Usrah Adalah Wadah Utama Tarbiyah

tarbiyah2
Sesungguhnya Imam Al-Banna telah menegaskan makna ini ketika bercakap di hadapan Ikhwan pada suatu hari: “Usrah merupakan Qaedah Asas dalam binaan dakwah kita. Naqib usrah pula adalah batu penjuru dalam binaan ini”. Ia merupakan kalam pengasas Ikhwan Muslimin (IM) bagi menunjukkan betapa mustahak dan betapa kesatuan dakwah ini terbina di atas sistem ini. Justeru Imam Al-Banna telah meletakkan Peraturan Khusus (Laihah Khas) bagi menjamin kelangsungannya berdasarkan disiplin yang telah ditetapkan dan efektif agar pentarbiyahan individu terlaksana. Itulah matlamat daripada dakwah ini. Peraturan ini telah ditetapkan pada bulan Rabi’ul Awal 1362H bersamaan bulan Mac 1943.
 
Berkenaan Sistem Usrah ini, Imam Al-Banna berkata: “Wahai Ikhwan sekalian, sistem ini amat berguna untuk kita dan dakwah ini dengan izin Allah SWT. Ia berfungsi untuk mengontrol (mengawal) ikhwan yang ikhlas dan menjadikan mereka berada dalam suasana mudah dihubungi dan menerima arahan dari masa ke semasa untuk kepentingan dakwah yang mulia ini. Ia akan menguatkan ikatan dan meningkatkan ukhuwah satu sama lain dari tahap kata-kata (teori) ke tahap perbuatan dan praktikal (pelaksanaan)”.
 
Usrah adalah Wadah Utama Tarbiyah kerana tarbiyah berdasarkan Sistem Usrah adalah merupakan tarbiyah sebenar (hakiki) disebabkan beberapa faktor:
(1) Di dalam usrah kehalusan dan kedalaman tarbiyahnya wujud (kerana bilangan sedikit dan mudah dimutaba’ah dan berlakunya muayasyah).
 
(2) Di dalam usrah adanya hikmah dan berlakunya proses pemindahan pengalaman (di bawah seliaan seorang mu’allim dan murabbi iaitu naqib) berpandukan Manhaj Tarbiyah bersumberkan Al-Quran, As- Sunnah dan terikat dengan jadual masa secara bertahap dan terarah.
Tatkalamana tarbiyah melalui jalan usrah memungkinkan tersedianya atau terbinanya individu secara Islami dan sempurna, maka ianya (Sistem Usrah) akan berterusan sekalipun setelah tertegaknya Kerajaan Islam. Kerana tarbiyah melalui jalan usrah akan berfungsi sebagai pembekal untuk kerajaan memenuhi keperluan sumber manusia berkualiti. Ciri-ciri insan soleh seumpama itu memang diperlukan oleh mana-mana kerajaan secara berterusan. Ini bermakna bahawa Sistem Tarbiyah melalui Usrah adalah Unsur Tetap (thawabit) dakwah IM.
 
Sebagaimana Usrah merupakan wadah utama tarbiyah, Usrah juga merupakanUnit bagi mengawal keanggotaan dan tanzim dalam Struktur Jemaah. Bagaimana mungkin unit keanggotaan (sepenting ini) boleh berubah mengikut situasi dan keadaan?!!
Ingatlah bahawa Unit Keanggotaan adalah sebahagian dari sistem itu. Ia adalah batu bata dalam struktur binaannya dan tidak mungkin mana-mana binaan akan kekal bilamana batu bata- batu batanya terpisah (terkeluar) dari struktur asalnya.
Usrah merupakan keluarga setiap al-akh dan ia adalah kaum kerabat terdekatnya. Ia merupakan ikatan sebenar dan amat diperlukan bagi menghubungkan antara individu dan Jemaah. Ia merupakan satu-satunya wasilah yang akan membantu Jemaah memutaba’ah anggotanya dari pelbagai sudut. Semua kepentingan tersebut menjadi ciri-ciri khusus bagi usrah.
 
Tidak ada seorang pun boleh mengatakan bahawa Sistem Usrah merupakan Unsur Thawabit dalam Islam, tetapi sebagai anggota IM, kita semua telah bersetuju untuk menjadikannya sebagai salah satu Unsur Thawabit dalam dakwah kita.
 
Penentuan tersebut sebagai mencontohi tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabatnya di Darul Arqam ibn Abi Al-Arqam. Penentuan tersebut juga berdasarkan pendirian yang diambil oleh Nabi S.A.W. bersama kaum Ansar yang berbai’ah dengan baginda pada Bai’at Aqabah Kedua.
 
Justeru itu tidak harus ada seorang pun daripada kalangan kita yang  boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Usrah bukan dari Thawabit Ikhwan Muslimin. 

Kita tegaskan kepadanya …”tidak sekali-kali tidak”.

Dalam IM, Usrah merupakan Unsur Tetap (tidak berubah) daripada Thawabit Sistem Tarbiyah dan keanggotaan kerana ia adalah wadah tarbiyah utama dan unit keanggotaan dalam struktur tanzim Jemaah. Lebih-lebih lagi ia juga merupakan unit terpenting untuk kelangsungan individu dan jemaahnya….
Tulisan: Sheikh Mohamed Hamed Eliwa
Terjemahan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria (TACZ)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s