Mujahid Dakwah
17 NovImam Hasan al-Banna mengatakan: “Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.
Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.
Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.
Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”
Dakwah Sentiasa Hidup Di dalam Sarafnya
4 DecSeorang da’i harus dapat merasakan bahawa dakwahnya sentiasa hidup di dalam sarafnya, menyala di dalam hatinya, bergejolak di dalam hatinya, sehingga mendorongnya dari suka bersikap istirehat dan kesenangan kepada sikap pergerakan dan perbuatan, serta menyibukkan diri dengannya daripada dirinya sendiri, anaknya dan hartanya. Ini adalah da’i yang jujur, yang imannya merasakan bahawa dakwahnya berkobar di dalam pandangannya, gerakkannya, isyaratnya dan dalam karakteristik yang bercampur dengan air wajahnya.
Dia selalu ingat dengan dakwahnya baik ketika tidur mahupun terjaga, ketika makan dan diantara keluarganya, ketika diam, dalam berpergian dan dalam perkumpulan-perkumpulannya. Secara keseluruhan, dakwah adalah masalah utama yang selalu hadir dalam setiap waktu hidupnya. Ia adalah ruh kehidupannya, citi-citanya, keperluannya dan urusan hidupnya baik sebagai sampingan mahupun hujung kehidupannya.
Ustaz Al-Bahy Al-Khouly dalam Rakaizud Dakwah
Sabar Di Jalan Dakwah (1)
8 OctSabar di dalam berdakwah memiliki peranan amat penting dan sebagai kewajiban bagi seorang da’i. Sabar, secara umum merupakan kewajiban bagi setiap muslim, namun bagi seorang da’i, ia lebih dan sangat ditekan-kan. Oleh kerana itu, Allah memerintahkan kepada pemimpin para da’i dan teladan mereka, Rasulullah SAW untuk bersikap sabar, Allah berfirman, “Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan”. (an-Nahl:127-128)
Di dalam ayat yang lain disebut-kan,“Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka.(Al-Ahqaaf: 35)
Juga firman-Nya yang lain, ertinya, “Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami terhadap mereka.” (QS. 6: 34)
Continue reading
Rasulullah SAW Contoh Terbaik Ummat
8 OctKehidupan Muhammad SAW adalah lapangan yang cukup luas untuk dijadikan tauladan bagi sesiapa sahaja. Anak muda boleh mendapat pedoman kerana Muhammad saw pernah menjalani kehidupan sebagai anak muda yang rajin bekerja dan memerah keringat tanpa bergantung kepada keturunannya yang mulia dan kedudukannya yang istimewa. Seorang yang masih bujang boleh mengambil pedoman dari hidup Rasulullah SAW kerana baginda tidak berkahwin kecuali selepas berumur 25 tahun.
Si Suami yang mempunyai seorang isteri boleh menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan kerana baginda hanya bersama daengan seorang isteri, Khadijah sehingga umur baginda 50 tahun. Mereka yang berpoligami juga boleh menjadikan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam 10 tahun terakhir baginda mempunyai ramai isteri. Antaranya seorang anak dara dan lainnya adalah janda, ada yang muda dan ada pula yang tua. Ada dari bangsa Arab dan ada pula dari Bani Israil.
Seorang bapa boleh melihat kehidupan Nabi SAW ketika memiliki anak dan ketika kematian anak-anaknya. Seorang datuk dapat menghayati pedoman hidup Rasulullah SAW ketika baginda saw melayan dua cucunya, al Hasan dan al Husain. Seorang pejuang dapat melihat Rasulullah SAW sebagai pejuang; Bagaimana berlangsungnya peperangan? Apakah adab dan disiplinnya?Bagaimana halnya ketika menerima kemenangan atau kekalahan seperti dalam perang Uhud?
Seorang penguasa, pemerintah,raja, presiden atau ketua kerajaan boleh menerima pedoman dari hidup baginda saw ketika mana memiliki kekuasaan lalu baginda saw berlaku adil dan menegakkan hak dan kebenaran. Baginda SAW telah meninggalkan untuk kita warisan agung dalam lapangan ini. Sebenarnya samada pemerintah atau yang diperintah, semua boleh melihat kehidupan baginda saw. Baginda hidup sebagai rakyat biasa dalam pemerintahan orang lain di Mekah dan sebagai pemerintah di Madinah. Begitu juga bagi orang kaya atau miskin. Baginda pernah merasai kefaqiran dan kemiskinan sehingga terpaksa mengikut perut dengan batu bahkan dua biji batu. Baginda juga pernah menerima habuan dua yang banyak apabila diberi kemenangan dan mendapat ghanimah (rampasan perang) yang banyak sehingga akhir keseluruhan Arab dan semenanjung Arab tunduk di bawah kekuasaannya.
Baginda SAW telah melalui semua pengalaman-pengalaman ini. Siapa lagi antara para Nabi dan Rasul yang merasai segala pengalaman ini? Inilah dia Muhammad saw yang telah diberi keistimewaan dengan semua ini yang ditugaskan membawa agama agung yang mempunyai cirri-ciri umum, kekal dan lengkap.
