Peranan Mas’ul Dalam Pengendalian Halaqah / Usrah (2)

tarbiyah2PERANAN MAS’UL SEMASA HALAQAH.

Realiti Semasa.

Tempoh (jangkamasa) semasa halaqah adalah dari mula sampai ke tempat program hingga pulang.

Antara peranan yang perlu dimainkan semasa halaqah ialah pengawalan suasana dan mengetuai (leading) suasana serta  pengisian.

Masalah-masalah yang dihadapi/berlaku semasa halaqah ialah :

1. Tidak dapat mengawal suasana

2. Tidak dapat mengetuai (leading) suasana.

3. Pengisian yang tidak sampai kepada hajat atau qadiyah (permasalahan) ahli.

Pelan Tindakan

1. Mas’ul perlu jelas dan faham tentang hajat atau qadiyah (permasalahan)  ahli-ahlinya.  Realiti ini perlulah diperolehi samada secara langsung ataupun tidak langsung.

2. Mas’ul perlu mempunyai ilmu dan kefahaman yang jelas terhadap qadiyah Islamiyyah dalam halaqah tersebut dan bahan tarbiyyah yang dapat menyelesaikan qadiyyah itu.

3. Mas’ul perlu mempertingkatkan kemampuan untuk mempelbagaikan teknik penyampaian/tarbiyyah untuk menghadapi berbagai-bagai suasana ahli serta menjamin keberkesanan tarbiyyah.

4. Mas’ul mesti sedaya upaya mempertingkatkan dirinya sebagai Qudwah Hasanah (mithali) untuk menjamin lagi keberkesanan tarbiyyah semasa halaqah.

5. Perlu memperuntukkan sedikit masa sejenak dalam rangka untuk menghubungkan hati dengan Allah s.w.t kerana inilah peluang terakhir untuk berdo’a mengharapkan pertolongan Allah s.w.t sebelum memulakan tugas.

6. Mas’ul mestilah mengawal suasana supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak syari’e dan ‘Jaddal Kalami’ (perdebatan yang tidak berfaedah) ataupun omong-omong kosong.

7. Mas’ul mestilah mendedahkan dirinya kepada suasana-suasana perbincangan, samada sesama sendiri dan lebih-lebih lagilah dengan pimpinan yang lebih tinggi atau dalam rangka untuk mempertingkatkan lagi kemampuan untuk memahami Qadiyyah Islamiyyah dan kaedah-kaedah penyelesaian secara Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah.

8. Mas’ul mestilah sentiasa mengharapkan agar Allah s.w.t memberikan kefahaman kepada anggota-anggotanya semasa beliau membuat pengisian.

9. Mas’ul perlu membuat susulan di atas setiap penyampaiannya untuk melihat sejauh mana penerimaan dan penghayatan ahli.

(Rujukan Silibus Tarbiyah Buku Syumul Koleksi 2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s