Halatuju Dakwah Yang Harus Difahami (2)

Memang di antara tuntutan keImanan seseorang itu di mana ia berhasrat menjadikan keImanan hatinya sebagai cara hidup, kekuasaan, sistem ekonomi dan sosial dilaksanakan mengikut apa yang telah dibawa oleh pesuruh-pesuruh Allahs.w.t dengan megah, kemas, disanjung dan diakui perintahnya di seluruh dunia tanpa sebarang cabaran perintahnya di seluruh tanpa ada seseorangpun mencabar perintah dan mengganggu perjalanannya.

Bagaimana pula dengan  orang-orang yang rela hidup di bawah lembayungnya dengan penuh gembira. Apatah lagi oang yang berani dan lantang berusaha untuk memperkemaskan penguatkuasaan sistem batil yang palsu, yang mana ianya bekerja bersungguh-sungguh untuk meninggikan kalimah batilnya.  Mereka inilah yang paling sesat dan menerjunkan diri di dalam kesesatan.  Semoga Allah s.w.t melindungi kita dari kehidupan yang seumpama ini.

Adapun amalan yang bercanggah, kita pinta dari seluruh Muslimin tanpa membezakan antara  yang lahir di dalam rumah Islam asal ataupun yang baru memeluk Islam, supaya membersihkan diri  mereka dari kecelaan-kecelaan yang berupakan tindakan-tindakan yang bercanggah dari apa yang dilafazkan dengan lisannya.  Di anggap bukan Islam seorang lelaki itu dengan mengikut dan mentaati beberapa suruhan Allah s.w.t dan berpegang dengan tali syariat sedangkan di satu pihak yang lain  menentang suruhan dan melanggar sempadan-sempadan Allah s.w.t di dalam beberapa aspek. Sedangkan tuntutan Iman ialah supaya seseorang itu menyerah dirinya dan jiwanya kepada Allah s.w.t dan memasukkan seluruh penghidupan di bawah lembayung agama ini tanpa menderhaka kepada Allah s.w.t dalam sebarang sesuatu suruhan dan tanpa  mengecualikan suatu aspek pun dari pengabdian dan  menyeluruh dan perhambaan yang total kepada Deen Ilahi dan syariat Nya.

Continue reading

Mencari Ketenangan Jiwa

Apabila usia Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mencapai empat puluh tahun, baginda begitu gemar mengasingkan diri untuk beribadat dan berkhalwah di Gua Hira’. Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam, dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah keadaan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang berulang alik di antara rumah baginda dan Gua Hira’ sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.

Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira’ sebelum pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat mendalam dan memberi kesan yang begitu penting kepada seluruh penghidupan umat Islam dan agama Islam khususnya.

Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat keIslamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlak yang tinggi serta beribadat tanpa putus-putus melainkan ia cuba mengasingkan dirinya untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkannya sampai kepada hakikat keagungan ilahi.

Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap Muslim yang mahu menempatkan dirinya sebagai seorang Muslim sejati terutamanya kepada mereka yang mahu menjadi pendakwah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.

Continue reading