USRAH DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN UMMAH (2)

al bannaUsrah

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, ketika beliau dianugerahkan Allah Subhanahuwata’ala kesedaran memahami Islam dan waqi’, maka beliau mendapati usrah-usrah yang terdapat dalam masyarakat (hasil daripada tarbiyyah bukan Islam) tidak boleh diharapkan untuk ditegakkan ajaran Islam sepenuhnya. Atau, dengan kata lain, Islam yang syumul tidak boleh ditegakkan melalui usrah-usrah yang sedia ada dalam masyarakat.

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna mendapati Islam atau projek-projek Islam tidak dapat dilaksanakan melalui unit-unit usrah yang sedia ada dalam masyarakat. Maka Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, dengan fikiran yang tajam dan taufiq Ilahi, mewujudkan usrah-usrah yang terdiri dari anggota-anggota yang memahami, multazim dan muntazim dengan ajaran Islam. Multazim ialah individu yang patuh dan melaksanakan ajaran Islam. Muntazim pula ialah individu yang tunduk dengan peraturan Islam dan jamaah Islamiyah.

Yang dimaksudkan dengan usrah di sini ialah kumpulan (atau keluarga) yang diikat dengan ikatan ‘aqidah.

Sebuah usrah terdiri daripada individu-individu yang dipimpin oleh seorang naqib atau masul. Peranan usrah ialah untuk mendidik, mengasuh, membimbing, mengajar, memberi kefahaman dan mewujudkan kehidupan Islam dalam ertikata sebenar. Usaha-usaha pembentukan usrah ini adalah bertujuan untuk membentuk kembali ummah Islamiyah yang telah hilang.

Di dalam usrah, anggota-anggotanya dibimbing dan dibentuk dengan Mathalul A’la (contoh teladan yang tinggi). Mathalul A’la diambil dari Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Kehidupan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam  adalah Mathalul A’la bagi kita. Kehidupan para sahabat yang telah mendapat didikan dari Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan ulama’ muktabar yang menjadi pewaris Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam juag adalah Mathalul A’la bagi kita.

Di dalam usrah, ikatan kasih sayang dan ukhuwwah di kalangan anggota-anggota dipupuk dan diperkuatkan. Tuntutan kasih sayang dan ukhuwwah dihayati dalam amalan dan kehidupan.

Kita perlu serius dan bersungguh-sungguh untuk menghidupkan usrah dan menjadi anggota usrah yang soleh demi membangunkan Islam di tengah-tengah realiti yang dikuasai jahiliyyah.

Oleh: Syeikh Abu Muhammad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s