Tarbiah Bersama Al Marhum Syeikh Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain (2)

Sekadar teringat nostalgia lama;

Ketika kali pertama ana sampai ke MATRI untuk satu program sekitar pertengahan 90-an, pada masa itu ana masih belum kenal siapakah gerangan  UDMZ.

Oleh kerana kami (beberapa ‘anak muda’ dari KL) sampai lebih awal, maka tidak ramai shbt-shbt yang kelihatan, samada kalangan tempatan  atau dari luar. Disaat sedang berlepak-lepak diluar sebuah bangunan, terpandang seorang pakcik ‘orang lama’ sedang mengangkat dan menyusun kerusi besi lipat. Pakcik tersebut sambil mengangkat, membuka lipatan & menyusun kerusi, dia juga perhatikan kami dengan senyuman. Kami hanya membalas senyuman pakcik ini.
Continue reading

Tarbiah Bersama Al Marhum Syeikh Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain (1)

Nukilan dari saudara Hilal Asyraf:

Beberapa hari ini, setiap kali saya memandang telefon bimbit saya, saya akan merasa sayu.

Sebab saya seakan ternanti-nanti mesej: “Ustaz dah sihat. Alhamdulillah.” Atau: “Syukur, perkembangan terkini UDMZ ada peningkatan. Memuaskan.” Dan sebagainya.

Tetapi nanti akan ada suara yang memotong: “Ustaz dah tak ada Hilal”

Dan sebak akan muncul.

Dan rasa sakit akan mencucuk-cucuk. Air mata akan berjejesan.

Memang saya tidak mengalirkan air mata semasa saya tiba di MATRI. Memang saya tidak mengalirkan air mata semasa saya berdiri di tepi kuburannya. Memang saya tidak mengalirkan air mata semasa berada di rumahnya.

Tetapi seperti Ummi Halimaton, air mata saya tumpah juga beberapa hari selepas semuanya.

Ustaz Dahlan dan saya.

Saya tidak pernah peduli pun akan kewujudan UDMZ awal usia saya di MATRI. Kalau ikutkan siapa merapati siapa, saya akan katakan bahawa UDMZ yang merapati saya. Mungkin itu yang membuatkan saya amat terasa.

Masih ingat kali pertama saya betul-betul berada di sisinya. Tika saya bertugas menjadi ‘penjaga’ semasa berbuka puasa. Ada air tumpah, dan saya bergegas mengelapnya. Tiba-tiba ada satu suara kedengaran:

“Inilah dia mukmin, buat kerja tanpa disuruh” Dan apabila saya menoleh, kelihatan UDMZ sedang berdiri di sisi saya dengan beberapa orang sahabatnya.

Ketika makan malam selepas maghrib hari itu, saat saya bermandi peluh dan kekotoran kerana menguruskan itu dan ini, Ustaz Dahlan memanggil dari jauh: “Hilal, mari sini” Saya memandang rasa segan. Saya kotor dan berbau busuk. Adakah patut makan bersama UDMZ yang ketika itu bersama-sama guru saya yang lain seperti Sir Mohd Abdoh dan Ustaz Abdul Hadi?

“Ana busuk ustaz. Kotor.”

“Mari sini” Dia melambai lagi.

Mengalah. Saya pergi. Makan bersamanya. Terasa sungguh kerendahan jiwanya.

Dan pada Ramadhan yang sama jugalah, ketika UDMZ memberikan penyampaian di hadapan, dan dia berbicara akan Hilal Ramadhan, tiba-tiba dia berkata:

“Ada pelajar kita juga namanya Hilal. Marilah kita mendoakannya agar menjadi seorang yang baik dan bagus untuk ummah”

Saya yang ketika itu baru tingkatan tiga, rasa amat terharu. Pelajar MATRI ada 800 orang, dan dia menyebut nama saya di hadapan ramai, bahkan ketika itu ibu bapa turut hadir kerana majlis itu adalah majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Dan apabila saya berjaya mendapat 9A PMR, dan bergerak berjumpa UDMZ untuk meminta tandatangannya, dia menyuruh saya duduk di sebelahnya. Dia meneliti sijil PMR saya. Kemudian dia tersenyum dan menepuk-nepuk belakang tubuh saya.

“Mabruk, mabruk” Seakan-akan saya ini bukan anak muridnya, tetapi sahabat rapatnya. Saya tidak akan pernah lupa yang itu.

Dan sejak hari itu, saya kata, saya perlu hidup dengan melihat manusia ini.

Continue reading

Syeikh Dato’ Ustaz Dahlan Mohd Zain – Pelopor Tarbiah dan Dakwah Kembali Ke Rahmatullah

Pada hari Khamis, 16 Oktober 2010, penulis sempat menziarahi murabbi penulis,Syeikh Dato’ Ustaz Dahlan Mohd Zain di Hospital Tengku Fauziah Kangar. Turut bersama penulis, Ustaz Abdul Karim, juga murabbi penulis saat penulis belajar di UiTM Arau Perlis tahun 1996. Tatkala menatap wajah Syeikh Dato’ Ustaz Dahlan Mohd Zain, airmata penulis bergenangan, penulis berusaha menahan air mata ini dari melimpah, namun tidak berupaya, akhirnya mengalis jua… Murabbi kesayanganku sedang sakit yang amat sangat…

18 Oktober 2010, 10.00pg, penulis menerima sms dan panggilan mengatakan Syeikh Dato’ Ustaz Dahlan Mohd Zain telah kembali kerahmatullah jam 9.55pagi di rumah beliau sendiri. Penulis bersegera menghubungi teman-teman yang lain mengajak mereka ke Perlis. antaranya Ustaz Ali Irfan, ustaz Hafiz Jaafar, Ustaz Fazlun, Ustaz Zulkifli al Hafiz, akhi Zulkarnaen dan akhi Syamil.

Continue reading