Rujukan tulisan Dr Yusuf al Qharadawi
Oasis Ramadhan (4) – Hidup Bersama Al-Quran
17 AugMereka yang cinta kepada ISLAM (Amal Islam) hidup mereka sentiasa bersama al-Quran: HIDUP BERSAMA AL-QURAN bermaksud; Tilawah (membaca) , Hifdz (menghafal), Tadabbur (mengkaji). Mereka yang hidup bersama al-Quran bermakna mereka yang beriman. Sudah tentu mereka ini akan sentiasa meletakkan Allah dan RasulNya sebagai ikutan dalam semua urusan kehidupan mereka. Hal ini telah ditegaskann oleh Allah dalam surah al-Hujuraat: 1.
“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
Keindahan hidup bersama al-Quran tergambar dengan beberapa pengalaman:
Oasis Ramadhan (3)
7 AugAntara kelebihan Ramadhan ialah puasa pada siangnya berlaku terus menerus selama sebulan. Kita sedia maklum bahawa sesuatu amalan yang dibuat berulang-ulang akan menjadi suatu tabiat. Berpuasa dalam Ramadhan selama sebulan melahirkan satu tabiat kesederhanaan dalam diri seseorang muslim. Islam menyuruh seseorang Muslim besederhana dalam makan minum, berpakaian, tidur dan tutur kata.
Kita dilatih berbuka segera dengan tamar dan air kemudian terus menunaikan solat Maghrib. Makanan yang diambil haruslah tidak berapa berat agar memudahkan seseorang berdiri lama dalam tarawihnya. Adalah dilarang kita menghidangkan terlalu banyak makanan untuk berbuka atau sahur. Kita dituntut untuk tidur seketika pada waktu siang dan malam. Oleh kerana Ramadhan adalah bulan ibadah. Berlebihan tidur pada siang ataupun malam bererti menyia-nyiakan bulan barkah ini.
Membangun Sifat Istiqamah
5 AugMuqaddimah
Setiap muslim berikrar bahawa Allah Subhanahuwata’ala adalah Rabbnya, Islam adalah dinnya dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam adalah rasul ikutannya, sepertimana doa yang sering dibaca:
Aku redha Allah sebagai Rabbku, dan Islam sebagai dinku, dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam sebagai nabi dan rasul bagiku
Dia haruslah memahami erti ikrar ini dan mampu merealisasikan tuntutannya dalam realiti kehidupan. Setiap aspek kehidupannya, samada dalam suasana aman mahupun terancam, hendaklah diwarnai dengan tuntutan ikrar ini.
Dalam realiti kehidupan, ternyata tidak semua orang Islam memiliki kefahaman yang baik tentang Islam dan dapat menghayatinya dalam setiap bidang kehidupan. Orang yang dapat menghayatinya pun belum tentu dapat bertahan dan tetap dalam penghayatan itu sepertimana yang dituntut oleh Islam, yakni iltizam dan istiqamah berpegang dengan ajaran Islam di sepanjang hidupnya.
Istiqamah berpegang kepada din Islam merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.
Oasis Ramadhan (2)
2 Aug
Salah satu sifat Allah SWT adalah Ia memiliki irodah (kehendak), sebagaimana firmanNya :
“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).” (SURAH Al Qoshosh [28]:68).
Allah memilih sesuatu yang dikehendakiNya. Begitu pula halnya dengan bulan-bulan dalam setahun, Allah telah memilih Ramadhan sebagai bulan yang istimewa, yang namanya disebutkan dalam Al Quran. Firman Allah :
Ramadhan: Mantap 5 Perkara
29 JulSalah satu yang kita dambakan dalam hidup ini adalah terwujudnya kehidupan yang baik berdasarkan nilai-nilai Islam. Sebagai agama yang syamil (menyeluruh) dan kamil (sempurna), Islam memberikan perhatian yang begitu besar pada pembentukan peribadi, keluarga dan masyarakat yang Islami. Oleh kerana itu, menjadi penting bagi kita untuk memahani hakikat peribadi, keluarga dan masyarakat yang Islami.
Ada banyak nilai tarbiyyah (pendidikan) dalam bulan Ramadhan akan kita peroleh, khususnya dari ibadah puasa. Kefahaman tentang keberkesanan madrasah ramadhan dalam membentuk jiwa individu, keluarga dan masyarakat yang islami untuk berhadapan dengan cabaran semasa perlu kita perhalusi dan dibengkelkan agar ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini benar-benar memberi impak kepada ummah seluruhnya.
Ibadah puasa Ramadhan merupakan salah satu madsarah untuk membentuk modal insan yang muslim dan mukmin agar mampu memikul amanah yang dipertanggungjawab oleh Allah ke atas kita semua, iaitu penghambaan hanya sanya kepada Allah swt dan memakmurkam muka bumi dengan kehendak dan syariat Allah swt.
Oasis Ramadhan (1)
29 JulMarhaban barasal dari kata rahb yang bererti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, dan tidak dengan keluhan.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa (SURAH 2: 183)
Rasulullah sendiri sentiasa menyambut setiap kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kamu ibadah puasa. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh Syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan” (Hadith Riwayat. Ahmad)
Ramadhan: Langkah Persiapan
26 Jul|
Persediaan |
Cara |
|
Iman |
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. 3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17). 4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya). 5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). 6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
|
|
Ilmu |
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa. 3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan. 4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
|
|
Dakwah |
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar. 3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan. 4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah. 5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
|
|
Keluarga |
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu. 2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
|
|
Keazaman |
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik. 2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa. 3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf. 4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat. 5. Sentiasa berlapang dada. 6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
|
|
Jihad |
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’. 2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur). 3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci. 4. Menahan syahwat dari perkara yang haram. 5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.
|








Recent Comments