Tarbiah Bersama Al Marhum Syeikh Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain (2)

Sekadar teringat nostalgia lama;

Ketika kali pertama ana sampai ke MATRI untuk satu program sekitar pertengahan 90-an, pada masa itu ana masih belum kenal siapakah gerangan  UDMZ.

Oleh kerana kami (beberapa ‘anak muda’ dari KL) sampai lebih awal, maka tidak ramai shbt-shbt yang kelihatan, samada kalangan tempatan  atau dari luar. Disaat sedang berlepak-lepak diluar sebuah bangunan, terpandang seorang pakcik ‘orang lama’ sedang mengangkat dan menyusun kerusi besi lipat. Pakcik tersebut sambil mengangkat, membuka lipatan & menyusun kerusi, dia juga perhatikan kami dengan senyuman. Kami hanya membalas senyuman pakcik ini.
Sambil perhati kami membuat beberapa andaian… mungkin pakcik ni  tukang kebun MATRI kerana pakaian & gayanya macam tukang kebun, atau orang kampung berhampiran yg bertugas sebagai Pekerja Am sekolah kerana salah satu tugasnya menyusun kerusi….

Tak lama kemudian, muncul seorang shbt ‘senior’  dari KL yg datang berasingan dgn kami  dan terus memeluk pakcik tersebut…dan dengan cerianya memaklumkan kpd kami… “haaa…ni la UD..”

Kami memandang antara satu sama lain…. rupa-rupanya andaian kami tentang ‘pakcik’ ini tersilap…. tanpa berlengah, kami mengambil peluang untuk memeluk ‘pakcik’ ini…

…itulah pengalaman kali pertama ana bertemu dgn UDMZ….SEORANG MURABBI CONTOH..

Nukilan Deen Selamat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s