Keperluan Kita Bergabung Dengan Kafilah Dakwah

Allah telah menyimpulkan tanggungjawab seorang muslim dalam beberapa ayat Al Qur’an, setelah itu Allah mengulanginya dalam beberapa ayat yang lain. Ayat yang merangkumi tanggungjawab muslim dalam hidup ini ialah firman Allah:

Maksudnya :

“Hai orang- orang yang beriman, ruku’lah, sujudlah, sembahlah tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benamya. Dia telah memilih kamu dan dia tidak menjadikan untukmu suatu kesempitan dalam agama. Agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekelian orang-orang muslim dari dahulu dan (begitu) pula dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Kerana itu dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka dialah sebaik-baik pelindung dan penolong”.

Firman Allah ini amat jelas, tidak mengandungi sebarang kekeliruan dan kesamaran. Demi Allah, dalam firman ini terselit satu kemanisan, padanya terjelma keindahan, terang seperti sinar pagi, jelas seperti cahaya, memenuhi telinga, menusuk ke dalam hati tanpa minta izin. Tidaklah orang Islam mendengarnya sebelum ini? Atau mereka mendenganya tetapi hati mereka terkunci sehingga mereka tidak menyedari dan tidak mengambil pengajaran.

Allah memerintahkan orang-orang Islam ruku’ dan sujud, memerintah mereka mendirikan sembahyang yang menjadi intipati dari segala ibadat, tiang agama dan lahiriah yang paling nyata. Memerintah mereka supaya menyembah Allah, tidak menyengutukannya dengan sesuatu. Memerintah mereka melakukan kebajikan sekadar kemampuan mereka. Sewaktu memerintah mereka melakukan kebajikan, Allah melarang mereka dari kejahatan. Awal-awal kebajikan yang dapat saudara lakukan ialah dengan meninggalkan kejahatan. Alangkah ringkas dan berertinya. Setelah itu Allah menjamin pula kejayaan, kemenangan dan kelulusan untuk mereka. Inilah tanggungjawab tiap-tiap muslim yang wajib dilakukannya secara bersendiri atau secara berjama’ah.

Berjihad untuk menyebarkan da’wah Islamiyyah di samping menjaga kesucian Islam adalah merupakan suatu kewajipan lain yang diwajibkan Allah kepada ummat Islam sebagai mana Allah mewajibkan puasa, sembahyang, haji, zakat, melakukan kebaiikan dan meninggalkan kejahatan. Allah mempastikan ummat Islam berjihad dan menyeru mereka melakukannya. Tidak seorang pun yang dikecualikan sekiranya beliau mempunyai kemampuan. Sesungguhnya ayat ini merupakan satu amaran dan pemberi awasan, satu pengajaran yang benar-benar memberi amaran keras.

Dalam hubungan ini Allah berfirman:

“Berangkatlah mahupun dalam merasa ringan atau merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah”.

Setelah menerangkan perintah ini Allah menjelaskan pula rahsia kewajipan dan fardhu yang telah diwajibkan kepada ummat Islam. Allah menerangkan bahawa beliau memilih mereka supaya mereka menjadi pemimpin makhluk, memegang amanat Syari’atNya, menjadi khalifah di bumi ini dan menjadi warisan Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam da’wah-Nya. Allah menyediakan agama untuk mereka, memperkemaskan Syari’at, memudahkan hukum-hukum, menjadikannya sesuai untuk semua zaman dan tempat dan dapat diterima alam sejagat. Insaniyyah sendiri dapat melihat impian dan cita-cita yang ditunggu-tunggunya sedia ujud dalam agama ini.

Allah berfirman, maksudnya :

“ Dia telah memilih kamu dan dia tidak menjadikan untukmu satu kesempitan dalam agama. Agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekelian orang-orang muslim dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al Qur’an) ini, supaya rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia “.

Inilah tanggungjawab secara berjama’ah yang mana Allah menyeru seluruh ummat Islam melakukannya supaya mereka menjadi satu barisan, satu ketumbuk yang kuat, supaya mereka menjadi tentera yang benar-benar ikhlas dapat menyelamatkan insaniyyah dan menunjukkan kepada mereka jalan yang lurus.

