Study Terbela, Dakwah Kampus Terlaksana, Tarbiyah Merentasi Masa (2)

study3

Kunci kejayaan bagi seorang mahasiswa rabbani ada tiga. Integrasi ketiga-tiga formula kecemerlangan ini insyaAllah akan menumbuhkan seorang mahasiswa yang seimbang kecemerlangannya di dunia dan di akhirat. Merujuk kepada tulisan penulis sebelum ini, mengapa terjadi ketidakseimbangan kecemerlangan di kalangan mahasiswa antara akademik dan dakwah kampus, penulis berusaha memperkemaskan kefahaman buat para mahasiswa dalam memahami erti kecemerlangan. Semoga perkongsian pada kali ini menyinarkan kembali kefahaman kita apa makna menjadi mahasiswa rabbani yang Allah SWT redha.

Iman Yang Mendalam
Pertama sebagai mahasiswa kita perlu memiliki keimanan yang mendalam terhadap Deen yang satu-satunya diredhai Allah SWT. Iman menjadi masdar(pemancar), penggerak dan pencetus kegigihan kita untuk belajar dan berdakwah. Mahasiswa yang beriman tidak ada masa untuk membuang masa, firman Allah SWT:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang mukmin yang beriman, (iaitu) orang-orang yang kusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna…” (Al-Mu’minun: 1-4).

Continue reading

Advertisements

Study Terbela, Dakwah Kampus Terlaksana, Tarbiyah Merentasi Masa

study2
Ketika sesi berforum dalam program Simposium Kecemerlangan Cinta Dan Akademik (STAND) di USM P.Pinang, seorang peserta bertanyakan bagaimanakah cara terbaik mengimbangkan masa di antara keaktifan berdakwah di kampus dan dalam masa yang sama memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik. Mengapa terdapat pelajar yang aktif dengan dakwah kampus namun beroleh keputusan peperiksaan yang rendah dan tidak cemerlang?

Pertamanya, kita perlu bertanya, benarkah terjadi sedemikian? Jika benar berapa peratuskah atau berapa ramai mahasiswa yang aktif dengan dakwah ini tidak cemerlang dalam belajar? Sebenarnya tidak ramai yang sedia mengorbankan masanya dengan dakwah kampus. Yang ramai adalah mahasiswa biasa yang menghabiskan masa dengan perkara-perkara kecil dan kerdil seperti melepak, bercanda, bercinta dan sebagainya. Yang ramai di kampus juga adalah mahasiswa yang hanya tertumpu di ruang legar akademik sehingga mengabaikan hak umat ke atas dirinya. Bagi mereka, dakwah tiada kaitan dengan kehidupan mereka sebagai mahasiswa. Setahu penulis, rakan-rakan penulis yang aktif dengan dakwah kampus, mereka ini terdiri dari kalangan pelajar yang cemerlang. Hari ini ramai kalangan mereka berjaya menjadi profesional da’i dan para ustaz ustazah da’i.

Continue reading