Ramadhan dan Keimanan

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Panggilan untuk Mereka yang Beriman

Allah swt memanggil pada permulaan ayat di atas: yaa ayyuhalladziina aamanuu (hai orang-orang yang beriman), ini bukan sebarang panggilan, sebab yang memanggil adalah Allah swt. Sang Pencipta alam semesta. Semua makhluk bergantung kepada-Nya. Tidak ada yang mampu hidup tanpa keizinan dari-Nya. Maka siapa yang mengaku diri sebagai hamba-Nya hendaknya segera bergerak memenuhi panggilan ini. Allah swt dalam panggilan tersebut tidak menyebutkan kriteria yang bersifat duniawi, dengan kata lain Allah tidak berfirman: yaa ayyuhal aghniyaa’ (hai orang-orang yang kaya), hai orang-orang yang berkedudukan tinggi dan lain sebagainya, melainkan yang Allah swt panggil adalah mereka yang beriman saja, mengapa?

Di sini ada rahsia yang tersimpan, di antaranya:

(a) Bahawa dengan menyatakan keimanannya seseorang mempunyai posisi tersendiri dari sisi Allah swt. Allah swt sangat bangga dengan hamba-Nya yang beriman. Kerananya Allah swt mengundang mereka secara khusus. Di dalam Al-Qur’an undangan yaa ayyuhal ladziina aamanuu selalu Allah swt ulang. Menggambarkan betapa yang Allah swt anggap sebagai hamba-Nya hanya mereka yang beriman. Yang tidak beriman tidak termasuk sebagai hamba-Nya.

Continue reading

Sikap Da’i Mithali (1): Thabat Dalam Perjuangan

Ibarat laut tidak bertepi, begitulah fitrah perjuangan tidak pernah akan selesai dalam berdepan dengan pelbagai cubaan, ujian dan kematangan, khususnya buat para duah dan harakah Islam. Para duah akan berhadapan dengan cabaran dan ujian dari dalaman dan luaran persekitaran mereka. Cabaran dalaman, mereka akan bertempur dengan gejolak hawa nafsu, kematangan pemikiran serta gundah gulana jiwa dan perasaan sendiri.  Cabaran dari luar pula, para da’i akan menghadapi musuh dan sengketa dari pelbagai pihak, khususnya dari golongan yang tidak mahu melihat Islam bertapak dan berkembang menjadi risalah kehidupan dan mentadbir alam ini.

Namun janganlah para duah merasa lemah dengan segala macam ujian dan mehnah yang melanda. Sesungguhnya ujian dan mehnah yang melanda dalam kehidupan para da’i adalah merupakan petanda dan signal kecintaan Allah terhadap mereka. Rasulullah saw. berpesan”

“Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka ia akan mengujinya.”

Selain itu, Allah swt. tidak akan meninggalkan para duah yang ikhlas keseorangan dalam menghadapi ujian, cubaan dan mehnah. Allah swt. menjadikan al-Quran yang mampu mengubati jiwa-jiwa ini secara halus dan mendalam.  Terapi Rabbani ini dahulu telah dipraktikkan oleh generasi yang berpegang teguh pada agama ini sehingga mereka berhasil menyandang kemuliaan di sisi Allah swt.  Terapi tersebut terdapat dalam surah al-Anfaal, ayat 45-46.

Firman Allah swt:

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.” (al-Anfaal:45-46)

1.Thabat

Salah satu sikap yang harus dimiliki oleh seorang muharrik adalah thabat, iaitu ia harus selalu berusaha untuk tetap konsisten dalam kebenaran , teguh memikul beban dakwah yang sentiasa berhadapan dengan kesempitan dan kesulitan dalam perjuangannya. Dia tetap tegak berdiri di atas jalan dakwah dan sentiasa memelihara proses tarbiah dirinya berjalan samada dalam keadaan suka, duka, senang, perit, lapang, sibuk, muda dan tua. Samada bersama pengikut yang ramai atau saat tiada pengikut seorangpun, perjuangannya tetap berjalan membela agama Allah swt.

Sebagaimana yang diungkapkan dalam ayat di atas, sikap thabat akan menjadi kunci penentu keberhasilan yang seterusnya. Di antara bukti peristiwa dalam hal ini adalah hancurnya dinding thabat beberapa orang dalam pasukan Islam ketika melihat ghanimah pada peperangan Uhud.

