Peranan Mas’ul Dalam Pengendalian Halaqah / Usrah (1)

Ulama Palestin 005a. PERANAN MAS’UL SEBELUM HALAQAT

Peranan Semasa

1. Melihat dan meneliti penekanan di Ijtima’ am mingguan, manakala mas’ul akan menjelaskan lagi di penyampaian halaqah secara lebih mendalam.

2. Mendekati dan melihat permasalahan ahli dan kemudian membantu mereka dengan memberi penyampaian bahan-bahan yang sesuai dengan permasalahan ahli.

3. Keutamaan hendaklah diberi kepada ahli yang mempunyai kefahaman yang paling minima dikalangan mereka dengan memberi tarbiyyah yang dikhususkan untuk ahli tersebut disamping meningkatkan ahli-ahli yang lain.

4. Mas’ul perlu bijak mengagihkan masa supaya dapat melaksanakan semua tanggungjawab tanpa berlaku pengabaian.

5. Bahan tarbiyyah hendaklah dihazamkan terlebih dahulu oleh mas’ul dengan pembacaan beberapa kali.

6. Bahan tarbiyyah hendaklah berkesinambungan dan pengolahannya hendaklah menarik minat ahli.

Pelan Tindakan

Perbaiki diri kita untuk menerima tanggungjawab daripada Allah s.w.t.

1. Perbanyakkan do’a dan pengharapan daripada Allah s.w.t supaya dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk memahamkan mad’u.

2.  Perbanyakkan ibadah-ibadah hati supaya hati senang berhubung dengan hati-hati para mad’u.

3. Bahan tarbiyyah hendaklah diulangbaca beberapa kali supaya ianya dapat dihadamkan.

4. Perlu ditingkatkan kemampuan yang ada di tahap maksima contohnya tidur lewat dan bangun awal.

5. Adakan perbincangan dengan mas’ul-mas’ul lain mengenai tarbiyyah masing-masing.

6. Mas’ul hendaklah peka dengan permasalahan ahli dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan ahli.

7. Mas’ul hendaklah sentiasa mengetahui perkembangan ahli dengan cara menziarahi mereka dan bertanyakan khabar.

8. Perlu ada strategi dengan pembantu mas’ul dalam rangka untuk mempertingkatkan kefahaman ahli-ahli.

9. Mas’ul perlu merasa lapang dada, ikhlas dan tidak mudah dipengaruhi oleh hawanafsu di dalam membuat  sesuatu keputusan ataupun tindakan.

10. Mas’ul perlu berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan.  Apa yang diperkatakan hendaklah datang daripada perancangan mas’ul.

11. Bahan tarbiyyah yang disampaikan hendaklah telah dihadamkan terlebih dahulu dan diamalkan oleh mas’ul.

12. Perancangan dari segi masa dan tempat hendaklah sesuatu dengan persediaan ahli.

13. Lahirkanlah sensitiviti kepada ahli dengan mengadakan medan untuk ahli bekerja.

14. Sediakan bahan bacaan yang sesuai untuk ahli.

(Rujukan Silibus Tarbiyah Buku Syumul Koleksi 2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s