Salahfaham Dalam Proses Tarbiyah

Kegagalan tarbiyah boleh terjadi ketika proses tarbiyah itu sedang berjalan, atau boleh juga berlaku ketika di awal proses tarbiah bermula. Ada yang beranggapan apabila sudah berada dalam halaqah tarbawiyah bererti dirinya sudah terselamat dari anasir perosakan jiwa. Awas, ramai juga yang pernah mengikuti halaqah tarbawiyah namun dengan izin Allah mereka kecewa dan tercicir dari jalan dakwah yang sukar dan panjang ini.

Terdapat lima kesilapan pengikut halaqah tarbawiyah ketika mereka mengikuti proses tarbiyah:

Pertama, proses tarbiyah dipandang semata-mata sebagai perpindahan ilmu. Oleh kerana itu, yang dimaksudkan dengan sudah atau belum ’menyampaikan bahan tarbiyah’ adalah sudah atau belum memperdengarkan atau menyajikan bahan tersebut kepada mad’u. Di sisi yang lain, mutarabbi merasa sudah memperoleh bahan tarbiyah kerana merasakan sudah pernah mendengar penyampaian tersebut di masa lalu atau sudah pernah membaca bahan tersebut. Persepsi ini menyebabkan mutarabbi tidak sampai kepada tujuan tarbiyah iaitu sebagai pengawal dalam pembentukan fikrah dan harakah.

Continue reading

Keperluan Kita Bergabung Dengan Kafilah Dakwah

Allah telah menyimpulkan tanggungjawab seorang muslim dalam beberapa ayat Al Qur’an, setelah itu Allah mengulanginya dalam beberapa ayat yang lain. Ayat yang merangkumi tanggungjawab muslim dalam hidup ini ialah firman Allah:

Maksudnya :

“Hai orang- orang yang beriman, ruku’lah, sujudlah, sembahlah tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benamya. Dia telah memilih kamu dan dia tidak menjadikan untukmu suatu kesempitan dalam agama. Agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekelian orang-orang muslim dari dahulu dan (begitu) pula dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Kerana itu dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka dialah sebaik-baik pelindung dan penolong”.

Firman Allah ini amat jelas, tidak mengandungi sebarang kekeliruan dan kesamaran. Demi Allah, dalam firman ini terselit satu kemanisan, padanya terjelma keindahan, terang seperti sinar pagi, jelas seperti cahaya, memenuhi telinga, menusuk ke dalam hati tanpa minta izin. Tidaklah orang Islam mendengarnya sebelum ini? Atau mereka mendenganya tetapi hati mereka terkunci sehingga mereka tidak menyedari dan tidak mengambil pengajaran.

Continue reading

Anjakan Paradigma Dari Pengalaman Hidup Seorang Murabbi

Salam… Perkongsian dari al Akh Cikgu Azmi Bahari, sepetang bersama Murabbi mithali.

Selesai saja solat asar… saya, isteri dan beberapa pelajar khassah puteri terus bergerak ke rumah Ustaz Dahlan seorang murabbi yang saya letakkan ditempat yang istimewa di hati saya dan saya yakin bukan saya seorang saja yang merasainya sebagai insan istimewa bahkan ribuan insan lain.

Hajat saya hanya untuk ziarah dan tentunya menziarahi orang yang sedang sakit tidak seharusnya berlama-lama. Ketika dalam perjalanan saya merancang untuk ziarah tidak lebih dari 15 minit memandangkan keadaannya yang agak lemah ketika saya menziarahinya lebih seminggu lepas di HUKM. Namun apabila sampai di rumahnya lain pula jadinya. Sampai di rumahnya, baru sempat duduk sekejap saya terus kebelakang rumahnya untuk menangkap beberapa ekor ikan keli yang dibela di dalam kolam yang dibuat dari tangki poly. Walaupun ikan keli ini memang kegemaran saya namun itu bukanlah alasan utama hingga kaki tanpa disedari terus melangkah ke kolam ikan itu, bukan juga kerana pelawaan bertubi-tubi dari anak ustaz, Ustazah Amani. Tetapi kerana ikan-ikan itu adalah peliharaan arwah Ummi Halimatun isteri Ustaz seorang yang benar-benar telah jadi ‘Ummi’ kepada pelajar-pelajar MATRI dan sebahagian besar dari guru-guru MATRI. Setelah selesai urusan saya dengan ikan keli ‘istimewa’ itu saya terus duduk di samping Ustaz dengan niat ‘sekejap’ saja kerana takut menganggu masa rehat Ustaz walaupun kalau ikutkan hati saya memang ingin duduk lama bersama Murabbi Istimewa ini.

Ternyata ianya tidak seperti yang dirancang, Ustaz mula bercerita kisah silamnya sejak kecil hingga saat ia terlantar sakit. Wajahnya begitu ceria dan bersemangat bahkan tidak ada banyak ruang untuk saya mencelah. Kerana takut tindakannya itu kerana ingin meraikan tetamu saya cuba beri isyarat seolah-olah ingin pulang supaya Ustaz dapat berehat, namun isyarat saya itu seperti tidak diendahkan. Sayapun apa lagi, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal saya terus perkemaskan duduk dan mendengar dengan penuh minat. Walaupun kisah-kisahnya telah beberapa kali saya dengar dari bibirnya namun saya tidak rasa jemu bahkan ingin mendengarnya berulang kali.
Continue reading