Proses Pembersihan Hati

PENYAKIT-PENYAKIT HATI

Penyakit-penyakit yang biasa menyerang hati manusia:

1.  Mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2.  Ingin/cenderung melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

3.  Lalai, tidak mengambil berat atau malas terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hamba yang muslim.

4.  Tidak mengendahkan atau memandang kecil hukum hakam Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sebaliknya memuliakan hukum hakam manusia.

5.  Tidak bergantung harap kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sebaliknya bergantung harap kepada selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

6.  Takut kepada makhluk melebihi takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala

7.  Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap hamba-hambanya yang beriman, dan juga terhadap amaran-amaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap hamba-hambaNya yang menderhaka.

8.  Menghina dan meremehkan orang yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala kasihi.

9.  Tidak bersungguh dan istiqamah dalam proses pembangunan diri.

10.      Memandang negatif terhadap aktiviti-aktiviti/program-program da’wah dan tarbiyah

Continue reading

Advertisements

Mu’alajatul Futur

Muqaddimah

Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas bekerja dan lemah.

Futur adalah penyakit yang menimpa sebahagian daripada pekerja islam. Penyakit ini sering atau kadang-kadang timbul dalam reality kini. Paling minima futur yang menimpa pekerja Islam ialah malas. Dan yang paling parah ialah berhenti atau diam daripada aktif dalam amal Islami.

Makhluk yang tidak pernah futur adalah Malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kepunyaan-Nya-lah segala yang di langit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.

Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.”

(Al-Anbiya’: 19, 20)

Continue reading

Silibus Tarbiyah Akhlak: Ghaflah (Lalai)

Ketika ini kebanyakan manusia hidup dalam kelalaian yang nyata dari (mengingati) Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kampung akhirat. Dunia dan seluruh perhiasannya telah menjebak umat manusia, angan-angan tak karuan sudah menipunya, dan mereka telah dipandu oleh keinginan-keinginan jelek, syaitan serta hawa nafsu yang selalu menyuruh kepada perbuatan tercela, namun dengan ini semua diri masih mengira bahawa telah berbuat sebaik-baiknya perbuatan.

Sesungguhnya ghaflah (lalai, terlena) adalah racun yang sangat mematikan, dan penyakit yang sangat berbahaya, yang dapat menguasai hati, merasuk mencengkam jiwa, serta menawan/melumpuhkan angota badan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, ertinya: “Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (Surah Al Anbiyaa’: 1)

Majoriti manusia dalam keadaan lalai
Al Imam Ibnu Al Qayyim rahimahullah berkata: Dan barangsiapa memperhatikan keadaan manusia, maka dia pasti dapatkan mereka seluruhnya –kecuali sedikit saja- merupakan golongan orang-orang yang hatinya lalai dari mengingat Allah Subhanahu wa Ta’ala, mereka mengikuti hawa nafsunya, sehingga urusan-urusan dan kepentingan mereka terabaikan, iaitu mereka kurang perhatian terhadap hal-hal yang mendatangkan manfaat dan membawa kemaslahatan baginya, sedang mereka menyibukan diri dengan hal-hal yang sama sekali tidak bermanfaat baginya, bahkan justeru mendatangkan malapetaka bagi mereka, baik sekarang mahu pun di masa mendatang.
Continue reading

Sikap Da’i Mithali (1): Thabat Dalam Perjuangan

Ibarat laut tidak bertepi, begitulah fitrah perjuangan tidak pernah akan selesai dalam berdepan dengan pelbagai cubaan, ujian dan kematangan, khususnya buat para duah dan harakah Islam. Para duah akan berhadapan dengan cabaran dan ujian dari dalaman dan luaran persekitaran mereka. Cabaran dalaman, mereka akan bertempur dengan gejolak hawa nafsu, kematangan pemikiran serta gundah gulana jiwa dan perasaan sendiri.  Cabaran dari luar pula, para da’i akan menghadapi musuh dan sengketa dari pelbagai pihak, khususnya dari golongan yang tidak mahu melihat Islam bertapak dan berkembang menjadi risalah kehidupan dan mentadbir alam ini.

