Halatuju Dakwah Yang Harus Difahami (Siri 1)

Jika kita ingin mengemukakan da’wah kita dan meringkaskan tujuan serta matlamatnya dalam beberapa perkataan sahaja, maka kita boleh bahagikan kepada tiga tujuan asas.  Tujuan-tujuan berkenaan adalah :-

Tujuan Pertama:

Da’wah kita adalah untuk manusia secara menyeluruh dan ummat Islam secara khusus, bahawa mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t Yang Maha Esa tanpa menyekutui dengan sesuatu dan tidak mengambil sesuatu selain Nya sebagai Illah dan Rabb.

Tujuan Kedua :

Da’wah kita kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan sikap penerimaan mereka terhadap Islam sebagai ad Deen , pegangan hidup, supaya mereka mengikhlaskan pegangan dengan agama hanya kepada Allah s.w.t semata-mata serta membersihkan diri dari saki baki nifak, dari amalan-amalan  mereka , dari sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Tujuan Ketiga :

Da’wah kita adalah untuk alam sejagat, supaya mereka membangkitkan sesuatu revolusi dan perubahan yang menyeluruh terhadap dasar pemerintahan sekarang, kerana pemerintahan ini dikuasai oleh taghut dan perosak-perosak yang bermaharajalela di muka bumi dengan kemusnahan-kemusnahan, supaya dilucutkan kekuasasan dari kepimpinan ideologi dan implementasinya dari tangan mereka dan terus diserahkan ke tangan mereka yang berIman dengan Allah s.w.t dan Hari Akhirah, mereka ini berIman dengand agama yang hak tanpa tujuan atau keinginan kepada sebarang bentuk kemegahan, kemaharajalelaan dan kemusnahan di muka bumi ini.

Tiga tujuan ini begitu jelas sekali, sejelas mentari di puncak langit di siang hari, tetapi yang mendukacitakan kita ialah di mana berlakunya kegerhanaan matahari terhadap matlamat yang  disebutkan tadi.  Terselindung kebenaran di sebalik tabir kejahilan, lupa dan kebekuan, sehingga kaum Muslimin sendiri memerlukan kepada penerangan dan penjelasan mengenai matlamat, tujuan dan kehendak.  Bagi mereka yang bukan Islam, tidak perlu disebutkan lagi kerana mereka tidak berkesempatan untuk mengetahui da’wah dan pengajarannya.

Ini suatu hal, manakala suatu hal lain pula bahawa bukanlah pengabdian kepada Allah s.w.t Yang Maha Esa yang kita da’wahkan itu bertujuan supaya seseorang itu mengaku pengabdian dirinya kepada Allah s.w.t, kemudian dia bebas melakukan  sesuatu sama seperti pengabdian seseorang yang mempercayai  bahawa Allah s.w.t adalah penciapta alam semesta dan Allah  s.w.t jua pemberi rezeki kepada penghidupan di muka bumi.  Dia lah Illah yang mesti disembah oleh setiap makhluq di muka bumi  tanpa mempercayai tentang kehakiman dan kekuasaan Allah s.w.t di dalam  penghidupan dunia ini dengan segala macam persoalan dan urusan yang bersimpang siur.

Pengertian pengabdian itu bukanlah  pembahagian kehidupan ini kepada dua bahagian, sebahagian yang berhubung dengan soal-soal berhubung dengan agama  atau perkara-perkara keagamaan, sementara sebahagian yang lain berhubung dengan soal-soal dunia  dengan persoalan yang berbagai ragam, supaya pengabdian kepada Allah s.w.t hanya berkisar dalam bahagian keagamaan yang tidak keluar dari skop kepercayaan, ibadah dan hal-hal yang berhubung dengan penghidupan individu dan  Ahwal Syaksiyyah mengikut pengertian yang popular dewasa ini.

