereka terlantar, malah akan tetap menyeret mereka dari terus ke dasar kesengsaraan dan kehinaan.

Suatu hal yang menyedihkan dan menghancurkan jiwa kita, lantaran sedih dan dukacita ‘alim ulama’ Islam, mahaguru-mahaguru yang mengajar mereka, sepanjang masa telah menda’yahkan  bahawa telah memadai bagi mereka agar mengucapkan dua kalimah syahadah, dengan berlaku benar, solah, puasa, melaksanakan pengelibatan yang terhad dan terbatas  tidak ada suatupun yang menyekat mereka dari kejayaan atau menutup langsung pada mereka pintu syurga sekiranya mereka mengikuti siapa sahaja pemimpin kafir  dan sesat.  Atau juga mereka boleh memilih dengan bebas mana-mana ideologi atau teori-teori palsu.

Mereka yang memilih dengan sesuka hati ideologi-ideologi dan teori-teori palsu ini adalah mengambil Islam dengan tempelak dan liberal.  Mereka menganggap bahawa telah cukup untuk melepaskan tanggungjawab melaksanakan Islam di bahu mereka.  Sesungguhnya pemimpin-pemimpin sesat dewasa ini telah melancarkan suatu langkah baru bahawa dengan menamakan seseorang itu dengan nama Islam telah memadai untuk mendaftarkan ke dalam sijil simpanan rasmi dan berhak menyandang jawatan pemerintahan dan kekuasaan di dalam pemerintahan Islam.  Allah s.w.t telah berfirman :-

Terjemahannya :

Dan mereka berkata : Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari sahaja. Katakanlah : Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji Nya.  Ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui ? ( Surah al Baqarah : 80 )

Natijah dari penyakit kronik yang mencengkam masyarakat , jasad kaum Muslimin dan jiwa mereka, maka kita boleh melihat mereka berpegang dengan sosialisme, kapitalisme, nasionalisme, komunisme, sekularisme dan berbagai lagi bentuk isme-isme  yang lain.  Lalu mereka menjejaki langkah penjenayah yang angkuh dan bongkak di bumi Allah s.w.t tanpa hak.  Samada mereka dari golongan raja-raja orang-orang Islam atau lainnya.  Mereka tidak merasai keberatan, tidak sembunyi-sembunyi malah tidak merasa teori-teori seumpama ini dan seluruh sistem taghut bercanggah dengan Islam.  Juga mereka tidak merasai bahawa mereka telah tersesat dari jalan yang benar, Islam.

Antara prinsip da’wah kita ialah, kita berharap pada setiap Muslim agar menjadi Muslim yang sejati, yang bersih dan dedikasi terhadap Allah s.w.t. Muslim yang jauh dari perasaan perkauman dan dapat memalingkan mukanya dari setiap fikrah dan ideologi yang bercanggah dengan fikrah kebenaran dan yang hak.  Juga ia sentiasa tetap tekun di atas prinsip tersebut dan sentiasa meneruskan usahanya berkonfrontasi dan memboikot dari terikut-terikut jalan-jalan  yang  sesat dan program-program yang tidak diredhai oleh  Allah s.w.t.

Sekiranya kamu menyedari tuntutan ketiga dari tiga tuntutan yang asas ialah Da’wah kita untuk alam sejagat, supaya mereka bangkit untuk merubah secara keseluruhan terhadap sistem sekarang kerana pemerintahan sekarang yang diperintah oleh sistem taghut dan perosak-perosak yang bermaharajalela dengan berbagai kemusnahan.  Supaya dilucutkan kuasa dan kepimpinan ideologi dan implementasinya dari tangan mereka dan terus diserahkan kepada mereka yang beriman dengan Allah s.w.t dan Hari Akhirah.  Mereka yang beriman dengan agama yang hak tanpa tujuan dan keinginan terhadap kemegahan dan kemusnahan di bumi ini.

Itulah natijah  yang tabie bagi sesuatu yang telah kita sebutkan tadi mengenai ekoran tuntutan atau ekoran dari pengabdian yang menyeluruh dan mengikhlaskan pegangan agama kepada Allah s.w.t serta bersih dari kesan-kesan nifaq serta kerja-kerja yang bebas dari percanggahan.  Semua ini tidak asing lagi, yang penting bahawa semuanya ini tidak akan berlaku kecualilah dapat diwujudkan suatu revolusi di dalam sistem  penghidupan yang wujud sekarang ini.  Semuanya berkisar di sekeliling paksi kufur, mulhid, fasiq dan berbagai penderhakaan kepada Allah s.w.t.  Yang mengatur dan pengatur segala urusan dan menjalankan kemudi pelayarannya adalah mereka yang menyeleweng dari Allah s.w.t dan Rasul Nya,  yang berpaling  dari menyembah Allah s.w.t dan berlagak sombong dan bongkak di muka bumi ini tanpa kebenaran.