Namun janganlah para duah merasa lemah dengan segala macam ujian dan mehnah yang melanda. Sesungguhnya ujian dan mehnah yang melanda dalam kehidupan para da’i adalah merupakan petanda dan signal kecintaan Allah terhadap mereka. Rasulullah saw. berpesan”

“Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka ia akan mengujinya.”

Selain itu, Allah swt. tidak akan meninggalkan para duah yang ikhlas keseorangan dalam menghadapi ujian, cubaan dan mehnah. Allah swt. menjadikan al-Quran yang mampu mengubati jiwa-jiwa ini secara halus dan mendalam.  Terapi Rabbani ini dahulu telah dipraktikkan oleh generasi yang berpegang teguh pada agama ini sehingga mereka berhasil menyandang kemuliaan di sisi Allah swt.  Terapi tersebut terdapat dalam surah al-Anfaal, ayat 45-46.

Firman Allah swt:

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.” (al-Anfaal:45-46)

1.Thabat

Salah satu sikap yang harus dimiliki oleh seorang muharrik adalah thabat, iaitu ia harus selalu berusaha untuk tetap konsisten dalam kebenaran , teguh memikul beban dakwah yang sentiasa berhadapan dengan kesempitan dan kesulitan dalam perjuangannya. Dia tetap tegak berdiri di atas jalan dakwah dan sentiasa memelihara proses tarbiah dirinya berjalan samada dalam keadaan suka, duka, senang, perit, lapang, sibuk, muda dan tua. Samada bersama pengikut yang ramai atau saat tiada pengikut seorangpun, perjuangannya tetap berjalan membela agama Allah swt.

Sebagaimana yang diungkapkan dalam ayat di atas, sikap thabat akan menjadi kunci penentu keberhasilan yang seterusnya. Di antara bukti peristiwa dalam hal ini adalah hancurnya dinding thabat beberapa orang dalam pasukan Islam ketika melihat ghanimah pada peperangan Uhud.

Continue reading

Halatuju Dakwah Yang Harus Difahami (2)

Memang di antara tuntutan keImanan seseorang itu di mana ia berhasrat menjadikan keImanan hatinya sebagai cara hidup, kekuasaan, sistem ekonomi dan sosial dilaksanakan mengikut apa yang telah dibawa oleh pesuruh-pesuruh Allahs.w.t dengan megah, kemas, disanjung dan diakui perintahnya di seluruh dunia tanpa sebarang cabaran perintahnya di seluruh tanpa ada seseorangpun mencabar perintah dan mengganggu perjalanannya.

Bagaimana pula dengan  orang-orang yang rela hidup di bawah lembayungnya dengan penuh gembira. Apatah lagi oang yang berani dan lantang berusaha untuk memperkemaskan penguatkuasaan sistem batil yang palsu, yang mana ianya bekerja bersungguh-sungguh untuk meninggikan kalimah batilnya.  Mereka inilah yang paling sesat dan menerjunkan diri di dalam kesesatan.  Semoga Allah s.w.t melindungi kita dari kehidupan yang seumpama ini.

Adapun amalan yang bercanggah, kita pinta dari seluruh Muslimin tanpa membezakan antara  yang lahir di dalam rumah Islam asal ataupun yang baru memeluk Islam, supaya membersihkan diri  mereka dari kecelaan-kecelaan yang berupakan tindakan-tindakan yang bercanggah dari apa yang dilafazkan dengan lisannya.  Di anggap bukan Islam seorang lelaki itu dengan mengikut dan mentaati beberapa suruhan Allah s.w.t dan berpegang dengan tali syariat sedangkan di satu pihak yang lain  menentang suruhan dan melanggar sempadan-sempadan Allah s.w.t di dalam beberapa aspek. Sedangkan tuntutan Iman ialah supaya seseorang itu menyerah dirinya dan jiwanya kepada Allah s.w.t dan memasukkan seluruh penghidupan di bawah lembayung agama ini tanpa menderhaka kepada Allah s.w.t dalam sebarang sesuatu suruhan dan tanpa  mengecualikan suatu aspek pun dari pengabdian dan  menyeluruh dan perhambaan yang total kepada Deen Ilahi dan syariat Nya.

