Mengapa Dakwah?

canon 1 060

Mengapa kita berdakwah? Di dalam surat Al A’raf ayat 164, Allah SWT berfirman:

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab oleh Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa.”

Hanya ada dua penyebab kita berdakwah sekaligus menjadi motivasi dan tujuan kita untuk berdakwah, pertama agar kita memiliki alasan pembelaan di hadapan Allah kelak (ma’dziratan ilaa rabbikum). Kelak Allah SWT akan bertanya, ketika pelbagai penyimpangan, kemaksiatan, larangan-Ku dilakukan di muka bumi, cuba sebutkan apa saja yang kamu telah lakukan! Kelak dengan mudah amal kita yang akan menjawab, “Wahai Allah, saya sudah berbuat ini dan itu, saya sudah berdakwah kepada mereka, saya telah mengajak mereka ke jalan-Mu, dan sebagainya dan seterusnya”. Inilah ungkapan-ungkapan pembelaan kita, ini nantinya akan menjadi alasan bagi kita agar kita dapat menjawab atas pertanggungjawaban dakwah itu di hadapan Allah.

Continue reading

Pesanan Syeikh Juma’ah Amin Buat Aktivis Dakwah

Syeikh Dr Juma’ah Amin mengingatkan asal dakwah ialah kita mengajak manusia kepada Allah SWT, membantu mereka keluar dari kegelapan menuju kepada Nur yang terang benderang.

Dakwah mengajak mereka keluar dari kekufuran kepada Islam. Dakwah mengajak mereka keluar dari kehidupan jahiliah kepada kehidupan bersuluhkan ilmu dan kebenaran.

Dakwah dan tarbiah tidak boleh dipisahkan. Selepas kita berdakwah, mereka yang menerima dakwah akan kita bimbing supaya mereka juga menjadi pendakwah seperti kita. Proses bimbingan ini kita namakan tarbiah.

Continue reading

Dakwah Sentiasa Hidup Di dalam Sarafnya

Seorang da’i harus dapat merasakan bahawa dakwahnya sentiasa hidup di dalam sarafnya, menyala di dalam hatinya, bergejolak di dalam hatinya, sehingga mendorongnya dari suka bersikap istirehat dan kesenangan kepada sikap pergerakan dan perbuatan, serta menyibukkan diri dengannya daripada dirinya sendiri, anaknya dan hartanya. Ini adalah da’i yang jujur, yang imannya merasakan bahawa dakwahnya berkobar di dalam pandangannya, gerakkannya, isyaratnya dan dalam karakteristik yang bercampur dengan air wajahnya.

Dia selalu ingat dengan dakwahnya baik ketika tidur mahupun terjaga, ketika makan dan diantara keluarganya, ketika diam, dalam berpergian dan dalam perkumpulan-perkumpulannya. Secara keseluruhan, dakwah adalah masalah utama yang selalu hadir dalam setiap waktu hidupnya. Ia adalah ruh kehidupannya, citi-citanya, keperluannya dan urusan hidupnya baik sebagai sampingan mahupun hujung kehidupannya.

Ustaz Al-Bahy Al-Khouly dalam Rakaizud Dakwah

Pesanan Syeikh Musthafa Masyhur Akan Kepentingan Pelaksanaan Tarbiyah Yang Konsisten

Dalam kitab Thariqud-da’wah; bainal ashalah wal inhiraf, Syeikh Musthafa Masyhur mengatakan:“Peribadi muslim adalah batu bata asasi dalam al bina’ (pembinaan), baik pembinaan al bait al muslim (keluarga muslim), atau al mujtama’ al muslim (masyarakat muslim), atau al hukumah al muslimah dan ad-daulah. Sesuai dengan kadar yang diterima oleh peribadi dalam urusan tarbiyah, sesuai itu pula kekukuhan bina’ (bangunan)-nya.

Aqidah dan iman yang kuat adalah asas bina’ syakhshiyyatul fardi al muslim (asas pembentukan peribadi muslim), kerananya, taqshir (kelonggaran) di bidang tarbiyah termasuk sebagai kelemahan dalam al asas, dan akan mencerminkan bangunan tersebut kepada keruntuhan, cepat atau lambat.

Tidak memberikan ihtimam (perhatian) yang layak kepada tarbiyah juga akan menyebabkan kepada menurunnya mustawal afrad, sehingga tidak melepasi syarat afrad ‘alal mustawal mas-uliyah wa tahammuli amanaatil ‘amal (peribadi-peribadi yang tidak setahap dengan tingkat tanggungjawab dan daya tahan dalam memikul pelbagai amanah ‘amal), dimana seharusnya mereka meringankan beban-beban dakwah, malahan menimbulkan pelbagai musykilah dan khilafat (permasalahan dan pertentangan-pertentangan), dan jadilah mereka itu beban dan penyibuk yang merugikan ‘amal, produktiviti dan da’wah.

Continue reading

Mindsetting Buat Para Da’iyah

Kaedah dakwah Islam haruslah bersumber dari Al-Quran dan sejarah para anbiya (para nabi). Bagi yang menerima dakwah dan siap memikul amanah untuk menyampaikan risalah, maka pertama yang dituntut darinya adalah mahu menerima ajaran Islam secara kaffah, dan mensibghah dirinya dan segala urusan kehidupannya dengan Islam, menampakkan sahsiah dengan tingkah laku islami sebagai tanda keikhlasan dan tajarrud (lepas diri dari selain Islam) mereka, melepas diri dari ideologi dan ajaran  yang menyimpang, dan mensucikannya dari segala sesuatu yang membelakangi keimanan mereka.

