Sesiapa yang ingin untuk mendapat pertunjuk (Hidayah) daripada al Quran maka mestilah ia datang kepada al Quran dengan hati yang takut dan bertaqwa serta sentiasa waspada agar tidak terjebak dalam kesesatan atau digoda oleh kesesatan. Ketika itu barulah al Quran membuka segala rahsianya (Rahsia al Quran) dan memancarkan cahayanya memenuhi semua sudut hati orang yang datang menemui al Quran dalam situasi bertaqwa, takut kepada Allah dan sensitif dengan Islam serta bersedia pula untuk menerima dan menghayatinya. (Sayyid Qutb)



Tarbiyah dan Kualiti Mas’ul Dakwah (1)

20140209_124649

Sesungguhnya dakwah memberikan perhatian khusus terhadap tarbiyah para mas’ul, mempersiapkan kemampuan dan kemahiran di bidang yang digelutinya, begitu pula dengan persiapan tarbawi. Hal ini merupakan dasar yang akan membantunya dalam menjalankan tugas sesuai dengan kemampuannya.

Berikut beberapa sisi-sisi penting yang sangat diperhatikan dalam tarbiyah para mas’ul:

Yang berhubungan langsung dengan diri mas’ul

  1. Rasa tanggung jawab yang tinggi seorang mas’ul di hadapan Allah Swt., dan ia akan memikul amanah tersebut di hadapan-Nya.
  2. Selalu ikhlas dalam setiap amal, dan menghindari sifat-sifat ujub, angkuh, riya, sum’ah (ingin selalu dipuji), serta selalu berupaya merasakan bahawa ia sangat memerlukan jamaah ini, dan bukan jamaah yang memerlukannya.
  3. Tidak tergantung dengan kedudukan, sama halnya ia dikedepankan atau dikebelakangkan, serta selalu menguatkan semangat jundiyah (dinamika dan kepatuhan terhadap pemimpin).
  4. Senantiasa memuhasabah dirinya, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar bin Khattab –semoga Allah meredhainya-.
  5. Hendaknya ia memiliki bekal khusus dari ibadah dan ketaatan, yang dengannya ia mendapatkan bekal ruhi, dan menjadikannya sebagai saranan untuk meminta taufik dari Allah, memperbanyak doa, meminta dan menyandarkan diri kepada Allah.
  6. Dan hendaknya ia selalu memiliki kekuatan spiritual yang tinggi, semangat yang selalu membara, dan tekad yang kuat.

Continue reading

Dakwah Untuk Semua Manusia

dakwah long journey
Suatu ketika, Imam Hasan al-Banna berkunjung ke daerah Souhaj. Selesai muktamar, beliau diundang makan. Dalam jamuan makan ini salah seorang ikhwah duduk di sebelahnya.

Akh ini berharap kesempatan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membisikkan perkara penting ke telinga Imam al-Banna. Dia pun berkata:

“Ya Ustaz. Sesungguhnya dakwah tidak dinilai dengan kuantiti, tetapi dengan kualiti. Bagaimana jika kita buat beberapa ukuran (dhawabith) bagi orang-orang yang ingin mendaftar (intisab)? 

Misalnya, kita tentukan dhawabith tertentu seperti tsaqafah Islamiyah yang mereka pelajari, dan mereka tetap berada dalam peringkat intisab, dalam proses pemilihan selama beberapa lama, kemudian orang yang layak di antara mereka barulah berpindah ke peringkat aktivis.”

Continue reading

Tanzhim dan Disiplin Kepimpinan (1)

leadershipMenghargai dan Menghormati Mas’ul

Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah menceritakan:

Salah seorang ikhwan mengundang Imam Hasan al-Banna untuk makan tengahari di Syabin al-Qanathir, yang termasuk daerah jagaan saya.

Saya sendiri tidak diundang, namun Imam al-Banna ingin mengingatkan kekeliruan akh yang mengundang tersebut tanpa melukai perasaannya.

Setibanya dari Kaherah, Imam al-Banna mengutus seseorang untuk memanggil saya dari mahkamah. Lalu saya pun segera menemuinya.

Continue reading

Jika Antum Dalam Kelelahan…

Jika Merasa Lelah

Syeikh Mustafa Masyhur ada menjelaskan betapa tabiat dakwah ini jalannya panjang, orangnya sedikit, ujiannya banyak. Itulah yang telah kita rasai sahabat dan akhwatku sekalian sekiranya engkau benar-benar melalui jalan ini dengan kesedaran dan pengorbanan sehingga ada kalangan kita yang kelelahan. Sebagai dai’e dan manusia biasa, sesekali kita akan merasa kelelahan di jalan dakwah. Lelah dek kerana kepenatan dengan kerja rutin seharian. Lelah dengan “study” dan keorganisasian. Mungkin lelah dengan kadar pencapaian yang jauh dari harapan. Mungkin lelah kerana kerenah pengurusan dakwah. Mungkin rasa lelah dengan telatah sesama duah di jalan dakwah. Mungkin lelah kerana titik hitam maksiat semakin melebar dalam hati kita. Mungkin lelah dengan memenuhi tuntutan kerjaya… mungkin lelah dengan….antum boleh senaraikan segalanya. Continue reading

Ramadhan: Dakwah Terus Berjalan

ramadhan1

Hampir seminggu kita beramal di bulan Ramadhan tahun ini. Bagaimanakah prestasi amal kita? Semoga sehingga saat ini kita semakin mampu mengerah seluruh potensi dan daya kita dengan memaksimakan  amaliyah yang mampu meningkatkan kualiti diri kita di hadapan Allah SWT  dan mampu meningkatkan posisi kita sebagai hamba Allah SWT yang mampu berprestasi sebagai khalifah Allah SWT.

