Makna Islam

Deen yang kita anuti adalah Islam. Kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dipilih oleh Allah untuk kita menganut Islam.

Apabila kita rujuk kepada pengertian Islam, maka kalimah الاسلام bermaksud menyerah dan patuh kepada perintah dan larangan Allah tanpa sebarang bantahan.

Sesungguhnya seseorang insan itu tidak dapat mentaati Allah s.w.t dan tidak dapat mengikut peraturan dan jalan Allah melainkan apabila ia telah mengetahui dengan penuh faham dan sedar serta yakin dalam beberapa perkara utama :

Continue reading

Malam Pertama Di Alam Barzakh

 

Wahai orang yang diseru untuk mendapatkan keselamatan namun tidak menjawab. Wahai orang yang telah redha untuk rugi dan sengsara, sesungguhnya urusanmu membahayakan, dan keadaan menakjubkan. Ingatlah pada saat kau beristirehat-walau seketika.

Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru (Malaikat) menyeru dari tempat yang dekat.

Celakalah kau! Al-Haq pasti akan datang. Seluruh amalanmu akan diperhitungkan, baik yang terang-terangan mahupun yang tersembunyi. Saat itu dirimu tak mempunyai daya sedikit pun. Semuanya menjadi nyata, tak ada keraguan sama sekali. Fikirkanlah tentang hari perpisahan yang pasti akan terjadi.

Apakah kita akan selalu berada dalam kelalaian, padahal orang-orang di sekitar kita telah pergi. Wahai pedagang yang seluruh dagangannya tercela, ingatlah datangnya suatu hari yang penuh kegoncangan dan ancaman.

Continue reading

Belajar Kepimpinan Dari Abu Bakar RA

Dikisahkan Oleh Ibnul Qayyim al-Jauziyah bahawa saat Abu Bakar RA menjawat jawatan sebagai khalifah, beliau biasa mendatangi salah seorang warganya di luar kota Madinah. Orang itu adalah perempuan tua miskin, janda dan buta. Abu Bakar menyapu rumahnya, memasak makanan untuknya dan memerahkan susu kambingnya.

Suatu hari Umar bin Khattab RA mengikuti dari belakang. Setelah Abu Bakar pergi dari rumah perempuan tua itu, Umar masuk dan bertanya,  

“Siapakah engkau?”

Perempuan itu menjawab,  

“Aku hanyalah wanita tua yang malang dan menderita. Suamiku telah lama tiada dan tiada yang menghidupi saya setelah Allah kecuali orang yang baru keluar tadi.”

Continue reading

Datangnya Pertolongan Allah Saat Kita Sangat Memerlukannya

Berita gembira tentang kemenangan Islam yang meyakinkan kita bahawa hari esok adalah milik agama ini, tidak hanya terbatas kepada teks-teks Al-Quran dan hadis-hadis mutawatir sahaja. Kita juga menemukan fakta-fakta sejarah dan kejadian-kejadian masa lampau yang makin menambah keyakinan dan harapan kita akan masa depan Islam yang cerah, meskipun pada saat ini kita sedang berhadapan dengan pelbagai macam rintangan dan halangan yang sebahagiannya ditebarkan oleh musuh-musuh Islam dari dalam dan luar negeri.

Pertolongan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala datang ketika manusia sangat-sangat memerlukan pertolongan tersebut, ketika mereka merasa kehabisan segala daya upaya mereka dan hanya mengharapkan pertolongan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala semata. Ketika itu, mereka mengadukan segala nasib mereka dengan sepenuh hati dan kerendahan diri. Saat itulah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengabulkan doa mereka.

Ketika itu, mereka mengadukan segala nasib mereka dengan sepenuh hati dan kerendahan diri. Saat itulah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengabulkan doa mereka.

Kita menyaksikan hal tersebut di dalam sejarah hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Beliau berlindung di dalam gua, bersembunyi di dalamnya bersama para sahabatnya Abu Bakar r.a. Kaum musyrikin terus mencari mereka berdua hingga sampai ke mulut gua tersebut. Saat itu, Abu Bakar berbisik kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Wahai Rasulullah, kalaulah salah seorang daripada mereka melihat ke bawah kaki mereka, nescaya mereka akan melihat kita!” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda;

“Wahai Abu Bakar, bagaimana pendapatmu kalau kita berdua, sedang yang ketiga adalah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala?”

Continue reading

Palestin: Melakar Potret Pemuda

*Petikan tulisan penulis di Langitilahi.com

Anda kenal Justin Bieber? Penulis sendiri tidak berapa kenal penyanyi muda ini, namun ketika Justin datang mengadakan konsertnya di Malaysia, dianggarkan 17,000 penonton memenuhi stadium Negara.

Konsertnya yang pertama di Malaysia berlangsung pada 21 April yang lalu di Stadium Negara. Fenomena Bieber melanda Malaysia apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual.  Ribuan peminat khususnya remaja menyaksikan konsert tersebut. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam. Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau.

Hebat remaja remaji Malaysia, 17,000 orang memenuhi stadium berbanding konsert Justin Bieber di Indonesia yang hanya berjaya menarik kehadiran peminat sekitar 10 ribu sahaja. Justin Bieber juga mengadakan konsert yang sama di Israel. Ternyata, di negeri haram kaum Yahudi itu, Justin Bieber kurang mampu menarik peminatnya. Buktinya, konsert Justin pada 14 April lalu di Hayarkon Park di Tel Aviv, dihadiri sekitar 17,000, ada yang mengatakan sekitar 24,000 peminat. Namun keduanya masih jauh di bawah target awal, iaitu seramai 35,000 peminat. Jerusalem Post memberi penilaian berbeza. Akhbar itu menyebutkan jumlahnya seramai 21,000. Masih jauh jumlahnya dibandingkan dengan pertunjukan Madonna 2009 di tempat sama yang menarik 56,000 orang hadir.

Bagaimana dengan pemuda Palestin?

Continue reading