Ramadhan: Dakwah Terus Berjalan

ramadhan1

Hampir seminggu kita beramal di bulan Ramadhan tahun ini. Bagaimanakah prestasi amal kita? Semoga sehingga saat ini kita semakin mampu mengerah seluruh potensi dan daya kita dengan memaksimakan  amaliyah yang mampu meningkatkan kualiti diri kita di hadapan Allah SWT  dan mampu meningkatkan posisi kita sebagai hamba Allah SWT yang mampu berprestasi sebagai khalifah Allah SWT.

Sebagai da’i dan murabbi, ada 5 amalan ibadah yang digalakkan kita terlibat secara aktif bagi mengharungi  dakwah di sepanjang Ramadhan ini, antaranya:

1. Solat fardhu berjamaah.

Masyarakat muslim secara umum melaksanakan fardhu di bulan Ramadhan dengan berjamaah di masjid mauhpun surau di sekitar tempat tinggal atau tempat kerja mereka. Kita sebagai da’ie dan murabbi harus menjadi teladan terbaik dalam pelaksanaan solat jamaah fardhu, dengan hadir lebih awal, serta mengajak anggota keluarga dan mutarabbi kita solat berjamaah bersama.

Continue reading

Halatuju Meraikan Ramadhan

Muqaddimah

Marilah sama-sama kita pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام kepada titah perintah Allah, Suruhan dan TegahanNya. Dan marilah kita terus bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dipanjangkan umur, bertemu dan berada dalam Bulan Ramadhan المبارك. Bulan yang agung dan penuh keberkatan serti diliputi suasana didikan dan latihan bagi melahirkan insan yang bertaqwa dalam ertikata yang sebenarnya (المتقين ). Marilah kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan sebaik-baik sambutan ( حُسْنُ اَلاِسْتِقْبَالِ ). Setiap sesuatu sering ada musimnya, maka Ranmdhan adalah musim beribadah, mengukuhkan taqwa, bermujahadah dan membina ruh jihad di jalan Allah SWT.

Berikut adalah beberapa noktah mengenai Madrasah Ramadhan:

1) Al Marhum Ustaz Saed Hawwa dalam kitabnya “ الاسلام “ pernah mengeluarkan kenyataan ‘ ورمضان فى الحقيقة مدرسة ‘ – Ramadan pada hakikatnya adalah umpama sekolah. Ertinya tempat, masa, suasana dan persekitaran didikan yang khusus lagi istimewa dan tiada bandingannya. Kelebihan dan fadhilatnya adalah ditentukan / ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Continue reading