Ramadhan: Mantap 5 Perkara

Salah satu yang kita dambakan dalam hidup ini adalah terwujudnya kehidupan yang baik berdasarkan nilai-nilai Islam. Sebagai agama yang syamil (menyeluruh) dan kamil (sempurna), Islam memberikan perhatian yang begitu besar pada pembentukan peribadi, keluarga dan masyarakat yang Islami. Oleh kerana itu, menjadi penting bagi kita untuk memahani hakikat peribadi, keluarga dan masyarakat yang Islami.

Ada banyak nilai tarbiyyah (pendidikan) dalam bulan Ramadhan akan kita peroleh, khususnya dari ibadah puasa. Kefahaman tentang keberkesanan madrasah ramadhan dalam membentuk jiwa individu, keluarga dan masyarakat yang islami untuk berhadapan dengan cabaran semasa  perlu kita perhalusi dan dibengkelkan agar ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini benar-benar memberi impak kepada ummah seluruhnya.

Ibadah puasa Ramadhan  merupakan salah satu madsarah untuk membentuk modal insan yang muslim dan mukmin agar mampu memikul amanah yang dipertanggungjawab oleh Allah ke atas kita semua, iaitu penghambaan hanya sanya kepada Allah swt dan memakmurkam muka bumi dengan kehendak dan syariat Allah swt.

Continue reading

Oasis Ramadhan (1)

Marhaban barasal dari kata rahb yang bererti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, dan tidak dengan keluhan.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa (SURAH 2: 183)

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut setiap kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda: “Sesungguhnya  telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kamu ibadah puasa. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh Syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan” (Hadith Riwayat. Ahmad)

Continue reading