Tarbiah Bersama Al Marhum Syeikh Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain (2)

Sekadar teringat nostalgia lama;

Ketika kali pertama ana sampai ke MATRI untuk satu program sekitar pertengahan 90-an, pada masa itu ana masih belum kenal siapakah gerangan  UDMZ.

Oleh kerana kami (beberapa ‘anak muda’ dari KL) sampai lebih awal, maka tidak ramai shbt-shbt yang kelihatan, samada kalangan tempatan  atau dari luar. Disaat sedang berlepak-lepak diluar sebuah bangunan, terpandang seorang pakcik ‘orang lama’ sedang mengangkat dan menyusun kerusi besi lipat. Pakcik tersebut sambil mengangkat, membuka lipatan & menyusun kerusi, dia juga perhatikan kami dengan senyuman. Kami hanya membalas senyuman pakcik ini.
Continue reading

Tarbiah Bersama Al Marhum Syeikh Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain (1)

Nukilan dari saudara Hilal Asyraf:

Beberapa hari ini, setiap kali saya memandang telefon bimbit saya, saya akan merasa sayu.

Sebab saya seakan ternanti-nanti mesej: “Ustaz dah sihat. Alhamdulillah.” Atau: “Syukur, perkembangan terkini UDMZ ada peningkatan. Memuaskan.” Dan sebagainya.

Tetapi nanti akan ada suara yang memotong: “Ustaz dah tak ada Hilal”

Dan sebak akan muncul.

Dan rasa sakit akan mencucuk-cucuk. Air mata akan berjejesan.

Memang saya tidak mengalirkan air mata semasa saya tiba di MATRI. Memang saya tidak mengalirkan air mata semasa saya berdiri di tepi kuburannya. Memang saya tidak mengalirkan air mata semasa berada di rumahnya.

Tetapi seperti Ummi Halimaton, air mata saya tumpah juga beberapa hari selepas semuanya.

Ustaz Dahlan dan saya.

Saya tidak pernah peduli pun akan kewujudan UDMZ awal usia saya di MATRI. Kalau ikutkan siapa merapati siapa, saya akan katakan bahawa UDMZ yang merapati saya. Mungkin itu yang membuatkan saya amat terasa.

Masih ingat kali pertama saya betul-betul berada di sisinya. Tika saya bertugas menjadi ‘penjaga’ semasa berbuka puasa. Ada air tumpah, dan saya bergegas mengelapnya. Tiba-tiba ada satu suara kedengaran:

“Inilah dia mukmin, buat kerja tanpa disuruh” Dan apabila saya menoleh, kelihatan UDMZ sedang berdiri di sisi saya dengan beberapa orang sahabatnya.

Ketika makan malam selepas maghrib hari itu, saat saya bermandi peluh dan kekotoran kerana menguruskan itu dan ini, Ustaz Dahlan memanggil dari jauh: “Hilal, mari sini” Saya memandang rasa segan. Saya kotor dan berbau busuk. Adakah patut makan bersama UDMZ yang ketika itu bersama-sama guru saya yang lain seperti Sir Mohd Abdoh dan Ustaz Abdul Hadi?

“Ana busuk ustaz. Kotor.”

“Mari sini” Dia melambai lagi.

Mengalah. Saya pergi. Makan bersamanya. Terasa sungguh kerendahan jiwanya.

Dan pada Ramadhan yang sama jugalah, ketika UDMZ memberikan penyampaian di hadapan, dan dia berbicara akan Hilal Ramadhan, tiba-tiba dia berkata:

“Ada pelajar kita juga namanya Hilal. Marilah kita mendoakannya agar menjadi seorang yang baik dan bagus untuk ummah”

Saya yang ketika itu baru tingkatan tiga, rasa amat terharu. Pelajar MATRI ada 800 orang, dan dia menyebut nama saya di hadapan ramai, bahkan ketika itu ibu bapa turut hadir kerana majlis itu adalah majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Dan apabila saya berjaya mendapat 9A PMR, dan bergerak berjumpa UDMZ untuk meminta tandatangannya, dia menyuruh saya duduk di sebelahnya. Dia meneliti sijil PMR saya. Kemudian dia tersenyum dan menepuk-nepuk belakang tubuh saya.