Continue reading

Halatuju Dakwah Yang Harus Difahami (Siri 1)

Jika kita ingin mengemukakan da’wah kita dan meringkaskan tujuan serta matlamatnya dalam beberapa perkataan sahaja, maka kita boleh bahagikan kepada tiga tujuan asas.  Tujuan-tujuan berkenaan adalah :-

Tujuan Pertama:

Da’wah kita adalah untuk manusia secara menyeluruh dan ummat Islam secara khusus, bahawa mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t Yang Maha Esa tanpa menyekutui dengan sesuatu dan tidak mengambil sesuatu selain Nya sebagai Illah dan Rabb.

Tujuan Kedua :

Da’wah kita kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan sikap penerimaan mereka terhadap Islam sebagai ad Deen , pegangan hidup, supaya mereka mengikhlaskan pegangan dengan agama hanya kepada Allah s.w.t semata-mata serta membersihkan diri dari saki baki nifak, dari amalan-amalan  mereka , dari sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Tujuan Ketiga :

Da’wah kita adalah untuk alam sejagat, supaya mereka membangkitkan sesuatu revolusi dan perubahan yang menyeluruh terhadap dasar pemerintahan sekarang, kerana pemerintahan ini dikuasai oleh taghut dan perosak-perosak yang bermaharajalela di muka bumi dengan kemusnahan-kemusnahan, supaya dilucutkan kekuasasan dari kepimpinan ideologi dan implementasinya dari tangan mereka dan terus diserahkan ke tangan mereka yang berIman dengan Allah s.w.t dan Hari Akhirah, mereka ini berIman dengand agama yang hak tanpa tujuan atau keinginan kepada sebarang bentuk kemegahan, kemaharajalelaan dan kemusnahan di muka bumi ini.

Continue reading

Aplikasi Dakwah Fardhiah

Di Padang Futsal Dakwah Fardhi Boleh Diaksanakan Juga

Halaqah yang dinamik InsyaAllah mampu membina ahlinya untuk melaksanakan fungsinya sebagai da’i iaitu menyeru manusia kepada Allah. Namun da’i yang tinggi kualiti dan kesungguhannya adalah da’i yang dapat merekrut manusia lain untuk turut serta dalam misi dakwah dan tarbiyah. Merekrut manusia ke jalan Allah swt. merupakan amaliyah yang mahal. Tugas dan tanggungjawab ini mampu dilakukan dengan pelbagai pendekatan, di antaranya melalui dakwah fardiyah. Banyak pengalaman orang lain dalam merekrut pewaris duah melalui dakwah fardiyah. Terkadang memang melakukan dakwah fardiyah memerlukan seni tersendiri.

Namun demikian dalam pemerhatian penulis, ada semacam ’sindrom’ yang samada disedari atau tidak, sering melanda kepada sebahagian aktivis jamaah dakwah. Bergabungnya mereka ke dalam harakah dakwah, bahkan menjadi anggota tetapnya, acapkali membuat mereka lupa untuk melakukan amalan-amalan dakwah fardiyah. Tidak sedikit aktivis suatu jamaah dakwah merasa telah berdakwah hanya kerana mereka tercatat sebagai anggota jamaah dakwah tersebut. Padahal mungkin yang mereka lakukan selama bertahun-tahun sekadar mengikuti halaqah, membayar infak bulanan, atau membaca risalah mingguan yang diterbitkan jamaah dakwahnya. Secara fardiyah, tidak ada yang dilakukannya selain itu; tidak melakukan “direct contact” dakwah secara individu; tidak melakukan pembinaan; tidak mengisi acara-acara pengajian; tidak pula berusaha menyebarluaskan idea-idea yang diperolehinya dari jamaahnya, meski sekadar dengan menyebarluaskan buletin dakwah sekaligus menjelaskan isinya kepada masyarakat.

Continue reading