Tarbiah Bersama Al Marhum Syeikh Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain (3)

Perkongsian dari anak didik beliau, saudara Hilal Asyraf.

Ustaz Dahlan bin Mohd Zain. Beliau adalah mudir saya. Saya masih tidak biasa memanggil beliau dengan gelarannya: Dato’ Kaya Bakti. Begitulah juga saya masih tidak biasa meletakkan ‘almarhum’ di hadapan namanya. Ya, dia telah meninggal dunia.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk menghentikan langkahan. Bahkan, pemergiannya sepatutnya menjadi motivasi kepada manusia seperti saya untuk meneruskan perjuangan. Hatta Abu Bakr RA dan para sahabat meneruskan usaha-usaha dakwah dan tarbiyah selepas pemergian Rasulullah SAW, apatah lagi pemergian seorang murabbi yang bernama Ustaz Dahlan bin Mohd Zain. Pemergiannya hanya menjadi sia-sia sekiranya anak muridnya seperti saya ini tidak bergerak menyambng perjuangannya.

Di ruangan seni kali ini, saya ingin berkongsi beberapa ’seni’ dalam langkahan murabbi saya yang telah pergi itu.

Moga-moga, dengan perkongsian ini, ia menjadi satu sumbangan idea, dalam kita mengajak masyarakat untuk kembali menjadikan Allah sebagai ILAH dan RABB di dalam kehidupan insan.

Seni 1: Bersederhana di dalam jawapan.

Biasa apabila kita dilontarkan soalan, kita akan teruja untuk memberikan jawapan yang ‘paling betul’. Sebagai contoh, soalan begini:

“Ustaz, boleh tak nak keluar dengan tunang?”

Biasanya jawapan ini akan kita jawab begini:

“Tak boleh. Haram! Tunang tu sama sahaja layanannya dengan perempuan bukan mahram lain.” Dan kita akan sertakan wajah serius bersama-sama. Tidakkah begitu?

Tetapi lihatlah Ustaz Dahlan bagaimana dia memberikan jawapan, apabila seorang sahabat saya bertanya kepadanya: “Ustaz, boleh tak nak makan sama-sama dengan tunang?”

Ustaz menjawab bagaimana?

“Boleh.”

Apabila mendengar ‘boleh’ itu, jiwa seakan menjadi ringan. Oh, Islam benarkan ya. Bestnya! Rasa macam itu. Tetapi bijaknya Ustaz Dahlan adalah, dia tidak meninggalkan ‘boleh’ itu begitu sahaja. Ustaz Dahlan menyambung:

“Tetapi, kenalah bawa famili. Barulah syara’,”

Di sini kita dapat melihat satu seni. Pertamanya Ustaz menenangkan nafsu yang bergejolak. Kalau jawapannya ‘haram’, pasti memberontak. Tetapi jawapannya, ‘boleh’, maka nafsu dan perasaan tadi menjadi tenang. Maka ustaz susulkan penyelesaian yang syara’ buat masalah tadi. Penyelesaian syara’ tadi menjadi ringan untuk diikuti kerana nafsu sudah ditenangkan.

MasyaAllah.

Seni 2: Menambat hati dengan memberikan yang terbaik.

Seorang guru saya, Sir Mohd Abduh, sering mengulang satu cerita berkenaan Ustaz Dahlan. Yakni bagaimana Ustaz Dahlan mendekatinya dahulu. Ustaz Dahlan telah membawa pisang yang terbaik sebagai hadiah ziarahnya ke rumah Sir Mohd Abduh. Apabila Sir Mohd Abduh membawa pisang itu kepada ibunya, ibu Sir Mohd Abduh berkata: “Pisang ni bagus ni. Terbaik.”

Di situlah Sir Mohd Abduh merasakan kredibiliti seorang Ustaz Dahlan. Berziarah sahaja pun, tetapi memberikan pisang yang paling bagus kualitinya. Terpapar akhlak dan peribadinya yang tinggi, menimbulkan rasa hormat dan percaya.

Satu lagi kisah, juga dengan Sir Mohd Abduh, pernah satu ketika Ustaz Dahlan mengajaknya berkumpul. Waktu sudah dijanjikan. Maka Sir Mohd Abduh bergerak awal agar boleh sampai awal lima minit. Tetapi bila sampai, Ustaz Dahlan sudah berada di sana terlebih dahulu.

