Usrah Adalah Wadah Utama Tarbiyah

tarbiyah2
Sesungguhnya Imam Al-Banna telah menegaskan makna ini ketika bercakap di hadapan Ikhwan pada suatu hari: “Usrah merupakan Qaedah Asas dalam binaan dakwah kita. Naqib usrah pula adalah batu penjuru dalam binaan ini”. Ia merupakan kalam pengasas Ikhwan Muslimin (IM) bagi menunjukkan betapa mustahak dan betapa kesatuan dakwah ini terbina di atas sistem ini. Justeru Imam Al-Banna telah meletakkan Peraturan Khusus (Laihah Khas) bagi menjamin kelangsungannya berdasarkan disiplin yang telah ditetapkan dan efektif agar pentarbiyahan individu terlaksana. Itulah matlamat daripada dakwah ini. Peraturan ini telah ditetapkan pada bulan Rabi’ul Awal 1362H bersamaan bulan Mac 1943.
 
Berkenaan Sistem Usrah ini, Imam Al-Banna berkata: “Wahai Ikhwan sekalian, sistem ini amat berguna untuk kita dan dakwah ini dengan izin Allah SWT. Ia berfungsi untuk mengontrol (mengawal) ikhwan yang ikhlas dan menjadikan mereka berada dalam suasana mudah dihubungi dan menerima arahan dari masa ke semasa untuk kepentingan dakwah yang mulia ini. Ia akan menguatkan ikatan dan meningkatkan ukhuwah satu sama lain dari tahap kata-kata (teori) ke tahap perbuatan dan praktikal (pelaksanaan)”.