Kemahiran Da’i: Memahami Kata-Kata Orang Lain

Sebagai da’i dan murabbi, tugas kita bukan sahaja menyampaikan dakwah, mentarbiah mutarabbi dan berkomunikasi dengan semua manusia. Namun ada satu lagi kemahiran penting yang perlu kita kuasai iaitu kemahiran memahami ikata-kata orang lain. Kita harus memahami kata-kata yang disampaikan oleh orang yang berbicara dengan kita. Allah swt. telah berfirman yang bermaksud:

“Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (‘Ali Imran: 118)

Allah swt. berfirman lagi:

“Sungguh engkau akan mengenal mereka dalam gaya ucapan” (Muhamamd: 30)

Sesungguhnya manusia memiliki cara yang berbeza dalam mengungkapkan apa yang ada di dalam hati mereka, antaranya:

–          Ada yang mengungkapkan isi hatinya dengan terbuka

–          Ada orang yang dari wajahnya telah nampak apa yang ada di dalam hatinya

–          Ada orang yang mengungkapkan isi hatinya hanya dengan isyarat

–          Ada orang yang isi hatinya begitu mudah keluar melalui kata-katanya, yang baik atau yang tidak baik

Continue reading

Advertisements

Aplikasi Dakwah Fardhiah

Di Padang Futsal Dakwah Fardhi Boleh Diaksanakan Juga

Halaqah yang dinamik InsyaAllah mampu membina ahlinya untuk melaksanakan fungsinya sebagai da’i iaitu menyeru manusia kepada Allah. Namun da’i yang tinggi kualiti dan kesungguhannya adalah da’i yang dapat merekrut manusia lain untuk turut serta dalam misi dakwah dan tarbiyah. Merekrut manusia ke jalan Allah swt. merupakan amaliyah yang mahal. Tugas dan tanggungjawab ini mampu dilakukan dengan pelbagai pendekatan, di antaranya melalui dakwah fardiyah. Banyak pengalaman orang lain dalam merekrut pewaris duah melalui dakwah fardiyah. Terkadang memang melakukan dakwah fardiyah memerlukan seni tersendiri.

Namun demikian dalam pemerhatian penulis, ada semacam ’sindrom’ yang samada disedari atau tidak, sering melanda kepada sebahagian aktivis jamaah dakwah. Bergabungnya mereka ke dalam harakah dakwah, bahkan menjadi anggota tetapnya, acapkali membuat mereka lupa untuk melakukan amalan-amalan dakwah fardiyah. Tidak sedikit aktivis suatu jamaah dakwah merasa telah berdakwah hanya kerana mereka tercatat sebagai anggota jamaah dakwah tersebut. Padahal mungkin yang mereka lakukan selama bertahun-tahun sekadar mengikuti halaqah, membayar infak bulanan, atau membaca risalah mingguan yang diterbitkan jamaah dakwahnya. Secara fardiyah, tidak ada yang dilakukannya selain itu; tidak melakukan “direct contact” dakwah secara individu; tidak melakukan pembinaan; tidak mengisi acara-acara pengajian; tidak pula berusaha menyebarluaskan idea-idea yang diperolehinya dari jamaahnya, meski sekadar dengan menyebarluaskan buletin dakwah sekaligus menjelaskan isinya kepada masyarakat.

Continue reading

Fungsi Naqib Halaqah Sebagai Mentor

halaqah1Seorang Naqib / Ketua dalam halaqah perlu memahami dan menjayakan fungsi utama mereka dalam mengendalikan sesebuah halaqah. Antara peranan utama mereka adalah menjadi seorang mentor yang baik. Mentor bererti pembimbing. Mentor adalah orang yang bersedia samada secara mental mahupun fikiran untuk membimbing atau mendidik orang lain agar melakukan proses perubahan menuju tujuan yang dikehendaki. Justeru bererti pada diri seorang mentor telah ada kesiapan mental dan fikiran untuk menjadi seorang mentor itu sendiri. Tanpa paksaan atau tanpa indoktrinasi dari orang lain atau dari persekitarannya. Kesedaran tersebut muncul dari konsep diri yang jelas tentang peranannya sebagai mentor iaitu mencari redha Allah swt dan memenuhi tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah swt.

