Mindsetting Buat Para Da’iyah

Kaedah dakwah Islam haruslah bersumber dari Al-Quran dan sejarah para anbiya (para nabi). Bagi yang menerima dakwah dan siap memikul amanah untuk menyampaikan risalah, maka pertama yang dituntut darinya adalah mahu menerima ajaran Islam secara kaffah, dan mensibghah dirinya dan segala urusan kehidupannya dengan Islam, menampakkan sahsiah dengan tingkah laku islami sebagai tanda keikhlasan dan tajarrud (lepas diri dari selain Islam) mereka, melepas diri dari ideologi dan ajaran  yang menyimpang, dan mensucikannya dari segala sesuatu yang membelakangi keimanan mereka.

Dengan demikian akan terbentuk peribadi yang bertaqwa, jiwa yang kental dan akhlak yang mulia, biografi mereka akan sentiasa bersih dan siap menerima dan menghadapi segala bentuk cubaan dan ujian.

Walaupun diantara tabiat dakwah ini, perjalanan seorang da’iyah tidak sentiasa berjalan dengan mudah dan bebas dari duri-duri namun akan sentiasa berhadapan dengan rintangan dan cubaan yang sengaja ditebarkan oleh musuh-musuhnya, untuk membuat sang da’iyah merasa gelisah, atau kadang kala orangtuanya, saudaranya, kerabatnya, sahabatnya, anak-anak dan isterinya boleh menjadi musuh bagi dirinya, sehingga dapat menghambat perjalanan dakwahnya. Sehingga kehidupan yang dahulunya indah dan terasa aman akan berubah menjadi kehidupan yang penuh onak dan duri.

Inilah marhalah pertama yang menggerakkan para salaf , atas izin Allah- dalam mentarbiyah para afrad (generasi) yang di idamkan dakwah, yang memiliki sifat mulia, takwa dan ikhlas, peribadi yang kukuh dan suci, bagi mereka yang tidak kuat dan gagal dalam marhalah ini, dipersilakan untuk menjauh dari dakwah ini. Sedangkan bagi sesiapa diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah dan berhasil melewati ujian ini, maka mereka akan beroleh julukan. paling tidak dalam diri mereka; generasi ideal yang mukhlis, bersih , sabar, teguh dan memiliki citra yang harum serta berani menegakkan kebenaran atas kebatilan.

Dan jika tidak memiliki sifat-sifat yang tersebut diatas, maka akan sulit untuk mampu memikulg amanat yang begitu berat dan besar ini, berhadapan dengan ujian dan cubaan yang akan sentiasa menghadang para aktivis. Dan tentunya kita akan sentiasa tsiqah kepada mereka dan akan sentiasa memberikan sokongan (motivasi) melalui sirah, dan membentuk karakter yang baik dalam diri mereka sehingga mampu melewati marhalah pertama.

Dan setelah itu, melatih mereka pada marhalah kedua dengan menempanya dengan beberapa ujian, cubaan dan rintangan yang belum mereka temui pada marhalah pertama.

Ujian dan cubaan pada marhalah ini bertujuan menggembleng mereka menjadi peribadi yang tangguh dan memiliki jiwa yang stabil dan sentiasa siap sedia menyambut dakwah serta mampu membezakan antara yang baik dan buruk dengan nalurinya sendiri, walaupun pada dasarnya manusia mampu membezakan antara yang baik dan buruk. Namun pada marhalah ini, naluri tersebut akan lebih di tingkatkan.

Dari sini dapat kita simpulkan bahawa jalan yang dipilih para aktivis Islam dalam mencari unsur-unsur kebaikan, akan sentiasa membawakan mereka pada darjat ketaqwaan, walaupun menurut ahli sufi- belum mencapai pada tingkat kesempurnaan, tapi setidaknya sudah menjadi bekal hidup dalam berdakwah, sehingga siap dalam memikulg amanat yang begitu berat dan melelahkan.

Perkara kedua yang penting untuk dilakukan oleh para aktivis dakwah setelah menerima dakwah ini adalah memahami secara konsep kebenaran yang telah Allah anugerahkan kepada mereka dan cahaya Ilahi yang telah menyinari diri mereka, dengan menjalinkan tali persaudaraan/ukhuwah; baik yang memiliki tali persaudaraan, kekerabatan, pertemanan, para tetangga atau hanya dalam hubungan jual-beli di sekitar mereka, dengan sentiasa menyerukan kepada mereka untuk berada dalam naungan yang indah  iaitu Islam.