Continue reading

Ramadhan Mendidik Kesabaran

Antara ciri orang bertaqwa ialah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi sebarang cubaan dan ujian daripada Allah sehingga imannya semakin kuat. Oleh itu ibadat puasa merupakan antara proses dalam menanam kukuh sifat sabar dalam diri umat Islam. Rasulullah saw ada bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

“Puasa itu sebahagian daripada sabar”

Sabda Nabi saw. lagi:

“Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah masuk syurga.”
Sabar juga adalah sebahagian daripada iman sebagaimana sabda nabi dalam sebuah hadis

“Sabar itu sebahagian daripada iman”

Sabar adalah inti ajaran Islam dan iman. Bersabar ertinya mengendalikan dan memaksa nafsu untuk melaksanakan ketentuan syariat. Sabar adalah saudara dari syukur, kerana syukur tidak akan sempurna tanpa kesabaran.

Barangsiapa yang bersabar, maka ia telah bersyukur atas nikmat Allah swt. yang dikurniakan kepadanya.

Kesabaran memiliki pelbagai keutamaan dan manfaat. Allah swt. berfirman dalam surat Az-Zumar:10

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dibalas dengan pahala tanpa batas.”

Continue reading

Peringatan Buat Para Murabbi Saat Dakwah Semakin Melebar

“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” [Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91]

Semalam kamu telah lalai kerana ingin banyak.. sekarang berimbanglah!

Oleh itu.. pertarungan kita sebenarnya adalah pertarungan tarbiyyah. Ia akan kuat dan mantap bila tarbiyyah dimantapkan dan murabbi menjalankan kerjanya dengan ‘smart’. Ia akan malap bila tarbiyyah lumpuh atau hanya dibuat secara melepas batuk di tangga.

Ini bermakna, apabila usaha tarbiyyah yang dibuat oleh beberapa kerat pimpinan murabbi ditumpukan kepada murid-murid, ia akan meninggalkan pengaruh dan kesan yang lebih mendalam apabila bilangan pelajarnya sedikit, secara ‘direct proportion.’ Kesannya akan berkurangan apabila bilangan mereka bertambah ramai. Kemerosotan kualiti tarbiyyah akan menyebabkan berlakunya tindakan spontan yang tidak berhaluan. Ketika itu terjadilah kebinasaan dan kemusnahan.

Continue reading

Silibus Tarbiah Akhlak: Kesombongan (2)

Ketiga, Keturunan dan Nasab. Tidak sedikit kes orang-orang yang membanggakan diri hanya kerana keturunan atau nasab. Ungkapan mereka “siapa kamu” atau “siapa orang tuamu”, “aku keturunan si anu” dan “lancang sekali kamu berani bicara denganku” adalah contohnya.

Untuk mengatasi sikap demikian kita perhatikan wasiat Rasulullah saw sebagai berikut:

Telah diriwayatkan Abu Dzar r.a..Ia berkata, “Saya pernah mengejek seseorang di sisi Nabi saw. Saya berkata kepadanya, ‘Hai, anak si wanita hitam!’ Kemudian Nabi saw. marah dan bersabda, ‘Hai, Abu Dzar! Tidak ada kelebihan bagi anak perempuan berkulit putih atas anak perempuan berkulit hitam’. ‘Lalu saya berbaring dan berkata kepada orang tersebut, ‘Berdirilah dan injaklah pipiku!’” (HR Ibnul Mubarak).

Yang perlu diperhatikan adalah bagaimana Abu Dzar menyedari kekeliruannya, yakni sombong, dan kesiapan menerima balasan (hukuman) langsung dari orang yang berkaitan. Ia mengetahui bahawa kesombongan akan membawa kehinaan.

Nabi saw. bersabda, “

Jika hari kiamat telah tiba, Allah menyuruh seseorang untuk berseru, ‘Ketahuilah bahawa Aku (Allah) telah menjadikan nasab (yang mulia) dan kamu menjadikan nasab yang lain. Aku telah menjadikan yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling bertaqwa. Lalu kamu enggan (menerimanya), bahkan mengatakan, ‘Si Fulan anak si Fulan lebih baik daripada si Fulan anak si Fulan’. Maka Saya mengangkat nasab (ketetapan)-Ku dan Aku merendahkan nasab (ketetapanmu)’” (HR Baihaqi dan Thabrani).

Continue reading