Bedah Buku: Bahtera Penyelamat (1)

MUQADDIMAH

bahteraBuku ini adalah ringkasan dan intisari kuliah yang telah saya sampaikan dalam beberapa pertemuan yang membincangkan masalah pendidikan. Dalam huraiannya saya menyentuh beberapa halangan dan penderitaan yang sering dihadapi oleh para pendakwah Islam. Saya juga menyentuh beberapa ciri-ciri dan sifat Imaniyyah yang wajib dimiliki oleh seorang Da’ei yang menyeru kepada Allah Subhanahu Wata’ala, supaya mereka menjadi golongan Rabbani, mampu menghadapi sebarang cabaran dan dapat mengatasinya dengan berkat pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Buku ini mengandungi 4 persoalan asas:

PERTAMA — Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim
lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai
Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an;
sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya.

5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi
Wasallam itu ialah:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

Continue reading

Abu Ubaidah bin al-Jarrah

60 sirahRasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya, “Setiap umat mempunyai sumber kepercayaan, sumber kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah.” Itulah penghargaan bintang mahaputra yang diterima oleh Abu Ubaidah dari Rasulullah saw. Penghargaan yang tidak diberikan Rasulullah kepada sahabat yang lainnya. Tapi ini bukan bererti, bahawa Rasulullah saw tidak percaya kepada sahabat yang lainnya. Memang kalau dilihat dari kenyataan yang ada Abu Ubaidah layak mendapatkan gelar seperti itu. Sekalipun ia tidak mengharapkannya.

Dari susuk tubuhnya yang tinggi, kurus tapi bersih, tampak di sana tersimpan sifat-sifat mulia yang tidak dimiliki orang lain. Jujur, tawadu’, pemalu itulah diantara sifat yang paling menonjol dari Abu ‘Ubaidah bin Jarrah r.a. Muhammad bin Ja’far pernah bercerita, suatu ketika datang rombongan Nasrani Najran menemui Rasulullah saw. “Ya Abalqasim,” kata utusan itu, “Datangkanlah utusanmu ke negeri kami untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang kami hadapi. Kami betul-betul redha dan yakin terhadap kaum muslimin.” Rasulullah menyanggupinya dan menjanjikan kepada mereka seraya berkata, “Esok hari aku akan mengutus bersama kalian seorang yang benar-benar terpercaya, benar-benar terpercaya, benar-benar terpercaya.” Rasululah menyebut “amin” (terpercaya) sehingga diulanginya tiga kali.

Tidak lama kemudian beritapun tersebar ditengah-tengah para sahabat ra. Masing-masing ingin ditunjuk oleh Rasulullah saw menjadi utusan. Umar ra mengungkapkan, “Aku benar-benar mengharap agar aku ditunjuk Rasulullah saw untuk mengurusi tugasan itu.

Aku sengaja mengangkat kepalaku agar baginda dapat melihatku dan mengutusku untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkannya. Rasul masih tetap mencari seseorang, sehingga beliau melihat Abu Ubaidah dan berkata, “Wahai Abu Ubaidah, pergilah engkau bersama-sama dengan penduduk Najran. Jalankan hukum-hukum dengan penuh kebenaran terhadap segala apa yang mereka perselisihkan. ” Itulah mulianya ahklak Abu Ubaidah bin Jarrah.

Continue reading

Peranan Mas’ul Dalam Pengendalian Halaqah / Usrah (2)

tarbiyah2PERANAN MAS’UL SEMASA HALAQAH.

Realiti Semasa.

Tempoh (jangkamasa) semasa halaqah adalah dari mula sampai ke tempat program hingga pulang.

Antara peranan yang perlu dimainkan semasa halaqah ialah pengawalan suasana dan mengetuai (leading) suasana serta  pengisian.

Masalah-masalah yang dihadapi/berlaku semasa halaqah ialah :

1. Tidak dapat mengawal suasana

2. Tidak dapat mengetuai (leading) suasana.

3. Pengisian yang tidak sampai kepada hajat atau qadiyah (permasalahan) ahli.

Continue reading

Peranan Mas’ul Dalam Pengendalian Halaqah / Usrah (1)

Ulama Palestin 005a. PERANAN MAS’UL SEBELUM HALAQAT

Peranan Semasa

1. Melihat dan meneliti penekanan di Ijtima’ am mingguan, manakala mas’ul akan menjelaskan lagi di penyampaian halaqah secara lebih mendalam.

2. Mendekati dan melihat permasalahan ahli dan kemudian membantu mereka dengan memberi penyampaian bahan-bahan yang sesuai dengan permasalahan ahli.

