Salahfaham Dalam Proses Tarbiyah

Kegagalan tarbiyah boleh terjadi ketika proses tarbiyah itu sedang berjalan, atau boleh juga berlaku ketika di awal proses tarbiah bermula. Ada yang beranggapan apabila sudah berada dalam halaqah tarbawiyah bererti dirinya sudah terselamat dari anasir perosakan jiwa. Awas, ramai juga yang pernah mengikuti halaqah tarbawiyah namun dengan izin Allah mereka kecewa dan tercicir dari jalan dakwah yang sukar dan panjang ini.

Terdapat lima kesilapan pengikut halaqah tarbawiyah ketika mereka mengikuti proses tarbiyah:

Pertama, proses tarbiyah dipandang semata-mata sebagai perpindahan ilmu. Oleh kerana itu, yang dimaksudkan dengan sudah atau belum ’menyampaikan bahan tarbiyah’ adalah sudah atau belum memperdengarkan atau menyajikan bahan tersebut kepada mad’u. Di sisi yang lain, mutarabbi merasa sudah memperoleh bahan tarbiyah kerana merasakan sudah pernah mendengar penyampaian tersebut di masa lalu atau sudah pernah membaca bahan tersebut. Persepsi ini menyebabkan mutarabbi tidak sampai kepada tujuan tarbiyah iaitu sebagai pengawal dalam pembentukan fikrah dan harakah.

Kedua, persepsi bahawa murabbi adalah segalanya bagi mad’u. Adalah hal yang dianggap ‘aib’ bagi penganut ‘mazhab’ ini apabila mad’u memiliki kompetensi yang lebih baik daripada murabbi dalam beberapa bidang. Persepsi ini menyebabkan alternatif yang terjadi adalah pilihan buruk di antara hal-hal buruk berikut:

1. Mad’u menjadi kerdil bagai katak di bawah tempurung.

2. Mad’u memberontak dan senantiasa terjebak dalam ketidakpuasan.

3. Mad’u berkembang sejalan dengan tarbiyahnya, tetapi memiliki kebatasan ilmu dan kefahaman, iaitu setinggi kemampuan murabbinya dan mustahil melebihinya.

Ketiga, tarbiyah dianggap sebagai proses indoktrinasi dan dominasi. Murabbi membuat andaian bahawa keberhasilan tarbiyah adalah ketika mad’u memiliki ‘kesetiaan’ dan menjadi pendukung murabbi, dan tidak lebih dari itu. Apabila mutarabbi memberi pandangan yang berlainan daripada murabbi, maka mutarabbi dianggap tidak thiqah dengan fikrah dan tarbiyah yang diikuti. Kesannya, mutarabbi akan menjadi statik dan keluasan ilmunya menjadi terbatas dan tidak proaktif.

Keempat, sistem dan metodologi tarbiyah dipersepsikan sebagai hal yang baku dan kaku. Contohnya perjalanan program tarbiyah yang statik, tidak mengamalkan pendekatan halaqah muntijah. Pendekatan ini akan menyebabkan seseorang yang memiliki potensi yang lebih besar tidak dapat meningkatkan ketrampilan dan kebijakannya dalam mengelola dakwah dan tarbiyah dengan lebih besar. Metodologi one way traffic, white board/papan tulis, dan beberapa pendekatan teknik lainnya dianggap sebagai metologi ”wajib” yang harus ada. Sedangkan seminar, diskusi, pelatihan, dan teknologi penyampaian lainnya tidak digunakan kerana dianggap mengurangi ‘nilai keaslian’ tarbiyah. Kesan lainnya adalah bahan tarbiyah disajikan dengan tidak berdasarkan keperluan mad’u.

Kesalahan persepsi yang kelima adalah kecenderungan untuk melakukan ‘kloning’ murabbi. ’Kloning’ murabbi memiliki kecenderungan, hobi, syu’ur, selera, kegemaran, dan beberapa hal yang sebenarnya adalah privacy murabbi sebagai muwashafat (spesifikasi) dan ukuran keberhasilan tarbiyah.

Apabila murabbi yang gagal melakukan ‘kloning murabbi’, maka dia akan merasa kurang keyakinan diri  dan merasa tidak layak. untuk memimpin halaqah. Manakala mutarabbi yang merasakan tidak mampu melakukan ‘kloning murabbi’nya sendiri, dia juga merasakan tidak upaya untuk membina halaqah baru, maka berlakulah kemandulan halaqah.

Wallahu’alam

2 thoughts on “Salahfaham Dalam Proses Tarbiyah

  1. Satu peringatan yang baik. Ana teringat kata-kata As Syeikh Mustafa Masyhur ” Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya dapat dicapai dengan tarbiyyah”.

    Jadi tarbiyyah bukan ghayah(Matlamat) kita tetapi wasilah (Mungkin wasilah Kubra) agar terbinanya peribadi seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan Sahabat2 RA. Ada yang tersalah dan meletakkan tarbiyyah sebagai ghayah lalu rasa lega kerana dapat hadir program tarbiyyah tetapi setelah masa berlalu ia hanya memenuhi almari dirumahnya dengan koleksi bahan penyampaian.

    Tarbiyyah kita adalah tarbiyyah amaliyyah: Rasulullah tidak membangunkan falsafah tetapi membina ummah. Rasulullah tidak mengumpulkan penyokong-penyokong Islam tetapi pendokong-pendokong risalah. Ketika Islam memerlukan mujahid maka tampillah sahabat2 menawarkan diri, ketika Islam memerlukan pengorbanan lalu sahabat2 ada yang berikan separuh dan ada yang berikan semua yang dimilikinya.

  2. salam, sangat bagus peringatan ini tambahan, masalah nak bawa halaqah nih mmg berlaku skrg terutama zaman manusia yang terlalu ketara hanyut dengan kehidupan yang penuh dengan jahiliyyah ini, sehinggakan ada murabbi atau mutarabbi juga yang merasa lemah untuk beramal, mungkin mereka ini termakan/tertelan/terhanyut sedikit dalam jahiliyyah yang bahaya skrang …sedang mereka ini mampu berfikir TETAPI lemah/kurang kuat untuk melawan…wallahualam… sekadar pendapat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s