HMI: Generasi Terpedaya

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan Iman dan Islam pada kita semua.

Perjumpaan dalam halaqah kita pada hari ini adalah perjumpaan hati –hati  yang ikhlas untuk  sama-sama membangun  Islam dalam diri , keluarga dan masyarakat.

Diharapkan dengan medan pertemuan iman ini, maka insyaAllah ikatan hati kita semakin bertambah erat , dan kita sentiasa rindukan pertemuan-pertemuan seperti ini.

Sahabat yang dikasihi..

Bila kita menyingkap perjuangan Rasulullah saw dan para sahabatnya, kita lihat mereka telah terjun ke tengah-tengah medan untuk menyempurnakan tugas mengembang dakwah Islam dengan jihad  dan pengorbanan.

Selepas kewafatan Rasulullah saw , mereka bertebaran diseluruh pelusuk  bumi laksana sinar matahari untuk menawan timur dan barat , menghancur leburkan toghut , membawa rahmat keseluruh alam dan memimpin manusia menuju syurga.

Ditahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu . Kemewahan melanda dunia Islam , lalu mencabar generasi baru yang bakal mengganti genarasi pertama Islam yang unik.

Kemewahan telah melalaikan jiwa  dan melemahkan keazaman di dalam dakwah dan jihad . Mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapus taghut dan menundukkan dunia dibawah naungan Islam.

Sedang umat mula tunduk kepada godaan dunia , tertarik kepada kemewahan dan perhiasan hidup didunia , muncullah Umar bin Abdul Aziz , seorang pemimpin yang unik , disediakan oleh Allah untuk umat ini. Beliau dikurniakan jiwa yang tinggi , iman yang kuat, dan akhlak yang mulia.

Beliau melihat sedikit kemewahan dan kelengahan dari dakwah dan jihad sebagai tanda awal berlakunya penyelewengan dari kebenaran.

Beliau memandang berat keadaan umat yang telah kurang daya juangnya lalu beliau berkata dengan nada dukacita :

“  Sesungguhnya aku sedang merawat satu urusan yang tiada siapa dapat menolong kecuali Allah .”

Beliau bimbang melihat orang-orang beriman  yang membuat dosa-dosa kecil , bid’ah , kezaliman yang ringan dan permulaan kemewahan hidup yang beransur-ansur membawa mereka kepada bahaya yang lebih besar yang akhirnya akan merosakkan mereka.

Begitu sensitif  sekali jiwa Umar bin Abdul Aziz dalam melihat permasaaahan umat.

Oleh itu bagaimanakah kita dalam melihat masalah umat yang makin parah ?

Beberapa generasi telah berlalu selepas Umar bin Abdul Aziz . Islam yang dulunya didokong oleh pahlawan-pahlawan Islam , pemimpin-pemimpin Islam  dan orang-orang soleh . Selepas itu ,  umat Islam diselubungi kelekaan dan kelalaian . Akibatnya kita lihat umat Islam ditakluki dan ditindas oleh perancang-perancang Yahudi dan kerajaan-kerajaan kafir.

Kekayaan umat Islam dirampas , iman menjadi lemah , neraca hidup bertukar dan hokum al-quran dijauhi. Mereka juga mendidik keturunan orang Islam dengan idealogi-idealogi yang bertentangan dengan Islam dengan berbagai nama dan pakaian yang mempersonakan.

Oleh itu, tribulasi yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini  tidak hanya terbatas dalam menghadapi pemimpin yang sesat , tetapi menjangkau hingga kepada persoalan sistem tarbiyyah ( pendidikan ) .

Manhaj pendidikan dan pembelajaran ( sekolah ) , universiti , akhbar-akhbar , majalah-majalah dan seluruh media masa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam di seluruh dunia Islam , Sehingga umat Islam yang terperangkap dalam  rencana jahiliah ini merasa bangga dan seronok seolah-olah mereka  terlepas dari belenggu kekolotan ( seolah –olah mereka adalah adalah pelopor dunia moden ).

Umat islam yang lemah dan terpedaya ini menjadi kuda tunggangan oleh jahiliah.

Oleh itu, bagaimana kita yang duduk dalam haraqah Islamiah ini , apakah kita hanya duduk berdiam diri,  atau sekadar kita berbicara kisah lampau yang gemilang ?

