Buku Pilihan: Dalam Dekapan Ukhuwah – Salim A. Fillah

Dalam Dakapan Ukhwah

“Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit. Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di syurga, menara menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta. Mari membangunnya dari sini, dalam dakapan ukhuwah.”

Buku setebal 471 muka surat ini hasil nukilan penulis muda Indonesia yang aktif dengan dakwah dan tarbiyah, Salim A. Fillah. Buku ini sarat dengan bekalan dan renungan tentang bagaimana membangkitkan kembali kekuatan ummat yang hari ini terserak-serak bagai buih tidak bererti.

Dalam dekapan ukhuwah kita menghayati pesan Sang Nabi. “Jangan kalian saling membenci”, begitu beliau bersabda seperti dicatat Al Bukhari dalam Shahihnya, “Jangan kalian saling mendengki, dan jangan saling membelakangi karena permusuhan dalam hati.. Tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara..”

Dalam dekapan ukhuwah kita mendaki menuju puncak segala hubungan, yakni taqwa. Sebab, firmanNya tentang penciptaan insan yang berbangsa dan bersuku-suku untuk saling mengenal ditutup dengan penegasan bahwa kemuliaan terletak pada ketaqwaan. Dan ada tertulis, para kekasih di akhirat kelak akan menjadi seteru satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa.

Harga RM35.00  se naskah.

Untuk mendapatkan naskah buku ini, hubungi Hannah Store (0196651234 @ 0126443715)

FB: https://www.facebook.com/hannahsbookstore?fref=ts

Pesanan Syeikh Musthafa Masyhur Akan Kepentingan Pelaksanaan Tarbiyah Yang Konsisten

Dalam kitab Thariqud-da’wah; bainal ashalah wal inhiraf, Syeikh Musthafa Masyhur mengatakan:“Peribadi muslim adalah batu bata asasi dalam al bina’ (pembinaan), baik pembinaan al bait al muslim (keluarga muslim), atau al mujtama’ al muslim (masyarakat muslim), atau al hukumah al muslimah dan ad-daulah. Sesuai dengan kadar yang diterima oleh peribadi dalam urusan tarbiyah, sesuai itu pula kekukuhan bina’ (bangunan)-nya.

Aqidah dan iman yang kuat adalah asas bina’ syakhshiyyatul fardi al muslim (asas pembentukan peribadi muslim), kerananya, taqshir (kelonggaran) di bidang tarbiyah termasuk sebagai kelemahan dalam al asas, dan akan mencerminkan bangunan tersebut kepada keruntuhan, cepat atau lambat.

Tidak memberikan ihtimam (perhatian) yang layak kepada tarbiyah juga akan menyebabkan kepada menurunnya mustawal afrad, sehingga tidak melepasi syarat afrad ‘alal mustawal mas-uliyah wa tahammuli amanaatil ‘amal (peribadi-peribadi yang tidak setahap dengan tingkat tanggungjawab dan daya tahan dalam memikul pelbagai amanah ‘amal), dimana seharusnya mereka meringankan beban-beban dakwah, malahan menimbulkan pelbagai musykilah dan khilafat (permasalahan dan pertentangan-pertentangan), dan jadilah mereka itu beban dan penyibuk yang merugikan ‘amal, produktiviti dan da’wah.

Continue reading

Daurah Arkanul Bai’ah : Al Ikhlas (1)

Konsep Ikhlas Dalam Al Quran

Kata Ustaz Hassan al-Banna rahimahullah:

 

أن يقصد الأخ المسلم بقوله وعمله وجهاده كله وجه الله , وابتغاء مرضاته وحسن مثوبته من غير نظر إلى مغنم أو مظهر أو جاه أو لقب أو تقدم أو تأخر , وبذلك يكون جندي فكرة وعقيدة , لا جندي غرض و منفعة

 

“Iaitu setiap al-akh muslim meniatkan dengan perkataannya, perbuatannya dan jihadnya seluruhnya hanya untuk Wajah Allah, mengharap keredhaanNya dan kebaikan ganjaranNya, tanpa melihat kepada harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Dengan demikian itu, jadilah dia pejuang fikrah dan aqidah, bukan pejuang kepentingan dan manfaat (untuk diri sendiri).”

Berdasarkan penggunaan bahasa, kata ikhlas di dalam Al Quran disebut dengan pelbagai bentuk. Disebutkan dengan kata al-khalish, yang bererti ash-shafi (murni), yang tidak dikotori oleh noda dan pengaruh apa pun. Contohnya seperti yang disebutkan dalam firman Allah SWT.

“Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang murni.” (Az-Zumar: 3)

Disebutkan juga dengan kata khalashu, yang bermakna i’tazalu (menyendiri), seperti dalam firman Allah SWT.:

“Maka apabila mereka berputus asa daripada mendapat pertolonganNya, merekapun mengasingkan (menyendiri) diri lalu berunding tentang hal itu dengan berbisik-bisik.” (Yusuf: 80)

Disebutkan juga dengan kata khalishah, yang bereri khashshah (khusus), seperti yang dirakamkan di dalam Al Quran:

“Sesungguhnya Kami telah mengkhususkan mereka dengan sebuah kehusususan yang berupa mengingatkan (manusia) kepada begeri akhirat.” (Shaf: 46)

Juga disebutkan di dalam Al Quran dengan kata mukhlisan, yang dijamakkan dengan kata mukhlisin, iaitu orang yang memurnikan kepatuhan kepada Allah SWT. tanpa mengotorinya dengan dosa (syirik). Firman Allah SWT.:

“Katakanlah, “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (melaksanakan) agama.” (Az-Zumar: 11)

Continue reading

Syarah Usul 20: Islam Yang Syumul (1)

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

Keterangan

Usul ini menegaskan tentang hakikat Islam yang penting iaitu: “Kesyumulan Islam dalam setiap aspek kehidupan”. Hakikat ini amat jelas kepada orang yang mempunyai penglihatan dan dalil-dalilnya amat banyak dari Kitab dan Sunnah.

