Q2: Apa Kepentingan Halaqah?

question3Soalan:  Ada yang mengatakan menghadiri program tarbiyah seperti usrah atau halaqah tidak penting. Mohon tuan jelaskan mengapa pentingnya halaqah bagi seeorang muslim dalam realiti hari ini?

  • Halaqah adalah merupakan antara jalan kepada proses pentarbiahan. Mereka yg tidak mengikuti halaqah, sukar untuk mengikuti tarbiyah dengan baik.
  • Aktiviti seperti membaca buku, mendengar ceramah umum, atau belajar islam di institusi swasta sebenarnya tidak memiliki keistimewaan yang dimiliki dalam berhalaqah.
  • Dalam Halaqah, peserta di motivasi terus menerus untuk mengamalkan Islam. Pengamalan Islam merupakan kandungan yang diutamakan dlm halaqah.
  • Halaqah memiliki sistem tausiyah (saling menasihati) yang intensif dan ketat. Peserta di ransang utk beramal soleh dan berakhlak mulia. Peserta diperingatkan agar jgn melanggari syariat Allah swt. Justeru sistem Halaqah lebih mampu mencetak peribadi muslim yg serius mengamalkan Islam dalam kehidupan daripada saranan tarbiyah lainnya.

  • Halaqah mementingkan semua aspek – pengisian ruhi, fikri dan amali. Dalam halaqah mengajarkan Islam kepada kita sebagai nilai-nilai yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Justeru, peserta yg mengikuti halaqah hidupnya insyaAllah bebas dari pengaruh jahiliah, kerana ia tahu seluruh hidupnya di atur oleh Islam.

“Hai orang-orang yg beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya…” (QS.2:208)

  • Halaqah adalah saranan pengaplikasian nilai-nilai ukhwah yg paling efektif dan merasai kemanisan ukhwah. Ini kerana sistem usrah adalah dalam kumpulan kecil yg tidak melebih 12 orang, peserta yg sama/tetap.
  • Halaqah merupakan medan membina anggota dakwah yang tersusun rapi dan terancang. Hal ini amat dicintai Allah swt;

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (QS:61:4)

Pesanan Moderator:

  • Halaqah adalah tempat untuk kita merawat ke’aiban diri
  • Halaqah adalah tulang belakang bagi kekuatan Islam
  • Halaqah adalah medan membangun potensi diri
  • Apa jua cabaran yang kita tempuhi, halaqah mesti berjalan
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s