Tarbiyah Melahirkan Rijal Aqidah

universiti tarbiyahMatlamat Tarbiyyah kita ialah untuk melahirkan para ulama’, para pemimpin dan Muslim yang faham konsep ibadah.  Mengeluarkan para Zuhhad, para amilin yang benar-benar berjuang pada jalan Allah s.w.t.  Kita ingin menghasilkan Rijal (pahlawan) yang boleh menanggung  tugas masuliyyah dan amanah.

Oleh itu kita mesti sedar betapa pentingnya kita sekarang ini, melahirkan Murabbi, yang mempunyai sifat-sifat yang boleh dicontohi, yang mampu melahirkan Biah Solehah.

Continue reading

Proses Tarbiyah Mesti Berterusan

al-quran51-300x205Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da’i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-‘Auf.

Continue reading

Orang Mukmin Yang Dengki Kepadanya

RINTANGAN PERTAMA:

ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA

bahteraSebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak cepat kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah dan Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”

(Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi:

“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim dan sifat serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering.”

(Hadith riwayat Al-Tirmizi)

Continue reading

Q4: Membicarakan Kesalahan dan Aib Orang Lain

akhlakSalam, saya masih baru dalam program usrah. Saya pernah mengikuti usrah semasa belajar di luar Negara. Dalam usrah tersebut, naqib dan ahlinya selalu membicarakan kelemahan individu lain, khususnya dari jamaah/organisasi yang berbeza. Sebaliknya mereka mengatakan bahawa gerakan merekalah yang lebih benar dan betul. Apa pandangan tuan berkenaan perkara ini. (Muslimat Keliru – melalui email)

Salam kembali,
Penulis tidak mampu menjawabnya dengan sebaik mungkin. Semoga yang bertanya dapat juga bertanyakan permasalahan ini kepada para ulama yang lebih wibawa dan ikhlas dalam melaksanakan kerja-kerja menyeru manusia kepada Allah. Walaubagaimanapun penulis cuba mengupas permasalahan ini berdasarkan daripada tulisan-tulisan ulama-ulama muktabar.

Sebagai seorang dai’e, kita seharusnya sibuk dengan memuhasabah aib diri sendiri, tidak mencari-cari cacat cela orang lain dan sedia memaafkan kekhilafan mereka. Menurut seorang ulama zuhud, Syeikh as-Sarri as Saqathi al-Baghdadi dari Bashrah, beliau mengatakan adalah amat mendukacitakan dan mencemaskan apabila menjalarnya penyakit mencari-cari keburukan orang lain di tengah-tengah kelompok orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah. Beliau pernah mengatakan:

”Aku tidak pernah melihat hal yang lebih mudah menghilangkan amal baik, lebih merosakkan hati, lebih cepat menghancurkan seorang hamba, lebih lama membuat sedih, lebih dekat pada laknat, lebih banyak membuat orang mencintai sifat riya’, ’ujb dan cinta kekuasaan…dari sedikitnya pengetahuan seorang hamba pada aib dirinya sendiri sedangkan ia hanya memandang aib orang lain.”

Continue reading

Pandangan

Kenapa Jemu Dengan Tarbiyah

akhirat2Kita pernah dan ada yang telah lama duduk dalam Medan Tarbiyah.. Kita kadang-kadang rasa jemu dengan Tarbiyah. Kenapa ?

Ini merupakan persoalan yang perlu kita renungkan dan cari jawabannya. Jika kita benar-benar meyakini jalan yang kita lalui sekarang iaitu jalan Tarbiyah dan Da’wah. Persoalan ini jika tidak dijawab ianya mungkin akan melemahkan dan menyebabkan kita rasa jemu untuk terus duduk dalam Medan Tarbiyah. Kita mungkin tidak dapat Istiqamah dalam Medan Tarbiyah.

Mustafa Masyhur menyebut; “Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyah.”

Continue reading