Sebagai da’i dan murabbi, ada 5 amalan ibadah yang digalakkan kita terlibat secara aktif bagi mengharungi  dakwah di sepanjang Ramadhan ini, antaranya:

1. Solat fardhu berjamaah.

Masyarakat muslim secara umum melaksanakan fardhu di bulan Ramadhan dengan berjamaah di masjid mauhpun surau di sekitar tempat tinggal atau tempat kerja mereka. Kita sebagai da’ie dan murabbi harus menjadi teladan terbaik dalam pelaksanaan solat jamaah fardhu, dengan hadir lebih awal, serta mengajak anggota keluarga dan mutarabbi kita solat berjamaah bersama.

Continue reading

Halatuju Meraikan Ramadhan

Muqaddimah

Marilah sama-sama kita pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام kepada titah perintah Allah, Suruhan dan TegahanNya. Dan marilah kita terus bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dipanjangkan umur, bertemu dan berada dalam Bulan Ramadhan المبارك. Bulan yang agung dan penuh keberkatan serti diliputi suasana didikan dan latihan bagi melahirkan insan yang bertaqwa dalam ertikata yang sebenarnya (المتقين ). Marilah kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan sebaik-baik sambutan ( حُسْنُ اَلاِسْتِقْبَالِ ). Setiap sesuatu sering ada musimnya, maka Ranmdhan adalah musim beribadah, mengukuhkan taqwa, bermujahadah dan membina ruh jihad di jalan Allah SWT.

Berikut adalah beberapa noktah mengenai Madrasah Ramadhan:

1) Al Marhum Ustaz Saed Hawwa dalam kitabnya “ الاسلام “ pernah mengeluarkan kenyataan ‘ ورمضان فى الحقيقة مدرسة ‘ – Ramadan pada hakikatnya adalah umpama sekolah. Ertinya tempat, masa, suasana dan persekitaran didikan yang khusus lagi istimewa dan tiada bandingannya. Kelebihan dan fadhilatnya adalah ditentukan / ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Continue reading

Study Terbela, Dakwah Kampus Terlaksana, Tarbiyah Merentasi Masa (2)

study3

Kunci kejayaan bagi seorang mahasiswa rabbani ada tiga. Integrasi ketiga-tiga formula kecemerlangan ini insyaAllah akan menumbuhkan seorang mahasiswa yang seimbang kecemerlangannya di dunia dan di akhirat. Merujuk kepada tulisan penulis sebelum ini, mengapa terjadi ketidakseimbangan kecemerlangan di kalangan mahasiswa antara akademik dan dakwah kampus, penulis berusaha memperkemaskan kefahaman buat para mahasiswa dalam memahami erti kecemerlangan. Semoga perkongsian pada kali ini menyinarkan kembali kefahaman kita apa makna menjadi mahasiswa rabbani yang Allah SWT redha.

Iman Yang Mendalam
Pertama sebagai mahasiswa kita perlu memiliki keimanan yang mendalam terhadap Deen yang satu-satunya diredhai Allah SWT. Iman menjadi masdar(pemancar), penggerak dan pencetus kegigihan kita untuk belajar dan berdakwah. Mahasiswa yang beriman tidak ada masa untuk membuang masa, firman Allah SWT:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang mukmin yang beriman, (iaitu) orang-orang yang kusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna…” (Al-Mu’minun: 1-4).

Continue reading

Study Terbela, Dakwah Kampus Terlaksana, Tarbiyah Merentasi Masa

study2
Ketika sesi berforum dalam program Simposium Kecemerlangan Cinta Dan Akademik (STAND) di USM P.Pinang, seorang peserta bertanyakan bagaimanakah cara terbaik mengimbangkan masa di antara keaktifan berdakwah di kampus dan dalam masa yang sama memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik. Mengapa terdapat pelajar yang aktif dengan dakwah kampus namun beroleh keputusan peperiksaan yang rendah dan tidak cemerlang?

Pertamanya, kita perlu bertanya, benarkah terjadi sedemikian? Jika benar berapa peratuskah atau berapa ramai mahasiswa yang aktif dengan dakwah ini tidak cemerlang dalam belajar? Sebenarnya tidak ramai yang sedia mengorbankan masanya dengan dakwah kampus. Yang ramai adalah mahasiswa biasa yang menghabiskan masa dengan perkara-perkara kecil dan kerdil seperti melepak, bercanda, bercinta dan sebagainya. Yang ramai di kampus juga adalah mahasiswa yang hanya tertumpu di ruang legar akademik sehingga mengabaikan hak umat ke atas dirinya. Bagi mereka, dakwah tiada kaitan dengan kehidupan mereka sebagai mahasiswa. Setahu penulis, rakan-rakan penulis yang aktif dengan dakwah kampus, mereka ini terdiri dari kalangan pelajar yang cemerlang. Hari ini ramai kalangan mereka berjaya menjadi profesional da’i dan para ustaz ustazah da’i.

Continue reading