Tarbiyah Wasilah Ke Arah Melahirkan Pewaris Dakwah

Barisan pewaris adalah sekumpulan individu ( rijal )  yang mewarisi tugas dakwah dan pembentukan serta tugas-tugas  yang ditinggal atau diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w.   Pewaris mestilah memiliki sifat-sifat tertentu.  Berada di dalam golongan  pewaris  adalah kurniaan, pilihan dan kehendak Allah s.w.t.

Golongan yang mewarisi  kerja-kerja Rasulullah s.a.w ini akan sentiasa wujud sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w (bermaksud) ;

Akan sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang lahir di atas haq sehingga datang  ketentuan Allah s.w.t dan mereka tetap sedemikian.

Bagaimana mengenali  golongan  pewaris itu ?.

Rasulullah s.a.w mengisyaratkan satu panduan dalam sabda baginda (bermaksud):

“sebagaimana  aku dan sahabat-sahabatku berjalan di atasnya

Tanggungjawab  Mewarisi

Sekiranya kita mewarisi dakwah dan pembentukan Rasulullah s.a.w,  maka kita perlu berusaha mengeluarkan graduan-graduan seperti graduan-graduan yang lahir dari madrasah baginda s.a.w.   Iaitu graduan-graduan  yang memikul   panji-panji  Tauhid menjadi mahaguru dan qudwah kepada dalam sejagat.  Seterusnya kita perlu mewarisi kerja-kerja mereka, membebaskan manusia daripada perhambaan  kepada sesama manusia, kepada perhambaan kepada  Allah s.w.t  semata-mata, meruntuhkan system  jahiliyyah dan membangunkan sistem Islam dalam semua aspek kehidupan manusia. Sistem jahiliyyah (sistem yang menolak Islam yang lengkap), yang sangat pekat dan berkuasa adalah punca bagi segala penyakit yang menimpa manusia hari ini.

Seterusnya kita perlu mewarisi dan menyambung kerja-kerja yang telah diasaskan kembali oleh As Syahid Imam Hassan al Banna.  Beliau adalah pengasas warisan Rasulullah s.a.w di abad 20 atau pengasas Amal Islami kurun 20. Imam al Banna adalah pewaris Madrasah Nabawi.  Graduan dari Madrasah al Imam telah mewarisi sifat-sifat dan kerja-kerja generasi Islam awal walaupun tidak mencapai tahap 100%.

Pewaris Serba Lengkap

Yang dimaksudkan dengan pewaris serba lengkap ialah pewaris yang lengkap mengikuti proses tarbiyyah.  Juga lengkap dari segi persediaan hati, thadqafah, tanzim, jihad, haraki (organisasi) dan syaksiyyah Islamiyyah.  Ringkasnya, lengkap dalam kemampuan roh, aqli dan jasmani.  Pewaris seperti ini, Insya Allah mampu mewarisi dan meneruskan Islam yang suci murni.

Mengapa Perlu Pewaris Lengkap

Mengapa kita perlukan pewaris yang serba lengkap ?.  Kerana, jahiliyyah kinipun berada dalam keadaan yang serba lengkap.  Ia tertegak  sebagai Mungkar al Akbar (Mungkar yang besar) yang menolak  Uluhiyyah Allah s.w.t.  Untuk menghadapi jahiliyyah sebegini, perlulah kita mempersiapkan segolongan umat atau barisan rijal harakah yang lengkap dalam semua aspek dan mampu menghadapi sebarang kemungkinan sebagaimana generasi pertama didikan  Rasulullah s.a.w atau generasi Ikhwan keluaran madrasah al Imam al Banna.

Syeikh Ustaz Dato’ Dahlan Mohd Zain (Mudir MATRI)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s