Malam jadi rahib siang jadi pahlawan:

Setelah itu Allah menerangkan kepada manusia hubungan antara kewajipan individu seperti sembahyang dan puasa dengan kewajipan kemasyarakatan. Allah juga menerangkan bahawa kewajipan individu itu sebagai wasilah kepada kewajipan kemasyarakatan sementara ‘aqidah pula adalah asas kepada kedua-dua kewajipan ini. Dengan penjelasan ini manusia tidak lagi mempunyai alasan untuk meninggalkan kewajipan peribadi dengan alasan yang mereka telah melakukan kewajipan berjama’ah dan mereka yang lain pula tidak mempunyai alasan meninggalkan amal secara jama’ah dengan mengatakan yang mereka sibuk dengan amal ‘ibadat peribadi dan masyghul dengan hubungan mereka dengan Allah. Alangkah teliti dan kemasnya :

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada Allah”.

Wahai ummat muslimin, beribadat kepada Allah, beriihad demi menegakkan agama kamu, mempertinggikan syari’at kamu, kesemuanya ini adalah merupakan tanggungjawab kamu dalam hidup. Sekiranya kamu tunaikan tanggungiawab ini dengan sewajamya maka kamu adalah orang yang berjaya. Sekiranya kamu menunaikan sebahagiannya atau kamu cuaikan semuanya maka dengarlah ini kubacakan ayat Allah:

“Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami mencipta kamu untuk bermain-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya”.

Oleh kerana pengertian inilah maka para sahabat Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, golongan pilihan Allah dan para salihin yang terdahulu disifatkan sebagai rahib di waktu malam dan pahlawan berkuda di siang hari. Kamu lihat salah seorang dari mereka sujud terpaku di mihrabnya, mengurut-urut janggutnya, kumat kamit berzikir dengan penuh sejahtera dan menangis penuh dukacita seraya berkata: “Wahai dunia kau godalah orang lain dariku”.

Oleh kerana pengertian inilah maka setelah Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam wafat ummat Islam telah mara ke seluruh pelusuk alam sedang Al Qur’an bersemadi di hati mereka, pelana kuda mereka menjadi tempat kediaman mereka, pedang mereka sentiasa di tangan dan hujjah yang jelas sentiasa di bibir mereka.

Perkara yang demikian ini mereka lakukan bukahlah lantaran mereka ingin merebut kekuasaan, kerana kezahidan mereka terhadap kemegahan dan kemasyhuran telah diketahui umum dan khas. Agama mereka telah menghapuskan lahiriah yang palsu ini, lahiriah yang dini’mati oleh segolongan manusia dengan menindas orang lain. Urusan semua mereka tidak berbeza-beza kecuali kelebihan yang dikurniakan Allah, kelebihan iman dan taqwa.

Kemaraan mereka bukanlah kerana harta. Cukuplah bagi mereka serpihan-serpihan atau saki baki yang dapat menahan kelaparannya, seteguk air yang dapat menghilangkan hausnya. Puasa bagi mereka adalah qurban yang dilakukan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Mereka lebih suka lapar dari kenyang. Saham-saham mereka yang berupa pakaian cukuplah setakat yang dapat  menutup ‘auratnya.

Dan Nabi mereka menerangkan kepada mereka dengan sabdanya:

“Celakalah hamba dinar, celakalah abdi dirham, celakalah hamba qutqifah (sejenis matawang).

Kemegahan, harta, kekuasaan, penjajahan atau penaklukan yang diktator itu bukan menjadi tujuan utama mereka meninggalkan negeri mereka tetapi mereka keluar untuk menunaikan risalah yang tertentu, risalah Nabi mereka, risalah yang telah ditinggalkannya sebagai amanah kepada mereka dan Nabi mereka telah memerintahkan kepada mereka supaya berjihad demi risalah ini firman Allah, maksudnya:

“Hinggalah fitnah tidak berlaku lagi dan agama seluruhnya bagi Allah”.

Sudahkah kita turut serta dalam perjuangan yang mulia ini? Sudahkah kita benar-benar bergabung dengan kafilah dakwah ini?

Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s