Dengan demikian akan terbentuk peribadi yang bertaqwa, jiwa yang kental dan akhlak yang mulia, biografi mereka akan sentiasa bersih dan siap menerima dan menghadapi segala bentuk cubaan dan ujian.

Walaupun diantara tabiat dakwah ini, perjalanan seorang da’iyah tidak sentiasa berjalan dengan mudah dan bebas dari duri-duri namun akan sentiasa berhadapan dengan rintangan dan cubaan yang sengaja ditebarkan oleh musuh-musuhnya, untuk membuat sang da’iyah merasa gelisah, atau kadang kala orangtuanya, saudaranya, kerabatnya, sahabatnya, anak-anak dan isterinya boleh menjadi musuh bagi dirinya, sehingga dapat menghambat perjalanan dakwahnya. Sehingga kehidupan yang dahulunya indah dan terasa aman akan berubah menjadi kehidupan yang penuh onak dan duri.

Continue reading

Dakwah Kepada Tokoh Masyarakat

Ramai da’i yang mencurahkan segala potensinya untuk menangani permasalahan masyarakat tertentu, tetapi mereka melupakan dakwah kepada tokoh masyarakat yang berpengaruh besar dalam kehidupan sosial. Sesungguhnya, menaruh perhatian pada tokoh-tokoh masyarakat akan memperluaskan jalan dakwah. Ini kerana kebanyakan para tokoh masyarakat yang jauh dari sentuhan dakwah inilah yang sering menentang dan salah sangka dengan dakwah kita, kerana ketidaktahuannya terhadap hakikat dakwah.

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik, dalam menggerakkan dan mengurus dakwah. Keberhasilannya dalam mengajak manusia kepada agama Allah SWT sudah terbukti. Antara pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah mendakwahi tokoh-tokoh masyarakat yang ada di Mekah. Rasulullah SAW sangat memahami perkara ini sehingga Baginda SAW pernah berdoa,

“Ya Allah berilah ‘izzah (tinggikan) Islam ini dengan masuknya salah satu dari dua Umar yakni Umar bin Hisyam (Abu Jahal,) atau Umar bin Khathab.”
Continue reading

Seni Dakwah Golongan Remaja (2)

Makna hadis:

Abu umamah r.a. berkata: “Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berzina.” Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka engkau, celaka engkau!” Setelah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati beliau, lalu beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuanmu?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.” Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ayahmu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau menjawab, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ibumu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.” Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di dada pemuda itu seraya berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya, dan lindungilah farjinya.” Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal- hal yang haram.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Continue reading

Seni Dakwah Golongan Remaja (1)

Makna hadits:

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ‘ Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.”
(HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan shahih).

Continue reading

Mujahid Dakwah

Imam Hasan al-Banna mengatakan: “Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.

Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.

Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.

Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”

 

Kemahiran dan Seni Dalam Dakwah

Kemampuan untuk menguasai orang lain adalah suatu keperluan yang dapat melengkapkan keperibadian pendukung dakwah dan salah satu keperluan di jalan dakwah supaya dakwah mampu terus berjalan, memiliki keupayaan dan menyibukkan pendukung dakwah dengan urusan dakwah. Jalan dakwah sebenarnya adalah panjang sedangkan dakwah yang menyebabkan manusia lari daripadanya dan tidak berdaya untuk menguasai dan mengawal mereka pasti tidak akan tercapai kejayaan seperti yang diidamkan. Bagaimana dakwah akan berjaya sedangkan dakwah yang disampaikan ditolak dan dibenci mereka?

Seni menguasai dan mengawal orang bermaksud kemampuan pendukung dakwah yang dikenali sebagai da’i untuk menarik orang dan memasukkan mereka ke dalam bahtera dakwah. Da’i yang berjaya ialah yang berjaya menyampaikan dakwah dan fikrahnya kepada sasaran serta meresapi dan mengesani ke dalam lubuk hati dan minda mereka daripada pelbagai golongan dan kedudukan masyarakat.

Pendukung dakwah yang tidak dihiasi dirinya dengan kemampuan mengawal orang pada tahap paling minima sudah pasti bukan sahaja tidak berdaya untuk menarik manusia kepada dakwahnya, bahkan kadang-kadang mendatangkan keburukan kepada dakwah dan menjadi sebab dakwah menanggung kesukaran. Sedangkan tujuan utama dakwah menguasai orang adalah supaya manusia tidak memusuhi dakwah dan tidak menjadi batu penghalang kepada dakwah.

Mana-mana individu tidak akan mampu untuk sampai ke tahap ini biarpun sehebat mana kemampuan dan kebolehannya melainkan dengan cara memenangi dan memiliki hati orang lain serta memikat kasih sayang mereka. Justeru, bagaimana kita menyayangi orang lain dan sampai kepada hati mereka sebagai permulaan untuk mengawal dan menguasai mereka dalam gelanggang dakwah?

Continue reading