Ketika perjanjian yang lainnya, Sir Mohd Abduh berusaha untuk lebih awal lagi. Kali ini dia hendak awal 10 minit. Tetapi Ustaz Dahlan tetap telah tiba lebih awal lagi.

Begitulah berkali-kali. Sehingga akhirnya diketahui bahawa, Ustaz Dahlan telah sampai setengah jam lebih awal lagi. Ini menimbulkan perasaan yang tidak dapat digambarkan. Ustaz Dahlan memberikan yang terbaik dalam segala perkara, akhirnya menambat hati insan yang berurusan dengannya.

Saya juga pernah merasai perkara ini. Apabila saya tidur di rumah Ustaz Dahlan, Ustaz Dahlan akan naik ke tingkat atas untuk menunjukkan saya bilik saya, walaupun pada ketika itu beliau sakit.

Saya sendiri pernah melihat bagaimana ada tetamu datang ke rumah Ustaz dan ketika itu Ustaz di pembaringan kerana sakit. Tetapi Ustaz sanggup bangun bertongkat untuk menyambut tetamunya. Dan apabila tetamunya hendak pulang, dia menghantar hingga ke pintu hadapan.

Siapa yang tidak jatuh cinta dengan akhlak sebegini rupa?

Akhlak ini memang tiada tandingan.

Seni 3: Meraikan yang tidak dikenali melebihi yang dikenali.

Satu lagi kisah yang popular berkenaan Ustaz Dahlan adalah, apabila dia bertemu dengan tiga orang, yang mana orang pertama adalah sahabat karibnya, orang kedua adalah kenalan, manakala orang ketiga adalah orang yang baru ditemuinya ketika itu, maka dia akan segera meraikan orang ketiga terlebih dahulu. Bertanya nama, asal, dan bersembang-sembang sebentar memperkenalkan diri sebagainya, sebelum pergi kepada orang kedua, manakala orang pertama dilayan akhir sekali.

Ini membuatkan, sesiapa yang baru pertama kali melihatnya, akan terus jatuh cinta dengan akhlak yang ditunjukkan.

Seni 4: Tidak membeza-bezakan umur.

Ini dirasai sendiri oleh saya. Bagaimana Ustaz Dahlan melayan saya sama seperti sahabat-sahabatnya. Bahkan, saya yang mengenali Ustaz Dahlan pada era penghujung umurnya, terasa seakan-akan Ustaz Dahlan adalah sebaya dengan saya.

Dia tidak kisah saya duduk di sebelahnya, bahkan dia kadangkala menggosok belakang saya, menepuk-nepuk saya. Dia makan setalam dengan saya dan rakan-rakan lain. Pernah dia bersalaman dengan saya seakan-akan dia orang muda seperti saya, berjabat salam kemudian menukar jabatan itu kepada genggaman ‘gaya orang muda’.

Bila bersembang dengannya, saya tidak punya masalah seperti ‘takut’, ’segan’ dan sebagainya yang menyekat saya dari mendapat sesuatu yang lebih dari biasa daripadanya.

Bila dia melayan saya demikian, siapa yang tidak mencintainya sepenuh jiwa?

Tiada kasta, tiada standard-standard.

Penutup: Banyak sebenarnya hendak diceritakan. Tidak akan habis.

Banyak lagi hendak diceritakan sebenarnya. Tetapi saya kira setakat ini dahulu. Sebenarnya, kalau saya hendak ceritakan, mungkin boleh menulis satu buku khas berkenaan seni-seni yang wujud di sekeliling murabbi saya yang bernama Ustaz Dahlan bin Mohd Zain ini.

Apa-apa hal pun, kesimpulan dari ‘kesenian’ yang dipersembahkan beliau pada saya adalah AKHLAK. Akhirnya kita dapat melihat betapa AKHLAK adalah SENI yang TERULUNG dalam menambat hati insan, dan mengajak mereka kepada Allah SWT.

Ustaz Dahlan telah pergi setelah menyelesaikan kerja-kerjanya menunjukkan jalan kepada saya dan kita semua insyaAllah.

Maka tugasan kita yang masih hidup untuk melakukan penerusan.

Maka siapakah yang hendak menggerakkan ‘KESENIAN’ ini?

Sumber: ms.langitilahi.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s