Marilah kita terjun kemedan dakwah dan tarbiyyah , kita harungi ranjau-ranjau yang penuh duri , untuk kita kembali membangun ummah sehinggalah kita syahid dimedan perjuangan ini.

Demikianlah perancangan jahiliah sejak dulu lagi , samaada jahiliah dulu atau sekarang . Jika kita  semak  dengan teliti maka salasilah jahiliah ini sampai kepada Firaun.

Firman Allah SWT (Az-Zukhruf  54 ):

“ Lalu Firaun memperbodoh ( menyesatkan ) kaumnya, lalu mereka mengikutnya. Sesungguhnya mereka itu kaum yang fasik .”

Hanya orang-orang yang fasik sahaja yang boleh diperdayakan oleh Firaun ( lama atau moden ). Orang yang beriman  kepada Allah tidak akan dapat diperdayakan oleh toghut.

Begitulah cara Yahudi dan negara-negara kafir memahami dan menerima pakai tektik perdaya Firaun . Mereka saling merancang dan merangka untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah –sarap yang tenggelam dalam Lumpur noda dan kejahatan.

Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk untuk kembali kepada Allah.

Mereka telah menyerang aqidah umat islam dengan guru-guru free-thinker. Mereka telah memasukkan seni  kepahlawanan Islam dengan seni keseronokkan. Melalui pendidikan ini mereka telah mengubah helang rajawali menjadi burung yang ditambat. Begitulah halus dan teliti latihan yang  telah digunakan oleh pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Kata Penyair Mohd Iqbal.

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa , ( bunga perhiasan ditaman bunga dan di kubur yang ditanam utk melindungi pokok-pokok lain ).

Ia menukar helang rawali menjadi burung denak,

Mereka memperdaya angkatan berkuda dengan nyayian yang merdu,

Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut,

Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu,

Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.

Manusia diresapi kehinaan tanpa disedari . Sekiranya kehinaan yang menimpa manusia disebabkan oleh orang lain atau faktur luaran, ia cepat sembuh dan mudah dihapuskan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari  dalam diri dan terbit dari hati , itu adalah penyakit yang sangat merbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

Sebab itu golongan taghut sengaja  menerapkan kehinaan kepada rakyat melalui pendidikan yang hina dan asuhan tanpa tatasusila . Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik danc strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada ditangan mereka yang zalim.

Untuk melengkapkan penghinaan itu , Jahiliah yang zalim yelah menindas pendakwah Islam . Mereka  hiaskan dengan solekan yang memperdayakan genarasi baru , sehingga anak-anak umat Islam tunduk kepada syahwat , mengikut hawa nafsu , karam dengan gejala seks dan kemewahan hidup.

Mereka padamkan warisan  Islam zaman  gemilang yang bertamadun tinggi.

Kata Mohd Iqbal :

Mereka ajar anak singa dengan kijang yang pengecut

Dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, mengembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

Rancangan mereka benar-benar berjaya. Mereka asuh anak-anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut.

Sistem pendidikan jahiliah  dan ciptaan Yahudi , Kristian dan materialisme itu telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut. Mereka tidak lagi menerkam sebaliknya melepaskan diri dari keazaman dan lari dari tanggungjawab.

Kata Muhamad Ahmad Ar-Rashid,

“ Inilah genarasi baru dari putera-putera Islam. Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.. sebenarnya mereka itu adalah putera-putera muslimin yang merdeka. Tetapi mereka diperhambakan , lalu mereka bergembira.”

Apakah yang perlu kita buat sebagai duah ilallah ?

Kita kena mengambil pendirian yang dibuat  oleh Umar Abdul Aziz .Beliau merasakan perlu bertindak segera untuk menarik kembali umat Islam yang tenggelam dalam kesesatan yang semakin jauh. Beliau menyedari tiada jalan lain baginya kecuali mara dan menjadi pemimpin mereka meskipun mereka enggan dan meskipun  tanggungjawab memikul urusan ini amat menyusahkan dan memerlukan pengorbanan.

Wallahua’lam.

Advertisements

One thought on “HMI: Generasi Terpedaya

  1. salam…ada seorg ulama’, tp ana forgot namanya…berkata.. sesiapa yang dakwahnya mudah diterima oleh orang (tanpa adanya dugaan n maslh) maka hal sebnrnya dia tidk menjlnkn tgasnya sebgi dai’ @khalifah Allah…ana just trg dlm bhsa kita….
    ayuh, mailh sama2 hisab dr…al faqir ‘inda Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s