Selagi teraju urusan dunia ini di tangan mereka, selagi ilmu-ilmu di tangan mereka, selagi penggubalan dan perlaksanaan undang-undang di tangan mereka, selagi urusan kewangan dan perindustrian di tangan mereka, semuanya bergerak mengikut gerakan dan kemahuan mereka,  selama itulah seorang Muslim yang sejati dalam ertikata yang sebenarnya mustahil untuk dicapai.  Muslim yang berpegang dengan prinsip-prinsip, patuh kepada Syariat Ilahi serta melaksanakan syariat amali dalam kehidupan ini.  Juga suatu yang mustahil bagi seseorang yang mengikut Deen Allah s.w.t yang lengkap  yang mengandungi segenap aspek kehidupan dan lranting-rantingnya, sedangkan ianya hidup di tengah-tengah negeri yang berpegang dengan undang-undang yang syariat Allah s.w.t berjalan dengan tidak mengikut program dan manhaj yang diredhai oleh Allah s.w.t.  Malah lebih sukar lagi  untuk mendidik anak-anaknya dengan ajaran dan prinsip-prinsip Islam.

Sememangnya payah untuk anak-anak mereka membesar di atas akhlaq-akhlaq dan tatasusila Islam yang terpuji kerana terdapat sistem kafir dan atheis yang  ia hidup di dalamnya, sentiasa menyekat dan menghalang perlaksanaan pendidikan Islam.  Suasana kafir yang tidak dapat hidup kecuali dengan udaranya, tidak rela kecuali dengan cara kafir dan berakhlaq dengan akhlaq-akhlaqnya serta memintanya meninggalkan akhlaq dan prinsip-prinsip agama  sedikit demi sedikit.

Tambahan pula sememangnya tugas seseorang hamba Muslim yang ikhlas dan jujur dengan agamanya terhadap Allah  s.w.t supaya membersihkan kekotoran, kerosakan dan kezaliman dan kemudian mendirikan di tempatnya suatu sistem yang adil berlandaskan prinsip-prinsip yang sihat dan matang.

Suatu yang jelas sekali bahawa segala tujuan ini tidak akan tercapai sselagi mana  teraju dunia ini berada  di tangan taghut, di tangan penjenayah-penjenayah dan perosak-perosak.  Mereka ini akan mengarah mengikut kehendak mereka dan melaksanakan progran mengikut kemahuan mereka.  Kita telah meneroka dengan pengalaman kita dewasa ini bahawa golongan-golongan yang sombong dan bongkak di muka bumi Allah s.w.t ini tanpa hak serta angkuh, melakukan kezaliman, sesungguhnya merekalah yang merupakan penghalang besar kepada sistem keadilan dan kesejahteraan dan merekalah yang menyekat sehingga tidak terdirinya prinsip-prinsip keImanan dan keadilan di muka bumi ini.

Begitu juga telah terbukti kepada kita dengan penuh yakin disertai dengan alasan dan pengamatan bahawa tidak ada harapan untuk kebaikan alam dan tiada harapan untuk menegakkan urusan-urusan mengikut ukuran-ukuran mengikut petunjuk dan kebenaran Allah s.w.t, sebagaimana golongan perosak yang telah menyeleweng dari ajaran  Allah s.w.t dan Rasul Nya, mengurus soal pemerintahan dan menguasai prjalanan hidup dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.  Tuntutan itulah natijah dari Islam  dan pengabdian kita yang seikhlasnya kepada Allahs.w.t Yang Maha Esa agar kita berusaha bersungguh-sungguh dan mengorbankan segala tenaga yang berterusan dan bekerja tidak putus-putus untuk membenteras kepimpinan dan kekuasaan kepala kafir yang sesat.  Begitu juga mencabut ke akar umbinya segala sistem yang palsu dan menggantikannya dengan Iman yang adil dan sistem yang hak.

Di sini mungkin sahabat bertanya, bagaimanakah jalan ke arah perubahan yang menyeluruh dan pembenterasan kepimpinan yang sedia ada.  Yang jelas bahawa sesuatu revolusi itu tidak akan berjaya dan tercapai dengan cita-cita dan angan-angan yang kosong semata-mata.  Maka menjadi Sunnah Allah s.w.t di muka bumi ini, di mana semuanya ini wujud dengan apa yang dinamakan sebagai Rijal atau tokoh-tokoh yang akan mengemudikan urusan ini.

Pendokong urusan ini memerlukan beberapa ciri dan kahlah yang sempurna yang akan memegang teraju kepimpinan dunia ini.  Begitu juga memang menjadi Sunnah Allah s.w.t bahawa Ia akan melaksanakan hal bumi ini dan mengendalikannya kepada sesiapa yang dikehendaki dari golongan bukan solihin dan mukminin, sekiranya tidak terdapat Jamaah Islamiyyah yang beriman lagi Soleh.

Wallah hu a’alam.

*(Link Siri 1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s