3. Keutamaan hendaklah diberi kepada ahli yang mempunyai kefahaman yang paling minima dikalangan mereka dengan memberi tarbiyyah yang dikhususkan untuk ahli tersebut disamping meningkatkan ahli-ahli yang lain.

4. Mas’ul perlu bijak mengagihkan masa supaya dapat melaksanakan semua tanggungjawab tanpa berlaku pengabaian.

5. Bahan tarbiyyah hendaklah dihazamkan terlebih dahulu oleh mas’ul dengan pembacaan beberapa kali.

6. Bahan tarbiyyah hendaklah berkesinambungan dan pengolahannya hendaklah menarik minat ahli.

Continue reading

Zubair Bin Awwam

60 sirahSetiap kali nama Thalhah disebut, nama Zubair juga disebut. Dan setiap kali disebut nama Zubair, nama Thalhah pun pasti disebut.

Sewaktu Rasulullah SAW mempersaudarakan para sahabatnya di Makkah sebelum hijrah, beliau mempersaudarakan Thalhah dengan Zubair. Sudah sejak lama Nabi SAW bersabda tentang keduanya secara bersamaan, seperti sabda beliau, “Thalhah dan Zubair adalah tetanggaku di syurga.”
Keduanya masih kerabat Rasulullah. Thalhah masih keturunan sebelah datuk moyang Rasulullah yang bernama Murrah bin Ka’ab, sedangkan Zubair masih keturunan sebelah datok moyang Rasulullah yang bernama Qusai bin Kilab. Shafiyah, ibu Zubair, juga emak saudara Rasulullah.

Thalhah dan Zubair mempunyai banyak kesamaan dalam menjalani roda kehidupan. Masa remaja, kekayaan, kedermawanan, keteguhan dalam beragama dan keberanian mereka hampir sama. Keduanya termasuk orang-orang yang masuk Islam di masa-masa awal, dan termasuk sepuluh orang yang dikhabarkan oleh Rasul masuk syurga, termasuk enam orang yang diamanahi Khalifah Umar untuk memilih khalifah pengganti. Bahkan, hingga saat kematian keduanya hampir sama.

Seperti yang telah kita sebutkan, Zubair termasuk orang-orang yang masuk Islam di masa-masa awal, kerana ia termasuk tujuh orang pertama yang masuk Islam, dan sebagai perintis perjuangan di rumah Arqam. Usianya waktu itu baru 15 tahun. Ia telah diberi petunjuk, cahaya, dan kebaikan saat usia remaja.

Ia ahli menunggang kuda dan memiliki keberanian, sejak kecil. Bahkan, ahli sejarah menyebutkan bahawa pedang pertama yang dihunuskan untuk membela Islam adalah pedang Zubair bin Awwam.

Continue reading

KEMAHIRAN DAKWAH FARDIYAH (2)

df3DEFINISI DA’WAH FARDIYAH

Da’wah fardiyah ialah ajakan atau seruan ke jalan Allah Subhanahuwata’ala yang dilakukan oleh seorang da’i kepada orang lain secara perseorangan dengan tujuan untuk memindahkan al-mad’u kepada keadaan yang lebih baik dan diredhai oleh Allah Subhanahuwata’ala.

Perubahan atau perpindahan tersebut adakalanya:

1.1  Daripada kekafiran kepada keimanan.

1.2  Daripada kesesatan dan kemaksiatan kepada petunjuk dan ketaatan.

1.3  Daripada sikap ananiah kepada mencintai orang lain atau mencintai amal jama’i atau berkerjasama dan senang kepada jama’ah.

1.4  Daripada sikap acuh tak acuh dan tidak peduli terhadap Islam menjadi iltizam dengan Islam, samada dalam akhlak, adab mahupun dalam manhaj kehidupan.

Continue reading

KEMAHIRAN DAKWAH FARDIYAH (1)

  1. KENAPA BERDA’WAH ?

dfDa’wah adalah amalan yang disyari’at dan diwajibkan oleh Allah Subhanahuwata’ala, tidak boleh diabaikan, dicuaikan atau dikurangkan tahap kewajipannya. Dalil-dalil syar’i wajib berda’wah ialah:

1.1  Perintah langsung daripada Allah Subhanahuwata’ala:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar

(Ali Imran:104)

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

لِيُبَلِّغْ الشَّاهِدُ الْغَائِبْ فَإنَّ الشَاهِدُ عَسَى أنْ يُّبَلِّغَ مَنْ هُوَ أوْعَى لَهُ مِنْهُ

“Hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir, kerana mungkin yang hadir  boleh menyampaikan kepada orang yang lebih faham daripadanya

(HR Bukhari)

بَلِّغُوْا عَنِّي وَلَوْ آيَة

”Sampaikanlah daripadaku meski pun satu ayat”

(HR Bukhari)

Continue reading