Pesanan Syeikh Musthafa Masyhur Akan Kepentingan Pelaksanaan Tarbiyah Yang Konsisten

Dalam kitab Thariqud-da’wah; bainal ashalah wal inhiraf, Syeikh Musthafa Masyhur mengatakan:“Peribadi muslim adalah batu bata asasi dalam al bina’ (pembinaan), baik pembinaan al bait al muslim (keluarga muslim), atau al mujtama’ al muslim (masyarakat muslim), atau al hukumah al muslimah dan ad-daulah. Sesuai dengan kadar yang diterima oleh peribadi dalam urusan tarbiyah, sesuai itu pula kekukuhan bina’ (bangunan)-nya.

Aqidah dan iman yang kuat adalah asas bina’ syakhshiyyatul fardi al muslim (asas pembentukan peribadi muslim), kerananya, taqshir (kelonggaran) di bidang tarbiyah termasuk sebagai kelemahan dalam al asas, dan akan mencerminkan bangunan tersebut kepada keruntuhan, cepat atau lambat.

Tidak memberikan ihtimam (perhatian) yang layak kepada tarbiyah juga akan menyebabkan kepada menurunnya mustawal afrad, sehingga tidak melepasi syarat afrad ‘alal mustawal mas-uliyah wa tahammuli amanaatil ‘amal (peribadi-peribadi yang tidak setahap dengan tingkat tanggungjawab dan daya tahan dalam memikul pelbagai amanah ‘amal), dimana seharusnya mereka meringankan beban-beban dakwah, malahan menimbulkan pelbagai musykilah dan khilafat (permasalahan dan pertentangan-pertentangan), dan jadilah mereka itu beban dan penyibuk yang merugikan ‘amal, produktiviti dan da’wah.

Tarbiyah mempunyai pengaruh yang sangat panjang sepanjang hari-hari yang dilalui, dan juga dalam menghadapi pelbagai peristiwa serta memenuhi mutathallabil ‘amal (tuntutan-tuntutan amal) di atas jalan da’wah, baik saat terjadi mihnah (cubaan) dan menghadapi tipu daya musuh, atau saat muncul tuntutan jihad, tadh-hiyah (pengorbanan) dan tugas-tugas lainnya.

Sangat penting juga untuk kami jelaskan bahawa tidak shahih tarbiyah hanya terbatas pada mubtadi-in (pemula) sahaja dan tidak berlaku lagi bagi al mutaqaddimin (para senior), akan tetapi, tarbiyah harus istimrar terus menerus, dan untuk pelbagai peringkat serta pelbagai peringkat senioriti, ini kerana tidak ada seorangpun terkecuali memerlukan zad (bekal) dan tadzkiri (pengingatan)”.

(Musthafa Masyhur, dalam min fiqhid-dawah, Dar at-tauzi’ wa an-nasyr al islamiyah 1415 H – 1995 M, jilid 1 hal 187).

Selanjutnya, beliau menjelaskan tentang asbab ihmal at-tarbiyah (sebab-sebab diabaikannya tarbiyah). Dalam bab ini beliau menjelaskan bahawa asbab ihmal at-tarbiyah adalah:

1. Dominannya aspek siyasah dalam harakah atas aspek tarbiyah. Banyaknya waktu-waktu yang dihabiskan kepada syakliyyat (aspek-aspek formal), munaqasyat (diskusi-diskusi) dan lain-lain.

2. ‘Adam I’dad Murabbiin yastau’ibuunal qadimin (tidak menyiapkan murabbi-murabbi baru yang sanggup meng-isti’ab (membina) pendatang-pendatang baru, dari sinilah mustawa tarbiyah turun. Demikian juga kerana adanya ihtimam az-zaidi (perhatian berlebih) terhadap nasyr ad-da’wah (penyebaran da’wah) yang kelihatan kepada banyaknya pendatang baru tanpa diimbangi oleh keseriusan untuk meng-isti’ab mereka dengan tarbiyah. Kerananya, menjadi sebuah keharusan untuk ihtimam bi i’dad murabbiin (perhatian dalam menyiapkan para murabbi) dan menselaraskan antara nasy ad-da’wah dan tarbiyah, maksudnya: antara marhalah ta’rif (peringkat pengenalan) dan marhalah takwin (pembentukan).

3. Berubahnya halaqoh menjadi fashlin tsaqafi thok yang sekadar ma’rifah (tahu) dan tahshil (dapat pelajaran), padahal seharusnya ia menjadi bautaqah lish-shaqli (bingkai tempat dituangkannya bahan naku), takwin (pembentukan), dan taqwimul akhlaq (pelurusan akhlaq). Atau secara umum, inhiraf (pengabaian) dalam hal ini adalah tafrigh wasa-il at-tarbiyah min jauhariha (pengosongan saranan-saranan tarbiyah dari mutiara intinya), sehingga saranan-saranan itu hanya mazh-har (tampilan luar) semata, baik dia itu halaqoh, atau ta’lim.

4. Ketersibukkan oleh bidang-bidang kegiatan tertentu, kerana situasi dan keadaan yang muncul sehingga menyebabkan terabaikannya tarbiyah. Tidak shahih (benar) kalau sampai ada sesuatu hal yang menyebabkan ditinggalkannya tarbiyah kerana kesibukan mengurusi sesuatu, walaupun termasuk sedang jihad dan memerangi musuh, bahkan, tarbiyah dalam situasi dan keadaan yang sangat sulit dan genting itu justeru menjadi urusan yang paling utama, sebab, unsur iman adalah sebab yang paling utama untuk dipenuhi dalam rangka mendapatkan ta’yid (dokongan), ‘aun (pertolongan) dan nashr (kemenangan) dari Allah swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s