Fahami Islam (1)

Agama ini adalah suatu panduan yang Allah gariskan untuk kehidupan manusia. Agama ini terlaksana di dalam kehidupan manusia melalui usaha manusia sendiri, menurut kemampuan manusia dan realiti hidup manusia. Agama  ini akan bermula daripada titik di mana manusia menerima tugas-tugas mereka seterusnya memimpin mereka menuju penghujung jalan dengan menggunakan segala kemampuan semulajadi manusia yang ada dengan bergantung kepada sejauhmana usaha yang mereka lakukan.

 

Keistimewaan agama ini tetap wujud pada bila-bila masa walau di mana jua, ia tidak

akan sama sekali lupa dengan fitrah dan had kemampuan manusia, juga realiti hidup

mereka. Agama ini mampu mencapai satu tahap yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana manhaj ciptaan manusia sepertimana yang pernah berlaku di dalam sejarah dan akan berulang semula jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Malahan tahap ini akan  dicapai dengan mudah, selesa, tenang dan sederhana.

Malangnya, punca salah faham ini ialah tidak memahami tabiat agama ini ataupun melupakan sama sekali tabiat ini. Mereka mengharapkan munculnya sesuatu yang luar biasa di luar kuasa manusia. Mereka  mengharapkan suatu mukjizat (perkara luar biasa) yang akan mengubah fitrah manusia tanpa mengambil kira had kemampuan manusia dan tidak langsung mengambil kira realiti hidup manusia!

Bukankah agama ini datangnya daripada Allah? Bukankah Allah menguasai segala-

galanya? Jadi mengapa agama ini hanya berfungsi menurut had kemampuan manusia?

 

Mengapa fungsi agama ini dipengaruhi oleh kelemahan manusia? Mengapa pula agama ini  memerlukan usaha manusia?

 

Selain itu, kenapa agama ini tidak selamanya menang? Mengapa  para pendokong agama ini tidak selamanya menang? Mengapa kelemahan manusia,  keinginan syahwat dan realiti hidup seringkali menghalang kegemilangan agama ini?

 

Mengapa kadang kala pendokong kesesatan berjaya mengalahkan pendokong agama ini  sedangkan mereka ini adalah pendokong kebenaran?

 

Sebagaimana yang anda lihat semua persoalan dan salah faham ini timbul kerana gagal  memahami dasar penting tabiat semulajadi agama ini dan cara agama ini berperanan ataupun  mereka lupa sama sekali dasar ini!

 

Rujukan tulisan Sayyid Qutb

 

Bersambung…

One thought on “Fahami Islam (1)

Leave a comment