Ramadhan: Dakwah Terus Berjalan

ramadhan1

Hampir seminggu kita beramal di bulan Ramadhan tahun ini. Bagaimanakah prestasi amal kita? Semoga sehingga saat ini kita semakin mampu mengerah seluruh potensi dan daya kita dengan memaksimakan  amaliyah yang mampu meningkatkan kualiti diri kita di hadapan Allah SWT  dan mampu meningkatkan posisi kita sebagai hamba Allah SWT yang mampu berprestasi sebagai khalifah Allah SWT.

Sebagai da’i dan murabbi, ada 5 amalan ibadah yang digalakkan kita terlibat secara aktif bagi mengharungi  dakwah di sepanjang Ramadhan ini, antaranya:

1. Solat fardhu berjamaah.

Masyarakat muslim secara umum melaksanakan fardhu di bulan Ramadhan dengan berjamaah di masjid mauhpun surau di sekitar tempat tinggal atau tempat kerja mereka. Kita sebagai da’ie dan murabbi harus menjadi teladan terbaik dalam pelaksanaan solat jamaah fardhu, dengan hadir lebih awal, serta mengajak anggota keluarga dan mutarabbi kita solat berjamaah bersama.

2. Solat Tarawih Berjamaah di masjid atau surau.

Masyarakat menganggap tarawih Ramadhan di masjid atau surau adalah identiti keislaman yang sangat signifikan, maka kehadiran kita bersolat tarawih itu sangat menentukan penerimaan atau penolakan terhadap keberadaan seseorang. Maka ditekankan kepada semua aktivis dakwah untuk melaksanakan solat tarawaih berjamaah di masjid atau surau terdekatnya dengan berlapang dada pada khilaf fiqh dalam pelaksanaannya.

3. Mengikuti tadarus Al Qur’an

Ramadhan dikenali sebagai syahrul Qur’an, budaya tadarus Al Qur’an perlu dihayati dengan baik sebagaimana yang diselenggarakan di masjid atau surau. Aktivis dai’e diharapkan berperanan aktif dalam kegiatan ini.

4. Sentiasa Bersedekah.

Rasulullah SAW adalah seorang dermawan yang suka bersedekah, dan di bulan Ramadhan Baginda SAW lebih dermawan daripada angin yang berhembus. Maka dianjurkan kepada seluruh aktivis dakwah untuk menyediakan anggaran khusus infaq terutama mengisi kotak infaq di masjid/surau, aktif mengajak masyarakat membantu melalui tabung bantuan kemanusiaan, palestin dan bantuan fakir miskin / anak yatim. Berusahalah membiasakan anak-anak kita untuk suka bersedekah. Demikian juga bersedekah dengan mengagihkan ifthar/hidangan buka puasa kepada tetangga dan mengajak para mutarabbi kita berbuka puasa bersama.

5. Mengisi atau hadir mendengar pelbagai program anjuran masjid / surau

Biasanya di sepanjang Ramadhan, jawatankuasa masjid / surau sentiasa mengadakan pelbagai program dakwah, tausiyah, ceramah dan tazkirah. Sekiranya kita mampu, maka terimalah jemputan mereka dengan mengisi program-program tersebut atau mempelawa jawatankuasa penganjur menjemput para penceramah kalangan aktivis dakwah kita agar dapat kita turut serta menyebarkan wa’ Islam ketengah masyarakat dengan lebih giat lagi. Para da’ie dan murabbi kita juga digalakkan hadir ke program-program anjuran masjid / surau berdekatan untuk menambah ilmu dan terpenting mengeratkan hubungan dengan pihak masjid / surau dan masyarakat Islam.

Semoga Allah memudahkan semua niat baik kita dalam berdakwah di jalan-Nya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s