Continue reading

Peranan Mas’ul Dalam Pengendalian Halaqah / Usrah (2)

tarbiyah2PERANAN MAS’UL SEMASA HALAQAH.

Realiti Semasa.

Tempoh (jangkamasa) semasa halaqah adalah dari mula sampai ke tempat program hingga pulang.

Antara peranan yang perlu dimainkan semasa halaqah ialah pengawalan suasana dan mengetuai (leading) suasana serta  pengisian.

Masalah-masalah yang dihadapi/berlaku semasa halaqah ialah :

1. Tidak dapat mengawal suasana

2. Tidak dapat mengetuai (leading) suasana.

3. Pengisian yang tidak sampai kepada hajat atau qadiyah (permasalahan) ahli.

Continue reading

Peranan Mas’ul Dalam Pengendalian Halaqah / Usrah (1)

Ulama Palestin 005a. PERANAN MAS’UL SEBELUM HALAQAT

Peranan Semasa

1. Melihat dan meneliti penekanan di Ijtima’ am mingguan, manakala mas’ul akan menjelaskan lagi di penyampaian halaqah secara lebih mendalam.

2. Mendekati dan melihat permasalahan ahli dan kemudian membantu mereka dengan memberi penyampaian bahan-bahan yang sesuai dengan permasalahan ahli.

3. Keutamaan hendaklah diberi kepada ahli yang mempunyai kefahaman yang paling minima dikalangan mereka dengan memberi tarbiyyah yang dikhususkan untuk ahli tersebut disamping meningkatkan ahli-ahli yang lain.

4. Mas’ul perlu bijak mengagihkan masa supaya dapat melaksanakan semua tanggungjawab tanpa berlaku pengabaian.

5. Bahan tarbiyyah hendaklah dihazamkan terlebih dahulu oleh mas’ul dengan pembacaan beberapa kali.

6. Bahan tarbiyyah hendaklah berkesinambungan dan pengolahannya hendaklah menarik minat ahli.

Continue reading

KEMAHIRAN DAKWAH FARDIYAH (2)

df3DEFINISI DA’WAH FARDIYAH

Da’wah fardiyah ialah ajakan atau seruan ke jalan Allah Subhanahuwata’ala yang dilakukan oleh seorang da’i kepada orang lain secara perseorangan dengan tujuan untuk memindahkan al-mad’u kepada keadaan yang lebih baik dan diredhai oleh Allah Subhanahuwata’ala.

Perubahan atau perpindahan tersebut adakalanya:

1.1  Daripada kekafiran kepada keimanan.

1.2  Daripada kesesatan dan kemaksiatan kepada petunjuk dan ketaatan.

1.3  Daripada sikap ananiah kepada mencintai orang lain atau mencintai amal jama’i atau berkerjasama dan senang kepada jama’ah.

1.4  Daripada sikap acuh tak acuh dan tidak peduli terhadap Islam menjadi iltizam dengan Islam, samada dalam akhlak, adab mahupun dalam manhaj kehidupan.

Continue reading

KEMAHIRAN DAKWAH FARDIYAH (1)

  1. KENAPA BERDA’WAH ?

dfDa’wah adalah amalan yang disyari’at dan diwajibkan oleh Allah Subhanahuwata’ala, tidak boleh diabaikan, dicuaikan atau dikurangkan tahap kewajipannya. Dalil-dalil syar’i wajib berda’wah ialah:

1.1  Perintah langsung daripada Allah Subhanahuwata’ala:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar

(Ali Imran:104)

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

لِيُبَلِّغْ الشَّاهِدُ الْغَائِبْ فَإنَّ الشَاهِدُ عَسَى أنْ يُّبَلِّغَ مَنْ هُوَ أوْعَى لَهُ مِنْهُ

“Hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir, kerana mungkin yang hadir  boleh menyampaikan kepada orang yang lebih faham daripadanya

(HR Bukhari)

بَلِّغُوْا عَنِّي وَلَوْ آيَة

”Sampaikanlah daripadaku meski pun satu ayat”

(HR Bukhari)

Continue reading