Proses Pembersihan Hati

PENYAKIT-PENYAKIT HATI

Penyakit-penyakit yang biasa menyerang hati manusia:

1.  Mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2.  Ingin/cenderung melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

3.  Lalai, tidak mengambil berat atau malas terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hamba yang muslim.

4.  Tidak mengendahkan atau memandang kecil hukum hakam Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sebaliknya memuliakan hukum hakam manusia.

5.  Tidak bergantung harap kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sebaliknya bergantung harap kepada selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

6.  Takut kepada makhluk melebihi takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala

7.  Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap hamba-hambanya yang beriman, dan juga terhadap amaran-amaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap hamba-hambaNya yang menderhaka.

8.  Menghina dan meremehkan orang yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala kasihi.

9.  Tidak bersungguh dan istiqamah dalam proses pembangunan diri.

10.      Memandang negatif terhadap aktiviti-aktiviti/program-program da’wah dan tarbiyah

Continue reading

Seni Dakwah Golongan Remaja (2)

Makna hadis:

Abu umamah r.a. berkata: “Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berzina.” Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka engkau, celaka engkau!” Setelah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati beliau, lalu beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuanmu?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.” Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ayahmu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau menjawab, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ibumu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.” Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di dada pemuda itu seraya berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya, dan lindungilah farjinya.” Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal- hal yang haram.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Continue reading

Seni Dakwah Golongan Remaja (1)

Makna hadits:

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ‘ Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.”
(HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan shahih).

Continue reading

QUDWAH SEBELUM BERDA’WAH

[Tujuan bahan ini ialah supaya saudara memahami bahawa da’wah dan tarbiyyah mestilah didahului dengan qudwah dan amalan para da’i dan murabbi. Da’i dan murabbi perlu mengambil berat untuk mendidik dirinya agar memiliki contoh yang baik dan mengamalkan isi da’wahnya]

(QUDWAH SEBELUM BERDA’WAH)القدوة قبل الدعوة

Muqaddimah

Kitab+Ust+DarusPara pendidik dan du’ah ibarat pelita dalam kegelapan malam. Mereka adalah pemimpin yang membawa petunjuk kepada umat. Tanpa kehadiran mereka, kaum muslimin akan tenggelam dalam kejahilan dan menjadi ‘makanan’ syaithan dari golongan jin dan manusia. Para pendidik dan du’ah, dengan kekuatan imannya, menyeru manusia kepada Islam dengan lisan yang jujur, hati yang teguh dan akhlak yang mulia.

Contoh yang bergerak

Tingkahlaku dan amalan pendidik  adalah cermin kepada da’wah atau seruannya. Mereka adalah contoh dalam percakapan dan amalan. Mereka tidak bersembunyi daripada manusia, sebaliknya bergaul dengan manusia. Mereka tidak takut kepada siapa pun melainkan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Slogan mereka ialah:

“Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain”

“Tegakkanlah daulah Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak di bumimu”

Seruan pendidik dilihat oleh manusia pada tingkahlakunya sebelum ucapan. Manusia tidak akan memisahkan antara da’wah dengan syakhsiyah pendidik sepertimana tidak terpisah antara rasul dengan risalahnya. Islam adalah da’wah dan syakhsiyyah yang sentiasa bertaut, seperti ruh dan jasad.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah contoh utama

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah terdapat contoh tauladan yang baik bagi seseorang yang mengharapkan Allah dan hari Akhirah dan banyak mengingati Allah.”
( Al Ahzab: 21 )
Continue reading