Sedangkan penghidupan keduniaan dan persoalan yang bermacam ragam dan cabang, pembangunan  politik, ekonomi, peradaban dan akhlaq tiada tempat bagi kekuasaan Allah s.w.t dan tidak terdapat otonomi bagi hukum Allah s.w.t.  Hambanya bebas bagi menggarapkan persoalan sekehendak yang mahu dan bebas bagi menggariskan sebarang peraturan pembangunan bagi dirinya dan hak milik sekehendak hati atau boleh memilih sebarang peraturan ciptaan manusia sekehendak dan serela hati.  Mereka yang memikul tanggungjawab da’wah Islamiyyah di negara ini, malah di seluruh rantau alam ini, kerana ad Deen itu suatu yang tidak berubah, demikian juga kitab suci al Quran al Karim, tidak berlaku batil sekarang ini maupun dimasa yang lalu, mempercayai bahawa pengertian ‘Ubudiyyah ( pengabdian ) secara ini adalah salah.  Dari bawah lagi mereka berpendapat bahawa pengertian dan pemahaman seumpama ini mesti dihapus dan dibenteras sama dengan penghapusan dan pembenterasan sistem kafir atau sistem jahiliyyah yang mesti dicabut dari akar umbinya lagi.  Kerana pengertian dan pemahaman seumpama inilah yang menghodoh dan memutuskan hakikat sebenar malah menukar wajah fikrah ad Deen, pandangan ad Deen seluruhnya.

Apa yang kita nampak, yakin dan percaya serta kita menyeru manusia kepadanya, bahawa pengabdian yang dimulakan oleh para Rasul adalah bermula daripada bapa manusia, Adam a.s., hinggalah kepada penghulu para rasul, Muhammad s.a.w iaitu supaya seseorang hamba Allah s.w.t mengaku serta percaya bahawa Tiada Ilah yang lain melainkan Allah s.w.t Yang Maha Esa.  Tampat bergantung, yang memerintah lagi berkuasa ke atas hamba-hamba Nya, Tuhan yang wajib ditaati di buminya. Pencipta perlembagaan, undang-undang dan penguasaan mereka, bertindak di atas hal ehwal mereka, pemberi ke atas kerja-kerja mereka dan supaya seseorang hamba Allah s.w.t itu menyerah bulat-bulat dirinya kepada Allah s.w.t Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa itu.

Seseorang hamba itu mestilah membulat dan mengikhlaskan dirinya kepada Allah s.w.t dan patut mengabdikan diri kepadaNya di dalam semua urusan penghidupan, dalam keseorangan atau di dalam jamaah, budi pekerti maupun politiknya, ekonominya maupun sosialnya.  Pengertian ini tersirat di dalam Firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya :

“  Hai orang-orang yang berIman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, Sesungguhnya syaitan itu musuh yang  nyata bagimu. “

( Surah al Baqarah : 208 )

Jadi di sini dapat difahami dengan jelas bahawa Allah s.w.t menyuruh hamba Nya masuk ke dalam Islam secara menyeluruh, ke dalam semua aspek penghidupan, walau dimana pun, tidak akan  terkecuali dari kekuasaan Nya sebahagian pun dari bahagian-bahagian penghidupannya.

Bukanlah kekuasaan kamu untuk membebaskan diri kamu dari pengabdian kepada Nya secara menyeluruh yang kemudian kamu merasakan bahawa kamu adalah merdeka di dalam pekerjaan, berhak memilih mana-mana skima dan sistem yang kamu hendak atau kamu berhak pula mengikut mana-mana sistem bikinan dan ciptaan yang kamu gemari. Sesungguhnya inilah erti pengabdian  yang sejati yang kita mesti sedar dan semarakkan  dan seterusnya kita serukan manusia ke arahnya dan juga kepada kaum Muslimin supaya menerima dan beriman kepada Nya, kemudian terus patuh kepada Nya.

Tujuan kedua dari tiga tadi meminta diri mereka yang beriman dengan Islam atau yang melahirkan keimanan mereka supaya membersihkandiri mereka dari saki baki nifaq dan amalan mereka dari sesuatu yang bertentangan.  Apa yang dimaksudkan dengan nifaq ( hypocracy ) dalam konteks ini ialah mana-mana individu yang berpura-pura berpegang  kepada satu-satu sistem tertentu dan berpura-pura menunjukkan  penyertaan dan penyerahan diri dan patuh kepadanya. Kemudian hidup dengan penuh aman dan rela hati di bawah satu sistem yang lain yang bercanggah seratus peratus dengan sistem yang ianya beriman dan berpegang tadi.  Ia tidak pernah mencuba untuk merubah dan merevolusikan sistem yang bercanggah dengan sistem pegangannya dan menggantikan dengan sistem yang baik baginya, malahan ia sendiri berusaha dan bekerja sehabis tenaganya menegakkan sistem yang rosak dan zalim itu atau cuba mendidikan sistem yang batil menggantikan sistem yang rosak itu kemudian ia turut hidup dibawahnya dengan penuh selesa dan gembira.