Seorang da’iyah yang baik adalah yang sentiasa mengutamakan kehidupannya untuk dakwah sebelum yang lainnya. Kerananya dalam memikul amanah ini, seorang da’iyah akan sentiasa diintai oleh sosok mata-mata dari pelbagai penjuru, arah dan sisi.

Sekiranya dalam setiap kehidupannya ditemui suatu kesalahan atau kelalaian maka musuh-musuh Islam akan segera menyebarkannya yang bertujuan menafikan keabsahan dakwah dan aqidahnya, dan tentunya masalahnya akan diperbesar-besarkan sehingga memaksa seorang da’iyah futur dan meninggalkan dakwahnya dan aqidahnya.

Maka perlulah disedari bahawa seorang da’iyah ketika yakin terhadap dakwah yang dibebaninya secara ikhlas dan jujur, selamanya tidak akan merasa gentar dan merasa sempit hatinya terhadap terpaan cubaan dan rintangan yang menimpanya, terutama terhadap kritikan yang sentiasa dilontarkan oleh musuh-musuhnya. Da’iyah juga jangan sesekali berusaha menutup-nutupi kesalahannya jika dijumpai ada kesalahan dan kealpaan dalam aktivitinya, namun perlulah ia berusaha mengambil ibrah dari apa yang telah di sampaikan oleh para pengkritik tanpa melakukan konfrontasi dan debat, walaupun dalam hati sekalipun.

Kemudian dalam memikul amanah dakwah ini, kami berusaha membina anggota yang memiliki beragam karakter dan sifat, sehingga tidak hanya memerlukan sekali pengarahan, namun mengkehendaki kepada beberapa kali arahan untuk diberikan tugas dengan keseriusan dan ketabahan. Seorang aktivis harus menyedari bahawa dalam medan dakwah mereka akan sentiasa diiringi dengan situasi dan keadaan yang sangat keras, yang terkadang jika tidak memiliki kesabaran dan ketabahan akan melemahkan ketegaran hatinya dan menjatuhkan himmahnya (semangat kegigihannya).

Namun, jika memiliki keteguhan dan ketegaran hati yang mantap, maka pelbagai kritikan, cacian, cercaan yang dilontarkan, bahkan siksaan dan intimidasi tidak dapat melunturkan jihadnya, kerana sebahagian manusia akan terus berusaha menentang mereka dengan pelbagai cara; baik dengan melontarkan cacian, cercaan, melepas panah beracun (fitnah) dengan mengobarkan debu-debu fitnah dan tuduhan menghinakan, membentuk kekuatan tandingan dengan menyebarkan tipu muslihat dan menyimpangkan kebenaran. Bahkan juga dengan mengusir mereka dari tempat tinggal, mengharamkan hak warisan dari keluarganya sendiri, baik dari bapa atau ibu, memutus tali persaudaraan  dan hubungan kerabat, hingga para da’iyah merasa dunia ini menjadi sempit baginya padahal bumi ini sangatlah luas, serta dengan mengaburkan kebenaran dakwah yang dibawanya.

Kesemua itu merupakan contoh konkrit yang akan mengiringi kehidupan para da’iyah, jika bukan kerana azimah (kemahuan keras) dalam hati seorang da’iyah dan tidak disertai obsesi yang kuat, maka dia akan mudah tergelincir dari jalan kebenaran dan terjerumus pada lembah kebatilan, menghilangkan kestabilan dan keseimbangan naluri berfikirnya. Namun dengan keyakinan yang dimiliki dan keteguhan yang ada dalam hatinya, seorang da’iyah akan terus berjuang dan tetap setia dengan manhaj yang diyakininya melalui hujjah yang nyata, hikmah dan tadabbur (teliti), benar dalam tindakan, ikhlas dan amanah, serta berusaha semampunya memperbaiki lingkungan secara berkesinambungan. Sehingga terbentuk dari mereka peribadi yang memiliki sifat yang terpuji, karakter yang mulia, yang sangat diperlukan dalam memikul amanah ini pada masa yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s