“Mabruk, mabruk” Seakan-akan saya ini bukan anak muridnya, tetapi sahabat rapatnya. Saya tidak akan pernah lupa yang itu.

Dan sejak hari itu, saya kata, saya perlu hidup dengan melihat manusia ini.

Continue reading

Mencari Ketenangan Jiwa

Apabila usia Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mencapai empat puluh tahun, baginda begitu gemar mengasingkan diri untuk beribadat dan berkhalwah di Gua Hira’. Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam, dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah keadaan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang berulang alik di antara rumah baginda dan Gua Hira’ sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.

Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira’ sebelum pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat mendalam dan memberi kesan yang begitu penting kepada seluruh penghidupan umat Islam dan agama Islam khususnya.

Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat keIslamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlak yang tinggi serta beribadat tanpa putus-putus melainkan ia cuba mengasingkan dirinya untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkannya sampai kepada hakikat keagungan ilahi.

Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap Muslim yang mahu menempatkan dirinya sebagai seorang Muslim sejati terutamanya kepada mereka yang mahu menjadi pendakwah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.

Continue reading

Membina Sifat Istiqamah

Sahabat penulis saat memberi kursus kepada warga muslim di Kemboja

Penulis menerima beberapa email bertanyakan berkenaan sifat istiqamah dan bagaimana membentuknya dalam kehidupan. Agak berat rasanya untuk penulis menjelaskannya kerana penulis sendiri bimbang dengan keistiqamahan penulis dalam kerja besar dakwah dan tarbiah. Dalam kesibukan jadual penulis yang sentiasa “outstation” penulis berusaha mencari ruang meneliti tulisan dan kajian para ulama menelusuri sifat istiqamah yang dimiliki orang Rasulullah saw dan para sahabat.  Sebagai da’i dan murabbi, sudah tentulah sifat istiqamah amat perlu kita miliki.

Sesunguhnya tugas mentarbiah bukanlah tugas yang mudah, ianya memerlukan pelbagai persiapan, khususnya persiapan ruhi yang stabil hubungannya dengan Allah swt. Salah satu ciri ruhiyah daiyah yang dapat membantu kejayaan dakwah dan tarbiah seorang murabbi ialah istiqamah. Yang menghiasi jiwa para murabbi dan da’i dalam melewati putaran roda dakwah adalah istiqamah dalam hidayah, istiqamah dalam keikhlasan, istiqamah dalam kesabaran. Inilah hal terberat bagi setiap da’i bahkan ciri ini merupakan ciri utama kepada para nabi dan rasul. Ayat yang membuatkan Muhammad saw. beruban rambutnya, adalah perintah untuk istiqamah.

“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (Qs. Hud: 112).

Continue reading

Suatu Kehilangan

  • akhirat2Penderitaan umat Islam hari ini bukan setakat tidak dapat memanfaatkan sumber kekayaan bumi mereka, yang lebih parah lagi ialah mereka tidak mempunyai sejarah atau tidak punya kebanggaan masa lalu.
  • Disaat seperti ini ummat Islam tidak akan memiliki motivasi untuk bangkit memperbaiki nasibnya.
    Akhirnya jiwa mereka terus tunduk dan menyerah kepada suasana.
  • Oleh itu kita perlu kembali menoleh kebelakang; iaitu generasi al Quran Yang Unik, kerana di sana tersimpannya;
  • Peribadi-peribadi luarbiasa yang telah menundukkan alam jahiliyyah kepada kebenaran Islam
  • Pengorbanan yang tidak dijangkiti sifat tamak dan bakhil
    Kecerdikan dan kegigihan yang tidak diresapi sebarang warna tipu daya
  • Sistem didikan yang telah mengubah jiwa-jiwa manusia
  • Di sana terdapatnya peribadi-peribadi unggul iaitu keperibadian Rabbani yang sebelum disirami cahaya kebenaran Islam adalah merupakan mereka yang hidup di dalam kegelapan Jahiliyyah, yang menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup, minum arak dan berjudi.