Q3: Bersungguh Ketika Halaqah

Q: Bagaimanakah nak bersungguh ketika berada dalam halaqah/usrah? (Melalui email – Puteri Fathonah)

usrahJazakallah atas pertanyaan.  Dalam sistem Halaqah ada dua pihak yang perlu sentiasa memiliki jiwa jiddiyah (kesungguhan) dalam menghadiri halaqah mingguan, iaitu murabbi/pendidik/mas’ul/naqib dan mutarabbi/anak didik halaqah.

Bersungguh-sungguh bagi seorang mutarabbi/anak didik halaqah bermaksud;

–        Hadir tiap-tiap perjumpaan dengan ikhlas

–        Datang tepat pada masa ( Punctuality indicates seriousness in attending the halaqat)

–        Bawa kelengkapan yang cukup seperti buku catatan, Al Quran dll. Oh ya, jangan lupa, sentiasa bawa hati ketika hadir program.

–        Melibatkan diri dalam perbincangan, biasanya dalam halaqah ada sesi percambahan idea, pertanyaan dan tugasan mingguan.

–        Luahkan rasa hati, masalah diri atau cabaran semasa yang dihadapi untuk sama-sama mencari penyelesaiannya

–        Elakkan dari membincangkan isu-isu semasa yang tidak berfaedah kepada Islam.

–         Sekiranya tidak dapat hadir halaqah kerana uzur, adabnya maklumkan kepada murabbi di atas ketidakhadiran dan mohon sampaikan salam kepada yang hadir.

– Usahakan agar tidak tidur ketika halaqah sedang berjalan. Jika letih sangat, buat senaman ringkas, cuci muka dll.

Bersungguh bagi seorang Mas-ul/ Naqib/Murabbi adalah;

–        Membuat persediaan bahan dengan teliti dan rapi

–        Mempelbagaikan cara/kaedah penyampaian

–        Merangsang anggota untuk bertanya dan berbincang

–         Memberi motivasi kepada ahli sekiranya merasa lemah dan tidak bersemangat

–        Menyediakan hand-outs atau risalah ringkas

–        Berdoa

–        Ikhlas

One thought on “Q3: Bersungguh Ketika Halaqah

  1. Ana pengen ikut halaqah lg, tp bgmn halaqah kami sering macet. dan saat br aktif kembali krn sdh lama vakum tdk ada yg bs hdr. kecuali seorang atau 2 org. jd bgmn bs aktif kl seperti itu keadaannya ? dan bgmn dgn yg ingin aktif sepenuhnya kembali ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s