Modal manusia dari golongan ini adalah sama dengan orang munafiq yang mempercayai dengan suatu cara hidup kemudian dengan penuh hati menerima satu cara hidup yang berlawanan  sama sekali dengan apa yang dipercayainya tersebut.  Ini adalah suatu perkara yang tidak dapat diterima  oleh pendengaran dan ditolak oleh aqal manusia yang siuman dan tidak diredhai  oleh syara’.

Sememangnya menjadi dasar kemestian dan asas tuntutan keImanan seseorang itu supaya timbul kehendak dari dasar hatinya agar Kalimah Allah s.w.t di puncak segala-galanya dan supaya ad Deen ( cara hidup ) semuanya kepada Allah s.w.t semata-mata.  Tidak akan timbul suatu pencabar pun yang akan membawa panji-panji Islam dalam da’wahnya  atau di dalam melaksanakan kewajipan untuk  manusia sejagat.  Ianya tidak akan merasa senang dan tenteram apabila melihat sesuatu yang merosakkan dasar agamanya atau sesuatu yang mencacat atau menyekat sesuatu kekuasaan dan bidang pengaruhnya.

Begitu juga diantara tanda-tanda dan ciri-ciri keImanan seseorang itu ianya akan sentiasa rasa resah gelisah, tidak merasa senang perasaan dan tidak nyaman hidup baginya kecuali setelah sistem dan cara hidup yang adil ini terlaksana dan keagungan  dan kekuasaan ini dikembalikan, benderanya berkibar semula dan pemerintahannya terlaksana di setiap lapisan dan juga penghidupan manusia walaupun di mana sahaja dia berada di alam ini.

Inilah tanda dan ciri keImanan yang sejati dan tidak akan terbongkar dengannya kecuali orang-orang yang angkuh dan menentang sahaja.  Adapun seseorang yang hidup dan rela dan senang hati di bawah naungan sistem yang batil, di mana ad deen tidak mempunyai sebarang kekuasaan pun dan kalaupun ada hanya terbatas kepada soal nikah kahwin, cerai, pembahagian harta yang tidak sedikitpun mengancam sistem batil yang berjalan dan sedikitpun tidak mencabar dalam bidang kekuasaan dan perlaksanaannya.

Manusia seumpama ini malah tidak tertegak dan berdegup lagi jantungnya terhadap kebatilan.  Demikian sesungguhnya ini adalah dari kerja-kerja orang munafiq, malah sememangnya munafiq sejati tanpa syak an ragu lagi.  Boleh jadi orang seumpama ini boleh mendapat pertolongan dan bantuan dari ulama’ feqah dan guru supaya dia tetap kekal sebagai orang Islam pada nama semata-mata di dalam simpanan pejabat fatwa.  Tetapi jiwa dan semantag syariat menolak secara total sambil memberi mohor pengakuan ia adalahsebagai munafiq sejati walaupun ada orang memberi fatwa selain dari ini kerana menjaga periuk nasi dan kesenangan hidup dunia  yang bakal luluh.

Apa yang kita pinta dari orang Islam dan mereka melahirkan perasaan mereka terhadap Islam, kita menyeru kepada mereka semua supaya membulat dan mengikhlaskan agama mereka ( pegangan  mereka ) kepada Allah s.w.t, berusaha membersihkan diri dari kesan-kesan nifaq dan rawasib jahiliyyah ( karat-karat jahiliyyah ).

(Bersambung…)

One thought on “Halatuju Dakwah Yang Harus Difahami (Siri 1)

  1. Pingback: Halatuju Dakwah Yang Harus Difahami (2) « halaqahmuntijah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s