Walaupun begitu, hakikat ini dipandang ganjil oleh kebanyakan umat Islam ketika Imam Hasan Al-Banna memulakan dakwahnya. Ia dipandang ganjil oleh setengah persatuan-persatuan Islam. Mereka tidak menaskan bahawa dasar-dasar, matlamat dan ciri-cirinya di atas kesyumulan itu dan tidak mengambil wasilah-wasilah yang menggambarkan bahawa mereka mahu merealisasikannya di alam nyata. Ia dipandang ganjil oleh parti-parti politik kerana mereka memisahkan agama dari politik dan menganggap bahawa kedua-duanya adalah berlawanan dan tidak boleh bertemu.

Continue reading

Kajian Buku: Nasihat Buat Para Pemuda Di Jalan Dakwah

Ramai dari kalangan angkatan muda tertanya-tanya tugas apakah yang dituntut dari kita sekarang setelah kita thiqah (percaya) pada jalan dakwah supaya waktu dan usaha kita tidak hilang sia-sia di dalam perkara yang tidak berfaedah.

Kita merasa bahagia dan bangga dengan semangat begini, kerana jiwa yang demikian menunjukkan sikap positif yang dipunyai oleh beberapa ramai putera puteri kita kita yang muslim. Kita menghargai dan berbangga dengan mereka kerana mereka meminati Islam dan melibatkan diri mereka dengan bekerja untuk Islam dalam menentang kebatilan walaupun mereka telah mendengar dan membaca apa yang terjadi ke atas saudara-saudara mereka yang telah mendahului mereka di atas jalan dakwah ini.

“Mereka tidak menjadi lemah kerana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh)”. Alilmran:146

Sebelum saya menjawab soalan ini, saya perlu mengingatkan supaya kita kembali mengingati apa yang telah disentuh terlebih dahulu tentang penentuan objektif-objektif yang ingin  kita capai dan merealisasikannya, menentukan berbagai-bagai peringkat jalan, penyelewengan dan rintangan-rintangan, dan apa yang telah kita terangkan berkenaan dengan tabiat peringkat yang kita sedang lalui sekarang.

Continue reading

Ma’alim fith Thariq

Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berasal dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun-ubunnya. Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit dan bukan penyakit itu sendiri.

Sebenarnya puncak dari keadaan ini ialah: bangkrup dan menyimpangnya umat manusia di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya. Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang memang sudah tidak punya nilai apa pun yang dapat diberinya kepada umat manusia; bahkan, tidak punya sesuatu pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebangkrupan, sebab ternyata ia sudah mulai meniru – dengan secara beransur-ansur – dari sistem negara-negara blok Timur, khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme!

Demikian juga halnya di negara-negara blok Timur itu sendiri. Teori-teori yang bercorak kolektif, terutamanya Marxisme yang telah berhasil menarik perhatian sebahagian besar umat manusia di negara-negara blok Timur itu – dan malah di negara-negara blok Barat juga – dengan sifatnya sebagai suatu isme yang memakai cap akidah juga telah mulai mundur teratur sekali dari segi ‘teori’ hingga hampirlah sekarang ini lingkungannya terbatas di dalam soal-soal ‘sistem kenegaraan’ sahaja dan sudah menyeleweng begitu jauh dari dasar isme yang asal dasar-dasar pokok yang pada umumnya bertentangan dengan fitrah umat manusia dan tidak mungkin berkembang kecuali di dalam masyarakat yang mundur, atau pun masyarakat yang begitu lama menderita di bawah tekanan sistem pemerintahan diktator.

Continue reading

Kajian Buku: Peringkat-Peringkat Tarbiyah IM

Banyak pendapat menyatakan Ikhwanul Muslimin telah menjadi inspirasi kepada perkembangan berbagai-bagai gerakan kebangkitan Islam di abad ke-20. Konsep perjuangan, sistem pergerakan dan pola berfikir yang dibawakannya sangat sukar untuk disanggah dan memberi semangat untuk diikuti. Justeru, banyak organisasi yang mengambil inspirasi daripada gerakan ini.

Ali Abdul Halim Mahmud, penulis buku ini memaparkan anatomi gerakan Ikhwanul Muslimin mulai dari konsep penubuhan hinggalah ke gerakan teknikal untuk membina pemimpin-pemimpin pelapis.

Bercakap tentang Ikhwanul Muslimin bererti menyentuh soal tarbiyah. Pelaksanaan tarbiyah pada peringkat awal tidak dapat lari daripada memperkatakan tentang pengasas pertubuhan itu sendiri iaitu Hasan Al Banna. Sejak kecil, beliau dididik dengan persekitaran hidup yang bersih, kehidupan berkeluarga yang dibayangi keindahan nilai-nilai Islam dan kefahaman Islam yang jelas, menjadikan peribadinya sangat mantap dengan tarbiyah.
Continue reading