Makna Islam

Deen yang kita anuti adalah Islam. Kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dipilih oleh Allah untuk kita menganut Islam.

Apabila kita rujuk kepada pengertian Islam, maka kalimah الاسلام bermaksud menyerah dan patuh kepada perintah dan larangan Allah tanpa sebarang bantahan.

Sesungguhnya seseorang insan itu tidak dapat mentaati Allah s.w.t dan tidak dapat mengikut peraturan dan jalan Allah melainkan apabila ia telah mengetahui dengan penuh faham dan sedar serta yakin dalam beberapa perkara utama :

Pertama : Mestilah ia yakin dengan sepenuh hati ujudnya Allah s.w.t.

Kedua : Mengenali dengan penuh yakin akan sifat-sifat Allah s.w.t. Sifat-sifat Keagungan dan KebesaranNya mengatasi segala-galanya.

Ketiga : Mestilah mengetahui dengan penuh yakin jalan yang betul (benar) untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Iaitu tiada lain melainkan jalan Islam.

Keempat : Yakin penuh tanpa ragu-ragu terhadap Hari Akhirat, Hari Pembalasan. Orang yang berbuat baik di balas dengan balasan yang baik dan sebaliknya orang yang melakukan kejahatan dibalas dengan azab siksaan.

Kelima : Mengetahui dan menyedari dengan penuh yakin kepada matlamat hidup yang sebenarnya iaitu semata-mata kepada Allah.

Keyakinan-keyakinan tersebut adalah juga termasuk di dalam ertikata keimanan. Setiap orang yang mentauhidkan Allah dan mengenali sifat-sifatNya, peraturan-peraturan Allah dan menyedari adanya balasan di hari Akhirat atas segala amalan dengan penuh keyakinan, maka itulah orang beriman namanya.

Natijah Iman ialah penyerahan, ketaatan dan ikut tanpa rasa apa-apa keberatan terhadap peraturan-peraturan dan hukum-hukum Allah s.w.t. Seseorang itu tidak dapat menyerah dan tidak dapat patuh kepada Allah s.w.t melainkan setelah ia benar-benar beriman kepada Allah. Maka jelaslah hubungan Iman dengan Islam itu ibarat hubungan benih dengan pokoknya. Pokok tidak tumbuh melainkan adanya benih yang baik.

Allah s.w.t mencipta makhluk adalah untuk makhluk beribadah kepadanya semata-mata berdasarkan kepada ayat 56 di dalam Surah az Zariyat :

Bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. “

Difahami di sini bahawa asal kejadian manusia ialah dalam keadaan فطرة suci dan dalam persediaan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Tetapi pengaruh-pengaruh yang mendatang kemudiannya membawa seseorang itu menyimpang dan menyeleweng daripada kesuciannya. Hal ini difahami daripada hadis Rasulullah s.a.w :

كل مولود يولد على الفطرة ، فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
اوكما قال (ص)
Hadis ini terdapat di dalam soheh Bukhari dan Muslim. Daripada Abi Hurairah r.a bermaksud “ Bahawa setiap anak yang lahir , ia dilahirkan di dalam keadaan ‘fitrah’ (suci), maka dua ibubapanya yang menYahudikannya atau meNasranikannya atau meMajusikannya. “

Bentuk-bentuk penyimpangan atau penyelewengan daripada fitrah kesucian itu dapat difahami daripada berbagai istilah yang disebutkan di dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w seperti istilah الشرك (Syirik), الكفر (Kafir), النفاق (Munafik), الجاهلية (Jahiliyah – lawan kepada Islam), الضلال (Kesesatan), الردة (Murtad), البدعة (Reka-rekaan atau perkara yang tidak ada dalam Deen Islam tetapi diada-adakan sahaja) dan seumpamanya.

Semua itu dikira menyimpang daripada jalan Allah s.w.t. Sudah tentulah kita tidak mahu diri kita termasuk didalam kategori-kategori tersebut. Kita tidak mahu syirik, kita tidak mahu kufur , kita tidak mahu munafik, kita tidak mahu sesat, kita tidak mahu murtad, kita tidak mahu bid’ah di dalam Deen dan sebagainya. Maka tidak ada jalan lain lagi melainkan kembali kepada ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Jalan inilah yang diberi jaminan selamat oleh Rasulullah s.a.w.

Ibn Abbas r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w ketika sedang berkhutbah kepada orang ramai semasa mengerjakan حجة الوداع telah bersabda:

يا ايها الناس انى تركت فيكم ما ان اعتصمتم به فلن تضلوا أبدا كتاب الله وسنتى
Maksudnya: Wahai orang ramai, sesungguhnya aku telah tinggalkan (wariskan) kepada kamu sesuatu apabila kamu semua berpegang teguh kepadanya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitabullah ( القران ) dan Sunnahku (Sunnah Rasulullah s.a.w). Hadis riwayat al Hakim.

Jelaslah bahawa sesiapa juga yang mahu selamat di dunia dan akhirat maka tidak ada pilihan lain melainkan menerima dan mengikut ajaran Allah dan rasulNya.

Petikan Khutbah Ustaz Omar Hj Salleh, Mudir MATRI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s