Aplikasi Dakwah Fardhiah

Di Padang Futsal Dakwah Fardhi Boleh Diaksanakan Juga

Halaqah yang dinamik InsyaAllah mampu membina ahlinya untuk melaksanakan fungsinya sebagai da’i iaitu menyeru manusia kepada Allah. Namun da’i yang tinggi kualiti dan kesungguhannya adalah da’i yang dapat merekrut manusia lain untuk turut serta dalam misi dakwah dan tarbiyah. Merekrut manusia ke jalan Allah swt. merupakan amaliyah yang mahal. Tugas dan tanggungjawab ini mampu dilakukan dengan pelbagai pendekatan, di antaranya melalui dakwah fardiyah. Banyak pengalaman orang lain dalam merekrut pewaris duah melalui dakwah fardiyah. Terkadang memang melakukan dakwah fardiyah memerlukan seni tersendiri.

Namun demikian dalam pemerhatian penulis, ada semacam ’sindrom’ yang samada disedari atau tidak, sering melanda kepada sebahagian aktivis jamaah dakwah. Bergabungnya mereka ke dalam harakah dakwah, bahkan menjadi anggota tetapnya, acapkali membuat mereka lupa untuk melakukan amalan-amalan dakwah fardiyah. Tidak sedikit aktivis suatu jamaah dakwah merasa telah berdakwah hanya kerana mereka tercatat sebagai anggota jamaah dakwah tersebut. Padahal mungkin yang mereka lakukan selama bertahun-tahun sekadar mengikuti halaqah, membayar infak bulanan, atau membaca risalah mingguan yang diterbitkan jamaah dakwahnya. Secara fardiyah, tidak ada yang dilakukannya selain itu; tidak melakukan “direct contact” dakwah secara individu; tidak melakukan pembinaan; tidak mengisi acara-acara pengajian; tidak pula berusaha menyebarluaskan idea-idea yang diperolehinya dari jamaahnya, meski sekadar dengan menyebarluaskan buletin dakwah sekaligus menjelaskan isinya kepada masyarakat.

Continue reading

Antara Dakwah dan Tarbiah

Penulis mula mengenali kalimah dakwah saat berada di Universiti pada tahun 1995. Saat itu juga penulis bersegera memulakan langkah belajar memahami Islam dan amali dakwah. Mengajak rakan-rakan satu kelas, satu pengajian, satu hostel dan satu persatuan. Juga mendekati adik-adik ”junior” dan saling mencari peluang untuk bertaaruf. Mencetak risalah-risalah dakwah dan tarbiyah, menganjurkan pelbagai program kesedaran Islam di kampus. Apabila diimbas zaman tersebut, penulis senyum sendirian kerana ada juga pendekatan penulis yang terlalu beremosi dan bersemangat untuk melaksanakan dakwah sehingga terkadang pendekatan atau metodologi yang penulis gunakan tidak sesuai dengan zuruf atau latarbelakang mad’u. Pengalaman adalah guru yang paling dekat dalam kehidupan kita.

Alhamdulillah, penulis bersyukur kerana semangat penulis untuk menjayakan misi dakwah diimbangi dengan siri program tarbiyah yang penulis lalui di sepanjang berada di Universiti. Dalam halaqah dan program-program menziarahi para duah yang lebih berpengalaman dan berilmu, banyak mendidik dan merawat jiwa penulis. Kerana tanpa jiwa yang hidup mana mungkin dakwah mampu disampaikan dengan jujur.

Continue reading